7 Kesalahan Bercium Yang Semua Orang Buat – Elakkan Serta Merta

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Kali ni saya nak berikan 7 kesalahan bercium yang selalu dilakukan oleh setiap individu, tanpa mereka sedari.

Ciuman adalah satu perbuatan atau boleh dikatakan ekspresi diri untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang. Ciuman ikhlas yang dilayangkan kepada insan tersayang menunjukkan kita sangat-sangat menghargai beliau.

Selain itu, ciuman juga adalah elemen wajib bagi memulakan sesi asmara dana. Malah teknik ciuman ketika berasmara adalah sangat penting, dan boleh mempengaruhi sesi berasmara anda.

Pendek kata, ciuman boleh menentukan sama ada anda berdua benar-benar memperoleh nikmat dalam hubungan asmara, atau sebaliknya.

Kesalahan bercium suami isteri

Teknik Ciuman Yang Betul Sangat Penting

Ciuman digunakan sebagai pembuka bicara untuk sesi foreplay, atau pemanasan.

Jika teknik ciuman ketika sesi foreplay ini dilakukan dengan betul, tidak mustahil segala yang berlaku selepas itu juga akan berjalan dengan lancar, dan memuaskan hati kedua-dua pihak.

Tetapi malang sekali jika ciuman yang berfungsi sebagai pemula asmara ini dilakukan dengan salah. Bukan sahaja pasangan akan hilang mood, malah rangsangan yang diberikan akan terbantut.

Akibatnya masing-masing tidak puas, dan gagal memperoleh nikmat sebenar ketika berasmara.

Kesalahan Bercium Yang Sering Dilakukan

Seringkali apa yang buat ciuman gagal adalah kerana pasangan melakukan kesalahan bercium yang tidak seharusnya dilakukan.

Kadang-kala kesalahan-kesalahan ini dilakukan tanpa sedar, dan sukar untuk dibendung.

Maklumlah apabila nafsu perlahan-lahan menguasai diri, sudah pasti sukar untuk mengelak dari melakukan kesalahan-kesalahan bercium.

Di sini saya berikan kesalahan bercium yang sering dilakukan oleh setiap pasangan ketika berasmara.

Nafas Berbau

Ini adalah kesalahan bercium yang selalu di buat oleh ramai pasangan. Ramai yang tidak mahu mengambil masa untuk merapikan diri terutama sekali menyegarkan nafas sebelum berasmara.

Mungkin anda sendiri tidak sedar nafas anda berbau kerana anda telah biasa bau nafas anda. Tetapi percayalah pasangan anda akan sedar dan hilang mood dengan nafas yang berbau.

Oleh itu pastikan anda mengambil berat perkara ini dan pastikan nafas anda sentiasa segar sebelum bercium.

Gelisah Sebelum Bercium

Kesalahan bercium yang ini sering dilakukan oleh pasangan yang kurang pengalaman bercium. Sudah pasti sukar untuk menghilangkan rasa gugup dan gelisah jika ini adalah kali pertama anda bercium.

Tambahan lagi jika anda takut anda gagal bercium dengan baik, dan buat pasangan tidak puas dengan ciuman anda.

Jangan risau, ada cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini. Lengkapkan diri anda dengan ilmu ciuman. Pelajari teknik ciuman yang betul, dan bagaimana untuk menewaskan pasangan anda hanya dengan ciuman anda.

Tak ramai yang berminat untuk mempelajari ilmu ciuman berbanding ilmu-ilmu seksual yang lain, sedangkan ilmu cara bercium sama pentingnya dengan ilmu-ilmu tersebut.

Jika anda benar-benar serius nak belajar teknik ciuman sebenar, anda boleh dapatkan panduan E-Buku Seni Ciuman.

Jika sudah hilang gelisah sebelum bercium, timbul pula masalah lain. Gelojoh dan terburu-buru ketika bercium, adalah salah satu kesalahan bercium yang ramai lakukan.

Seperti yang saya katakan pada awal artikel ini, ciuman adalah salah satu daripada ekspresi diri kepada insan tersayang.

Jadi jika kita sangat-sangat menyayangi insan tersebut, sudah pasti ekspresi diri kita juga terlalu kuat, sehingga kadang-kadang kita hilang kawalan diri.

Contoh terbaik adalah tindakan gelojoh dan terlalu rakus ketika bercium. Kita ingin menunjukkan betapa kita sayang dan cinta kepada pasangan dengan ciuman, tetapi tanpa kita sedar perbuatan tersebut mematikan mood pasangan.

Jangan terlalu gelojoh ketika bercium. Ambil masa anda, lakukan dengan perlahan-lahan. Click To Tweet

Berhenti Membebel

Komunikasi sebelum bercium memang penting, tapi sebaiknya anda berhenti membebel ketika bercium. Sesi ciuman sebaiknya berlaku dengan semula jadi tanpa perlu bersusah payah untuk memulakannya.

Tak salah jika anda ingin memberitahu beliau betapa anda kasih dan cinta kepada dirinya. Tetapi bukankah lebih baik sekiranya anda memberitahu beliau dengan ciuman anda?

Seperti yang saya katakan sebelum ini, ciuman adalah salah satu ekspresi cinta terbaik.

Air Liur Meleleh

Kesalahan ini bukan sahaja boleh menghilangkan mood ketika bercium, malah boleh mematikan terus mood untuk berasmara. Kesalahan yang saya maksudkan ialah air liur yang terlalu banyak ketika bercium.

Ramai yang tidak sedar mereka melakukan kesalahan ciuman ini. Lebih teruk lagi ada yang tak tahu pun perkara ini salah dan mematikan mood ciuman.

Air liur adalah salah satu elemen yang boleh menaikkan berahi pasangan. Tetapi jika air liur berlebihan dan lebih teruk lagi sampai meleleh, jangan hairan sekiranya pasangan anda menolak untuk bersama selepas anda bercium.

Cara terbaik untuk mengelak dari melakukan kesalahan ini ialah dengan menelan air liur anda sebelum bercium. Telan sekadar termampu. Jangan pula sampai terlalu kering.

Menekan Muka Pasangan

Kadang-kala sentuhan dan tekanan yang diberikan pada muka pasangan ketika bercium boleh menimbulkan ghairah pasangan.

Tetapi jika anda menekan dengan terlalu kuat pada muka pasangan anda, besar kemungkinan beliau akan berasa rimas dan kurang selesa. Lebih teruk lagi beliau berasa sakit dan terus hilang mood untuk meneruskan ciuman.

Jadi pastikan anda mengawal tekanan yang anda berikan pada muka pasangan ketika bercium.

Jangan Jadi Robot

Kesalahan utama yang sering dilakukan ketika bercium ialah tidak menggunakan kuasa sentuhan tangan. Ramai yang kaku ketika bercium, terutama sekali untuk ciuman pertama.

Anda tidak perlu menggatal, meraba-raba zon erotik pasangan. Tetapi jangan jadi seperti robot dan kaku.

Tak salah anda mulakan dengan memegang tangan pasangan, kemudian usap lembut tangan beliau. Apabila anda rasakan beliau selesa, usap pula rambut beliau dengan lembut.

Gunakan kreativiti anda. Jangan kaku seperti robot. Biarkan ia berlaku secara semula jadi dan anda pasti akan kagum dengan hasilnya.

Elak Dari Melakukan Kesalahan Bercium

Sekarang anda telah tahu kesalahan bercium yang sering dilakukan ketika sesi ciuman. Kadang-kala kesalahan ketika bercium ini dilakukan tanpa sedar dan sukar untuk dielakkan.

Elakkan diri anda dari melakukan kesalahan-kesalahan ini supaya sesi ciuman anda berdua lebih asyik dan nikmat.

share-nodes
Kongsi: