Memujuk Isteri Untuk Seks Oral – Tak Susah Jika Tahu Caranya

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Bagaimana cara terbaik memujuk isteri untuk seks oral?

Seks oral adalah salah satu teknik atau variasi dalam aktiviti seks yang boleh memberi nikmat tambahan dalam hubungan seks. Kebanyakkan pasangan tidak gemar untuk melakukan seks oral dan beranggapan seks oral adalah kotor dan jijik.

Walaubagaimanapun, pada zaman sekarang, ramai pasangan telah mengetahui kelebihan seks oral dalam aktiviti seks, dan ramai suami isteri yang telah memasukkan seks oral sebagai salah satu elemen wajib dalam aktiviti seks mereka. Tambahan lagi para suami, yang sememangnya gemar untuk menggomol isteri mereka dalam apa cara sekalipun, asalkan dapat memuaskan isteri mereka.

Namun begitu, masih terdapat isteri yang menolak apabila di ajak melakukan seks oral oleh para suami mereka.

memujuk isteri untuk seks oral

Isteri menolak seks oral

Terdapat wanita yang masih ragu-ragu dan khuatir untuk membenarkan suami menggomol dan menjilat kemaluan mereka dengan bibir dan lidah, dalam erti kata lain, ‘Cunnilingus’ atau seks oral.

Cunnilingus adalah perbuatan seks oral kepada alat sulit wanita, iaitu biji kelentit (clitoris), bibir faraj, dan lubang faraj. Cunnilingus selalunya dilakukan sebagai aktiviti foreplay sebelum persetubuhan. Walaubagaimanapun terdapat wanita yang boleh klimaks apabila pasangan mereka melakukan Cunniligus kepada alat sulit mereka.

Kenapa perkara ini berlaku? Adakah wanita-wanita ini merasa jijik dan kotor terhadap perbuatan ini? Jangan terkejut jika saya katakan ‘Tidak’. Ya, mereka bukannya berasa jijik dan kotor terhadap aktiviti seks oral, tetapi sebenarnya mereka malu dan kurang keyakinan diri.

Boleh dikatakan majoriti isteri yang menolak seks oral apabila diajak suami adalah kerana mereka malu dengan alat sulit mereka. Mereka risau penampilan alat sulit mereka tidak cantik pada mata suami, mereka risau bau alat sulit mereka akan mematikan mood suami, dan pelbagai lagi fikiran dan emosi negatif(yang pelik) yang bermain di fikiran mereka.

Sebenarnya mereka tahu seks oral akan memberikan nikmat, dan akan menggembirakan suami di ranjang, tetapi perasaan malu dan risau mengatasi segala-galanya.

Masalah ini sebenarnya mudah diatasi untuk buat isteri bersedia dan tidak akan menolak untuk seks oral.

Memujuk isteri untuk seks oral

Cara paling terbaik memujuk isteri untuk seks oral (sekiranya isteri anda tergolong di dalam golongan isteri yang sering menolak ketika anda ingin menjilat kemaluan beliau) adalah dengan tidak memberitahu beliau bahawa anda ingin menggomol kemaluan beliau dengan bibir anda.

Bunyinya agak pelik. Jika saya tidak memaklumkan kepada beliau, sudah tentu beliau akan terkejut, marah dan terus hilang mood untuk seks?

Tidak sama sekali. Kerana anda akan membuatkan beliau sendiri yang meminta anda untuk menjilat kemaluan beliau tanpa perlu dipaksa.

Bagaimana caranya?

Mudah sekali. Pertama, anda perlu membuat isteri anda benar-benar terangsang dengan permainan foreplay, ciuman dan cumbuan. Penting di sini anda tidak menyentuh langsung alat sulit beliau.  Berikan perhatian kepada payudara beliau, atau bahagian-bahagian sensitif pada tubuh isteri anda tanpa mendekati alat sulit beliau.

Ambil masa anda dan jangan terburu-buru. Buat isteri anda asyik dan leka. Pastikan beliau menikmati cumbuan anda.

Kedua, apabila beliau semakin asyik, perlahan-lahan jilat perut beliau. Beliau tidak akan menolak. Teruskan dengan paha beliau. Jangan menghampiri alat sulit beliau. Jilat di sekeliling alat sulit beliau dahulu, perut, pusat dan pangkal paha. Kemudian hampiri alat sulit beliau dengan lidah anda. Lakukan perlahan-lahan tanpa beliau sedari. Tetapi pastikan anda masih tidak menyentuh alat sulit beliau.

Kemudian, perlahan-lahan dekatkan lidah anda dengan alat sulit beliau. Jangan sentuh biji kelentit, atau bibir faraj beliau, cukup sekadar di bahagian tundun, atau sekitar kemaluan beliau. Jilat sekejap sahaja, kemudian tarik kembali lidah anda ke bahagian lain seperti pangkal paha.

Ulang beberapa kali dengan bahagian lain sekitar kemaluan isteri anda dan lihat reaksi beliau.

Jika Isteri Tidak Menolak?

Jika beliau tidak menolak, dan sedang menikmati apa yang anda lakukan, jilat bahagian sekeliling biji kelentit beliau tanpa menyentuh sedikit pun biji kelentit beliau. Lakukan perlahan-lahan dan teruskan pada bahagian sekitar bibir faraj, juga tanpa menyentuh bibir faraj beliau dengan lidah anda.

Ulang beberapa kali dan lihat reaksi beliau. Saya jamin ketika ini isteri anda sedang lemas dalam kenikmatan.

Ketika ini lah anda mula menjilat biji kelentit beliau. Tetapi awas jangan terus menggomol dengan rakus. Jilat dahulu dengan lembut, dan jika beliau tidak menolak, teruskan dengan skill jilat biji kelentit yang telah anda pelajari dari laman teknik pancutkan isteri ini.

Jangan terburu-buru

Anda perlu bersabar untuk menjayakan teknik memujuk isteri untuk seks oral yang saya berikan di atas. Seringkali teknik ini akan gagal kerana suami terburu-buru dan terus menggomol kemaluan isteri mereka kerana gagal menahan nafsu, dan gelojoh. Akibatnya isteri terkejut dan terus hilang mood untuk aktiviti di ranjang.

Tidak mengapa jika anda gagal ketika kali pertama anda melakukan teknik ini. Mungkin isteri anda masih risau. Yang penting anda telah menanamkan dalam minda beliau nikmat yang beliau rasai daripada seks oral. Ulangi teknik ini pada aktiviti seks yang akan datang, dan saya pasti lama kelamaan beliau akan tewas dan menyerah sepenuhnya kemaluan beliau kepada anda untuk digomol.

Foreplay itu penting

Saya pasti anda sedar untuk menjayakan teknik di atas, iaitu memujuk isteri untuk seks oral, teknik foreplay adalah amat penting. Anda perlu melakukan permainan foreplay dengan sempurna untuk membuat isteri anda benar-benar bersedia dan menyerah diri sepenuhnya kepada anda.

Seringkali para suami ‘fail’ dalam kategori foreplay, kerana gopoh, tidak sabar, atau tidak tahu bagaimana cara sebenar untuk melakukan foreplay kepada isteri supaya isteri lemah dan tewas.

Untuk membantu anda, saya telah menyediakan panduan ’50 Teknik Foreplay’. Teknik-teknik foreplay yang terdapat di dalam panduan ini adalah teknik-teknik foreplay terbaik yang dijamin akan membuat isteri anda lemas dan tidak akan menolak sebarang permintaan anda di ranjang.

Panduan ini saya berikan sebagai Bonus Percuma dalam pakej Ilmu Asmara Mutlak. Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari teknik-teknik Foreplay hebat yang membuat isteri anda puas. Dapatkan panduan ’50 Teknik Foreplay’.

share-nodes
Kongsi: