Melambatkan Pancutan Untuk Puaskan Isteri – Bagaimana Caranya?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 12 Jan 2024
clock-one

Ramai lelaki dan para suami yang tidak tahu bagaimana untuk melambatkan ejakulasi, atau pancutan air mani. Akibatnya ramai para suami yang tewas ketika bertarung dengan isteri, kerana pancut terlalu awal sebelum dapat memuaskan isteri.

Akhirnya isteri kecewa, tidak puas dan akan memendam perasaan. Faktor ini juga boleh membuatkan isteri hilang keinginan untuk bersetubuh dan melakukan hubungan seks, dan seringkali menolak ketika diajak bersama oleh para suami.

Melambatkan ejakulasi

Faktor pancut awal

Banyak faktor yang menyebabkan terjadinya pancut awal di kalangan lelaki. Faktor-faktor fizikal dan juga emosi. Keletihan setelah seharian penat bekerja, tubuh badan yang tidak sihat dan tidak berada dalam ‘top form, mahupun faktor emosi seperti bebanan dan tekanan kehidupan, hutang dan sebagainya.

Faktor-faktor ini boleh membuatkan kaum lelaki hilang kawalan terhadap anggota seks, terutamanya zakar dan mengakibatkan berlakunya pancutan awal ketika berasmara.

Terdapat pelbagai teknik dan panduan yang boleh diamalkan untuk melambatkan ejakulasi. Teknik-teknik untuk melambatkan ejakulasi ini terdiri daripada pembabitan fizikal, dan juga mental.

Perkara utama yang perlu anda ketahui yang mempengaruhi cepat atau lambat ejakulasi anda ialah tahap kesihatan anda.

Tubuh badan yang sihat akan mempengaruhi prestasi anda di ranjang Click To Tweet

Apabila tenaga dan minda ada berada pada tahap tertinggi, secara automatik alat sulit anda akan menjadi keras dan kuasa mendayung anda akan bertambah.

Ini kerana dengan kesihatan yang elok, lebih banyak darah akan dialirkan ke zakar anda dan ini akan mempengaruhi tahap kekerasan zakar anda.

Itu dari segi fizikal. Dari segi emosi pula, elakkan tekanan dan stress ketika berasmara dengan si dia. Ini boleh dielakkan dengan melupakan segala masalah atau bebanan ketika ingin melakukan aktiviti seksual.

Letak ke tepi sebentar semua masalah anda dan isi diri anda dengan kasih sayang dan kemesraan kepada pasangan anda.

Hubungan seksual yang sah adalah sesuatu yang indah, iaitu anugerah Tuhan kepada manusia. Rugi jika anda tidak memanfaatkan sepenuhnya anugerah ini.

Tips melambatkan ejakulasi

Ketika ingin memulakan sesi aktiviti seksual anda, iaitu sebelum mendayung, panjangkan sesi pemanasan atau ‘foreplay’.

Walaupun teknik ini tidak dapat melambatkan pancutan anda, tetapi anda akan dapat memuaskan isteri terlebih dahulu, atau buat isteri mudah untuk klimaks walaupun dengan mendayung yang singkat.

Apabila tiba masanya untuk mendayung, mulakan dengan perlahan. Kawal pernafasan anda dan jangan terburu-terburu atau rakus.

Apabila anda rasakan anda ingin pancut, berhenti mendayung seketika dan fokuskan minda anda kepada perkara lain seperti makanan yang anda minati, aksesori kereta yang anda inginkan dan sebagainya.

Teruskan mendayung apabila keinginan untuk klimaks berkurangan. Kaedah ini memerlukan kuasa minda yang tinggi. Latihan yang berterusan akan membiasakan diri anda dengan kaedah.

Dalam pelbagai kaedah untuk melambatkan ejakulasi yang sering diberikan kepada para suami oleh ‘pakar-pakar’ seksual, ramai yang tidak mengambil kira faktor terpenting melambatkan pancutan yang melibatkan kedua-dua pihak, iaitu suami dan isteri.

Kaedah-kaedah yang saya berikan di atas hanya bertumpu kepada para suami, dan mengabaikan isteri.

Faktor terpenting yang saya maksudkan ialah Posisi Seksual, atau Posisi Jimak.

Ya, ramai yang belum tahu bahawa posisi jimak ketika berasmara memainkan peranan yang amat-amat penting untuk membantu para suami melambatkan ejakulasi.

Nasihat-nasihat yang berunsur moden, di mana berkaitan dengan sains, ubat-ubatan moden dan sebagainya sering mengabaikan faktor ini, sedangkan ilmu-ilmu dari kitab seksual kuno seperti Kamasutra, Ananga Ranga, Seni Tao berkali-kali menekankan kepentingan posisi-posisi jimak untuk melambatkan pancutan, dan memberikan kepuasan maksimum kepada para suami dan juga isteri.

Inilah rahsia untuk melambatkan pancutan, ejakulasi yang jarang diamalkan pada masa sekarang, Ruginya..

Kenapa jenis Posisi Jimak begitu penting untuk melambatkan ejakulasi?

Kerana posisi yang berbeza akan memberikan sensasi yang berbeza kepada faraj dan zakar. Sebagai contoh terdapat posisi jimak yang boleh memberikan nikmat maksimum kepada para isteri, tetapi kurang geseran zakar suami. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan suami dapat mengawal rangsangan pada zakarnya, sekali gus buat isteri klimaks dahulu dan si suami dapat melambatkan pancutannya.

Fakta ini telah dibuktikan sejak zaman berzaman lagi oleh kitab-kitab ilmu seksual kuno yang saya sebutkan di atas!

Tetapi sayang ramai yang tidak mengambil berat tentang perkara ini, tambahan lagi ilmu-ilmu ini sukar didapati di dalam penerbitan Bahasa Melayu.

Saya telah mengambil inisiatif untuk menterjemahkan keempat-empat Kitab Ilmu Seksual Kuno, iaitu Kamasutra, Ananga Ranga dari India, Seni Tao dari China, dan ‘Perfumed Garden’ dari Timur Tengah ke dalam Bahasa Melayu, menjadikan manual lengkap ilmu seksual turun temurun untuk dipelajari oleh mereka yang serius untuk melambatkan ejakulasi, dan meningkatkan pengetahuan ilmu seksual mereka ke tahap lebih tinggi.

Jika anda benar-benar serius ingin meningkatkan kualiti hubungan seks anda, dan memuaskan pasangan anda, anda boleh dapatkan panduan Kamasutra Bergambar.

share-nodes
Kongsi: