Mengenali Wanita Kuat Nafsu Seks, Fakta dan Auta

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Apabila bercakap tentang ghairah seks dan nafsu seks wanita, seringkali kita tidak dapat lari dari beberapa fakta tentang wanita yang mempunyai nafsu seks yang kuat.

Banyak pendapat dan petua yang sering diberikan kepada kaum lelaki bagaimana untuk mengenali wanita yang mempunyai nafsu seks yang kuat. Kadang-kadang fakta ini kelihatan kelakar. Tetapi, benarkah petua berkenaan wanita yang kuat nafsu ini, atau hanya sekadar mitos dan tahayul?

wanita kuat nafsu seks
Ini adalah petua bagaimana anda nak kenal wanita yang kuat nafsu seks! Click To Tweet

Antara petua-petua popular untuk mengenali wanita kuat nafsu seks

Petua popular yang sering diberikan untuk mengenali wanita yang kuat nafsu ialah wanita yang memiliki bulu roma yang lebat mempunyai nafsu seks yang kuat. Tak kisahlah bulu pada tangan, misai yang tipis, atau pada kaki. Wanita-wanita yang berbulu lebat ini dikatakan mempunyai nafsu seks yang kuat dan ghairah seks yang tinggi.

Begitu juga dengan wanita yang mempunyai bibir yang tebal. Ada yang beranggapan saiz dan bentuk bibir seseorang wanita adalah sama dengan saiz dan bibir faraj beliau. Oleh itu jika mengikut logik mereka yang memulakan petua ini, jika wanita tersebut memiliki bibir yang tebal, seksi, sudah tentu bentuk bibir faraj beliau juga tebal dan seksi, dan sudah pasti beliau memiliki nafsu seks yang tinggi kerana memiliki bibir faraj yang tebal. Betul ke?

Ada pula petua yang menular bahawa wanita yang sedikit bongkok sering melakukan seks oral kepada suami mereka, oleh itu wanita-wanita ini memiliki nafsu oral seks yang tinggi.

Kadang-kadang agak kelakar apabila saya merenung petua-petua ini. Untuk pengetahuan anda, petua-petua ini adalah Mitos semata.

Tidak ada kajian yang dijalankan, dan tiada fakta yang boleh menyokong kebenaran petua-petua tentang mengenali wanita kuat nafsu seks yang sering menular di dalam masyarakat kita.

Fakta wanita kuat nafsu seks

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna tidak terdapat tips untuk mengenali wanita-wanita yang kuat nafsu seks. Terdapat dua tips yang telah dibuktikan dari segi saintifik, dan logik bahawa wanita yang memiliki ciri-ciri ini mempunyai nafsu seks yang kuat dah ghairah seks yang tinggi.

Fakta pertama ialah wanita yang memiliki tubuh badan yang ‘solid’ dan montok mempunyai ghairah seks yang tinggi. fakta ini telah didedahkan daripada penelitian beberapa pakar sakit Puan. Menurut mereka, wanita yang memiliki tubuh yang solid, atau berisi memiliki kandungan hormon estradiol yang tinggi.

Hormon estradiol ialah hormon Estrogen yang paling kuat pada wanita. Fungsi utama hormon ini ialah untuk menyelenggara sistem reproduktif wanita. Hormon ini juga bertindak sebagai steroid semula jadi, yang membantu pembentukan sifat-sifat kewanitaan pada seseorang wanita, seperti saiz payudara dan punggung.

Oleh itu wanita yang memiliki hormon Estradiol yang tinggi adalah amat bernafsu dan cenderung untuk aktiviti seks. Walaupun ini tidak dapat dibuktikan kepada semua wanita, tetapi boleh dikatakan kebanyakan wanita yang bertubuh solid, iaitu penuh ciri-ciri kewanitaan mempunyai hormon Estradiol yang tinggi, dan nafsu seks yang kuat.

Fakta yang ke dua ialah wanita yang aktif bersenam dan bersukan mempunyai ghairah seks yang tinggi. Ini tidak mengejutkan kerana seperti yang sering saya katakan di dalam artikel-artikel sebelum ini, gaya hidup yang sihat akan meningkatkan kualiti kehidupan seksual anda.

Dengan aktif bersukan, hormon-hormon akan meningkat, pengaliran darah akan lebih sempurna dan ini secara langsung akan membuatkan nafsu seksual meningkat. Perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada kaum lelaki.

Kurang nafsu seks

Bagaimana pula dengan wanita yang tidak termasuk dalam dua kategori yang dinyatakan di atas?

Fakta-fakta yang diberikan di atas boleh digunakan sebagai panduan, atau rujukan untuk mengenali wanita yang mempunyai ghairah seks yang tinggi. Tetapi anda harus ingat, fakta ini bukanlah 100% tepat, dan hanya sekadar penelitian pakar-pakar Seksual dan mengambil kira logik dari segi sains.

Seperti yang anda ketahui, kaum wanita lebih mudah terangsang dari faktor emosi berbanding faktor fizikal. Oleh itu rangsangan emosi lebih memainkan peranan untuk meningkatkan ghairah seksual seseorang wanita berbanding rangsangan fizikal.

Oleh itu tidak perlu risau sekiranya anda tidak tergolong dalam dua golongan yang dinyatakan di atas.

Sebenarnya semua wanita mempunyai nafsu seks yang tinggi. Yang penting ialah pasangan anda harus pandai memainkan peranan untuk memetik Suis nafsu seks anda untuk memuaskan anda di ranjang.

Memetik suis nafsu seks wanita

Kaedah terbaik untuk memetik suis nafsu seks dan meningkatkan keinginan seks seseorang wanita adalah dengan merangsang beliau dari segi emosi, selain rangsangan fizikal.

Rangsangan emosi adalah berbeza dengan rangsangan fizikal, seperti langit dengan bumi.

Seringkali para suami yang berkeinginan terhadap isteri mereka akan menggoda isteri mereka ketika inginkan melakukan seks dengan isteri dalam masa yang singkat. Ini tidak boleh dikategorikan dalam rangsangan emosi.

Rangsangan emosi memerlukan masa. Sebagai contoh yang mudah, jika anda ingin melakukan seks dengan isteri anda pada malam ini, mula merangsang emosi beliau dari sekarang.

Bagaimana?

Kirimkan SMS, atau WhatsApp beliau yang anda ingin buat temu janji dengan beliau di ranjang pada malam ini. Luangkan masa untuk “Lunch” bersama. Kemudian belikan beliau sekuntum bunga ros dan berikan ketika pulang dari kerja.

Ini adalah antara contoh-contoh rangsangan emosi yang saya maksudkan. Mungkin kelihatan agak ‘leceh’ pada pandangan mata kaum lelaki, tetapi percayalah ini akan membuatkan isteri anda lebih bernafsu untuk melayan anda di ranjang.

Jika anda ketandusan idea, atau tidak tahu bagaimana untuk menggoda emosi isteri anda, Panduan Ebuku 101 Idea Asmara boleh membantu anda. E-Buku ini mengandungi panduan lengkap bagaimana untuk menggoda dan merangsang emosi pasangan anda untuk meningkatkan ghairah seksual beliau, sekali gus membuatkan hubungan seksual lebih sempurna. Panduan ini diberikan sebagai Bonus Percuma untuk Pakej Ilmu Asmara Mutlak.

Tidak susah untuk meningkatkan ghairah seksual pasangan anda, jika anda tahu caranya.

share-nodes
Kongsi: