Mimpi Bersetubuh, 11 Mimpi Seks dan Maknanya

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Mimpi adalah mainan tidur. Memang tidak dapat dinafikan sukar untuk kita percaya dengan apa yang berlaku dalam mimpi, dan mengaitkannya dengan kehidupan sebenar.

Tetapi kadang kala, mimpi adalah lanjutan daripada apa yang berlaku dalam kehidupan harian. Walaupun perkara ini tidak dapat dibuktikan, ramai yang telah menjadikan ini sebagai teori.

Mimpi bersetubuh makna dan maksud

Mimpi Tentang Bersetubuh

Pasti ramai yang pernah bermimpi yang mempunyai kaitan dengan bersetubuh. Mimpi tentang bersetubuh sama juga seperti mimpi-mimpi lain.

Ada mimpi bersetubuh yang buat anda tersenyum apabila terjaga dari tidur. Ada juga mimpi berkaitan seks yang buat anda berdebar-debar dan berpeluh selepas terjaga.

Dalam erti kata lain, mimpi bersetubuh juga adalah mainan tidur.

Tetapi ini tidak bermaksud mimpi tentang seks tidak boleh dikaitkan dengan keadaan psikologi anda. Click To Tweet

Dr. Susan Block, Phd., seorang pakar seksologi dari Amerika Syarikat, mengeluarkan teori walaupun seluruh tubuh anda berehat ketika tidur, tidak bermakna nafsu anda juga berehat.

Menurut beliau lagi, mimpi membantu minda separa sedar anda untuk mengeluarkan apa yang sedang membelenggu hidup anda.

Tidak semua fantasi seks adalah seperti yang kelihatan. Kadang-kala, fantasi ini boleh mewakili masalah, keinginan, dan harapan dalam kehidupan anda.

11 Mimpi Bersetubuh dan Maknanya

Berikut adalah 11 mimpi bersetubuh yang selalu dialami oleh rata-rata individu, berserta maknanya.

Mimpi bersetubuh bersama bekas kekasih/suami/isteri

Tidak. Jangan ingat mimpi ini bermakna anda masih punya peluang dengan bekas kekasih anda. Ini bermakna anda mungkin mempunyai perasaan yang belum anda luahkan pada beliau.

Jika anda telah berkahwin, dan bermimpi bersetubuh bersama bekas kekasih, ini tandanya anda takut hubungan rumahtangga anda mengalami nasib yang sama dengan bekas kekasih, atau bekas suami/isteri anda.

Jika boleh, beri tumpuan kepada mimpi anda. Kenal pasti pengalaman seks yang anda rasai dalam mimpi tersebut.

Ini mungkin boleh memberi panduan apakah perasaan yang belum anda luahkan kepada beliau.

Mimpi bersetubuh bersama kenalan

Ini tidak bermakna anda ingin curang kepada pasangan anda dengan kenalan tersebut. Mimpi ini mungkin menunjukkan anda mengagumi ciri-ciri yang terdapat pada kenalan tersebut.

Ciri-ciri ini mungkin ciri fizikal, ataupun sikap yang beliau miliki. Tetapi ini tidak bermakna anda tertarik kepada beliau.

Sikap kagum anda menunjukkan anda ingin memiliki ciri-ciri tersebut, sama ada untuk diri anda sendiri, atau kepada pasangan anda.

Mimpi bersetubuh bersama saudara kandung

Jenis mimpi seks ini jarang dialami oleh individu, tetapi kadang-kala ia berlaku.

Mimpi bersetubuh bersama saudara kandung boleh dikategorikan sebagai mimpi yang menjijikkan, malahan niat dan perasaan itu sendiri amat ditegah.

Jenis mimpi ini boleh menunjukkan anda ingin lebih dekat dengan saudara tersebut, ingin diterima atau ingin kemaafan dari beliau.

Mimpi bersetubuh Hubungan Sejenis

Mimpi menjalani hubungan sejenis, atau mimpi homoseksual atau lesbian adalah berkait rapat dengan keyakinan diri anda.

Bergantung kepada bagaimana mimpi tersebut berlaku, selalunya mimpi berhubungan sejenis adalah tentang menerima bahagian pada tubuh anda yang anda berasa ragu-ragu, contohnya alat sulit anda.

Mimpi hubungan sejenis bersama rakan karib mungkin boleh ditafsirkan sebagai terdapat perselisihan antara anda berdua, tidak yakin dengan hubungan tersebut, atau terdapat ciri-ciri pada rakan yang ingin anda miliki.

Jangan risau, mimpi ini tidak bermakna anda seorang “gay” atau ingin tidur dengan rakan anda.

Mimpi bersetubuh dengan artis

Walaupun anda meminati artis tersebut, dan terlintas di dalam fikiran anda untuk bersetubuh dengan beliau, mimpi seks dengan artis selalunya lebih dari itu.

Bermimpi berhubungan intim dengan artis adalah lebih kepada keinginan anda untuk mencipta nama untuk anda sendiri.

Anda ingin terkenal, berharta, dan mempunyai status sosial yang tinggi, seperti seorang artis.

Mimpi bersetubuh dengan bos

Jenis mimpi seks ini tidak bermakna anda meminati bos anda, atau anda benar-benar ingin melakukan hubungan seks dengan beliau.

Mimpi seks ini lebih menjurus kepada anda ingin lebih rapat dengan bos anda. Mungkin terdapat situasi di tempat kerja di mana anda merasakan anda tidak setuju dengan bos. Mungkin juga anda berasa terlalu jauh dengan idea atau stail pengurusan bos anda.

Perkara ini membuat anda ingin lebih rapat dan disenangi oleh bos. Faktor ini boleh menjurus kepada mimpi bersetubuh dengan bos.

Mimpi bersetubuh di tempat awam

Pernah tak anda bermimpi mengadakan hubungan seks di tempat awam bersama pasangan?

Anda mungkin mengalami mimpi ini sekiranya terdapat rakan atau keluarga terdekat yang mengeluarkan komen pedas terhadap pasangan anda.

Mendedahkan diri kepada umum, seperti bersetubuh di tempat awam boleh mengembalikan perasaan bagaimana masyarakat menilai kehidupan dan hubungan anda berdua.

Mimpi dirogol

Mimpi dirogol, dicabul, diperkosa sebenarnya tidak memberi masalah yang besar, atau memudaratkan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Jenis mimpi ini selalunya berlaku apabila anda berasa kehidupan, atau keyakinan diri anda terancam.

Tetapi, jika anda pernah diperkosa, atau dicabul sebelum ini , mengalami mimpi dirogol yang kerap memberi maksud yang berbeza. Lebih baik sekiranya meminta khidmat nasihat pakar berhubung perkara ini.

Mimpi curang dengan pasangan

Selalunya mimpi curang dengan pasangan sehingga menjurus kepada hubungan seks boleh disebabkan faktor berikut.

Anda terpaksa, atau telah berkompromi dengan prinsip hidup dan maruah anda. Atau anda juga telah menemui situasi di mana anda terpaksa menipu, atau berlaku tak jujur.

Tetapi mimpi jenis ini boleh bermaksud anda sedang cuba meneroka keinginan seksual anda.

Mimpi pasangan curang

Mimpi pasangan curang atau bermain kayu tiga sehingga menjurus kepada hubungan seks pula lebih ‘straight forward’ berbanding bermimpi curang dengan pasangan.

Jenis mimpi ini selalunya berlaku apabila timbul perasaan takut ditinggalkan oleh pasangan, atau apabila pasangan kurang memberi perhatian kepada diri anda.

Mimpi pasangan curang juga boleh berlaku sekiranya anda risau sama ada pasangan anda boleh diharapkan untuk memikul tanggungjawab pada masa hadapan.

Mimpi bersetubuh bersama kekasih rakan

Jenis mimpi ini boleh berlaku sekiranya anda mengagumi ciri-ciri yang dimiliki oleh kekasih rakan anda. Anda mungkin sekadar mengagumi ciri-ciri ini , atau anda ingin sekali memiliki ciri-ciri yang sama.

Mimpi ini juga boleh terjadi jika anda ingin mencari pasangan yang memiliki sikap yang sama seperti kekasih rakan anda.

Mimpi Hanya Mainan Tidur

Walaupun penjelasan berkaitan mimpi-mimpi seks ini boleh diterima sebagai jawapan untuk tafsir mimpi, tetapi jangan mempercayainya 100%.

Setiap individu mempunyai tahap psikologi yang berbeza, dan perkara ini mempengaruhi secara langsung setiap aspek kehidupan individu terbabit. Perkara ini juga benar berkaitan mimpi.

Oleh itu anggap sahaja mimpi sebagai mainan tidur, dan tidak perlu diambil serius.

share-nodes
Kongsi: