Faraj Ngilu Ketika Seks, Apa Puncanya?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Hubungan seks adalah sesuatu yang mengasyikkan dan penuh nikmat. Hubungan seks tidak seharusnya menjadi sesuatu yang kurang menyenangkan dan menyakitkan. Namun begitu terdapat sesetengah situasi di mana faraj akan merasa sakit dan ngilu ketika ketika penetrasi zakar.

faraj ngilu ketika seks
faraj ngilu ketika seks boleh disebabkan oleh banyak faktor Click To Tweet

Faraj ngilu ketika seks bukanlah kes terpencil, dan boleh dikatakan terdapat ramai wanita yang mengalami keadaan ini ketika seks. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan faraj merasa sakit ketika seks.

Faktor yang menyebabkan faraj ngilu ketika seks

Faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini boleh dikategorikan kepada faktor luaran, dan juga faktor dalaman. Berikut saya senaraikan faktor-faktor yang menyebabkan faraj sakit ketika hubungan seks.

  1. Lubang faraj kering
    Walaupun lubang faraj memiliki cairan semulajadi, namun terdapat situasi di mana kadang-kala lubang faraj mengalami kekeringan pada saat-saat tertentu. Faktor ini boleh menimbulkan rasa sakit dan ngilu kepada faraj ketika penetrasi dalam hubungan seks. Kekeringan ini boleh berlaku atas beberapa faktor, contohnya wanita berasa gusar atau khuatir untuk menjalani hubungan seks bersama pasangan, ketidak seimbangan hormon, ataupun kurangnya foreplay dalam aktiviti seks sebelum penetrasi. Namun begitu terdapat wanita yang secara semulajadi memiliki lubang faraj yang kering. Hal ini boleh diatasi dengan menggunakan pelincir seperti KY Jelly untuk melancarkan hubungan seks.
  2. Jangkitan faraj
    Faktor jangkitan bakteria pada faraj juga adalah antara faktor penyumbang faraj ngilu ketika seks. Terdapat pelbagai jangkitan bakteria yang boleh berlaku pada faraj. Anda boleh membezakan kesakitan biasa, atau kesakitan pada faraj yang disebabkan oleh jangkitan dengan ciri-ciri kesakitan yang anda alami. Selalunya rasa sakit yang dialami pada faraj yang disebabkan oleh jangkitan faraj adalah rasa sakit seperti terbakar atau melecur. Jika ini berlaku, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan Pakar Perubatan dengan segera untuk mengatasi masalah ini.
  3. Iritasi faraj
    Iritasi faraj boleh mengakibatkan faraj ngilu ketika seks. Iritasi juga akan memberikan rasa tidak selesa pada bahagian alat sulit kepada individu yang mengalaminya. Iritasi pada faraj selalunya disebabkan oleh penggunaan produk-produk yang tidak sesuai dengan individu terbabit. Antara produk-produk yang tergolong dalam kategori ini ialah tampon, pencuci alat sulit wanita, sabun, krim mandian, dan kondom yang digunakan oleh pasangan. Produk yang tidak sesuai akan mewujudkan reaksi alergi, seterusnya menyebabkan berlaku iritasi pada alat sulit. Oleh itu pastikan anda menggunakan produk-produk yang sesuai dan diyakini untuk menjaga kesihatan alat sulit anda, dan mengelakkan iritasi faraj. Jika anda tak tahu, anda boleh menggunakan petua orang Melayu dahulu kala dengan menggunakan daun sirih untuk menjaga kesihatan alat sulit wanita. Rebus daun sirih sehingga sebati, dan gunakan air rebusan tersebut untuk membasuh dan membilas alat sulit anda. Mudah dan murah!
  4. Faktor psikologi
    Faktor psikologi juga adalah antara penyebab situasi ini. Ini seringkali berlaku kerana individu terbabit berasa tertekan, atau stress yang melampau menyebabkan beliau tidak bersedia untuk melakukan hubungan seks dan menyukarkan faraj untuk mengeluarkan pelincir semulajadi. Ini berlaku disebabkan oleh masalah psikologi seperti trauma lampau kerana pengalaman buruk dengan seks, rasa bersalah dengan hubungan seks, marah, takut tidak dapat memberi persembahan terbaik kepada pasangan, konflik rumahtangga dan sebagainya. Individu yang mengalami masalah ini boleh menyelesaikannya dengan mengikuti terapi dari professional, atau lebih sesuai lagi meminta bantuan pasangan mereka. Cara yang terbaik ialah dengan cuba untuk mengelakkan stress dan tekanan dalam hidup dengan menjalani kehidupan yang sihat.

Mengelakkan masalah faraj ngilu ketika seks

Seperti yang anda ketahui punca-punca masalah ini, saya telah memberikan bagaimana anda dapat merawat dan menyelesaikan masalah ini dengan mudah.

Sebagai isteri yang ingin memuaskan suami di ranjang, sekiranya anda mengalami masalah faraj sakit ketika seks, anda perlu mengambil langkah segera untuk menyelesaikan masalah ini supaya hubungan seks lebih bermakna dan nikmat.

Jika anda ingin meningkatkan lagi kenikmatan ketika hubungan seks, anda boleh mendapatkan panduan E-Buku Kamasutra Bergambar yang mengandungi tips dan teknik lengkap bagaimana untuk membuat pasangan puas sepenuhnya di ranjang.

share-nodes
Kongsi: