Nak Buat Apa Selepas Seks? – Panduan Berguna Suami Isteri

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Keliru dan tak tahu nak buat apa selepas seks yang mengasyikkan? Tips di bawah boleh membantu anda. Hubungan seks adalah sesuatu yang penuh nikmat, tetapi kadangkala memenatkan. Seringkali pasangan akan melakukan hal masing-masing selepas hubungan seks, tambahan lagi bagi pasangan yang telah lama mendirikan rumahtangga.

Ini adalah perkara yang boleh merosakkan hubungan suami isteri jika dibiarkan berlanjutan.

Selepas seks

Aktiviti Selepas seks

Oleh itu gunakan tips yang saya berikan ini tentang apa yang perlu anda lakukan selepas menjalani hubungan seks supaya hubungan suami isteri sentiasa mesra dan bertambah intim.

  1. Pujian
    Jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pasangan anda. Tetapi biarlah ikhlas dan bukan dibuat-buat. Ucapkan terima kasih atas pengalaman hebat yang si dia berikan. Sudah pasti si dia akan menghargainya dan akan bertambah sayang kepada anda.
  2. Pandang ke depan
    Selepas anda puas, tidak bermakna anda harus berhenti memikirkan tentang aktiviti seks selanjutnya. Apa kata anda bisikkan keinginan anda untuk fantasi seks selanjutnya dengan pasangan anda. Bicarakan apa yang ingin anda lakukan pada hubungan seks yang akan datang. Siapa tahu anda mungkin beruntung untuk ‘second round’.
  3. Sentuhan fizikal
    Ramai pasangan yang tidur berjauhan selepas aktiviti seks. Kadangkala perkara ini tidak disengajakan. Maklumlah masing-masing keletihan selepas puas bertarung di ranjang. Hapuskan penyakit yang boleh merosakkan hubungan ini.  Jika anda berasa tidak selesa untuk memeluk pasangan anda ketika tidur, tiada salahnya jika anda memegang tangan beliau, atau mengusap-mengusap rambut beliau. Walaupun perkara ini mungkin kelihatan remeh pada anda, tetapi amat dihargai oleh si dia. Dan amat besar kesannya kepada keintiman hubungan suami isteri.
  4. Teruskan di kamar mandi
    Jika kebiasaannya pasangan anda akan mandi selepas berjimak, apa kata kejutkan si dia dengan sertai beliau di kamar mandi. Ambil kesempatan ini untuk membersihkan badan pasangan anda dengan penuh mesra. Tidak mustahil beliau juga akan melakukan perkara yang sama kepada anda.
  5. Santapan diraja
    Seks waktu pagi? Sudah pasti anda akan lapar selepas bertarung di ranjang. Jadi tidak salah sediakan sarapan dengan menu kegemaran beliau. Buat beliau berasa seperti raja, atau permaisuri dengan melayan beliau bersarapan di kamar.

Remeh, tetapi sangat berkesan

Walaupun tips-tips apa nak buat selepas hubungan seks ini kelihatan agak remeh dan tidak begitu penting, tetapi percayalah tips-tips ini akan meningkatkan kualiti hubungan suami isteri dan buat anda dan si dia lebih intim dan mesra.

Komunikasi selepas aktiviti seks antara anda dan si dia amat penting untuk buat pasangan anda merasa dihargai dan disayangi. Jika anda ingin mengetahui bagaimana untuk teknik komunikasi yang paling berkesan, anda boleh dapatkan panduan ‘Seni Komunikasi‘ yang mengandungi rujukan lengkap bagaimana untuk berkomunikasi dengan si dia, bukan sahaja selepas seks, tetapi juga untuk aktiviti seharian.

share-nodes
Kongsi: