G-Spot dan Pancutan Wanita – Rahsia Yang Dibongkar

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

G-spot dan pancutan wanita adalah topik yang seringkali dibincangkan ketika mendalami tentang teknik untuk memberi kepuasan kepada wanita ketika berasmara. Titik G-Spot juga pernah dinobatkan sebagai salah satu kunci rahsia untuk memberi kenikmatan sepenuhnya kepada para wanita, jika dirangsang dengan betul.

G-Spot dan pancutan wanita

Apa itu G-Spot?

Bagi yang baru mengikuti laman blog ini dan masih samar-samar dengan apa yang dimaksudkan sebagai titik G-Spot, di sini saya berikan sedikit pengenalan dan pencerahan. Titik G-Spot secara kasar adalah satu titik, atau benjolan kecil pada lubang faraj wanita.

Titik G-spot, seperti juga biji kelentit adalah salah satu daripada organ pada tubuh wanita yang berfungsi untuk memberi rangsangan dan menaikkan syahwat wanita ketika berasmara. Titik G-Spot dikatakan terdapat pada setiap tubuh wanita.

G-Spot adalah satu benjolan atau titik di dalam lubang faraj yang jika dirangsang dengan betul – boleh buat isteri orgasma berkali-kali. Click To Tweet

Walaubagaimanapun, saiz titik G-Spot pada setiap tubuh wanita adalah berbeza. Begitu tahap sensitiviti dan tahap rangsangan yang terdapat pada titik G-Spot, adalah berbeza untuk setiap wanita. Boleh dikatakan titik G-Spot ini adalah unik untuk setiap individu.

Secara ringkas:

  • G-Spot adalah titik atau benjolan daging kecil yang terletak di permukaan lubang faraj.
  • G-Spot amat sensitif pada rangsangan fizikal.
  • Saiz G-Spot adalah berbeza pada setiap wanita.
  • Tahap sensitiviti G-Spot adalah berbeza pada setiap wanita.

Kenapa G-Spot amat sensitif

Seperti clitoris, atau biji kelentit, titik G-Spot adalah amat sensitif terhadap rangsangan dari sentuhan. Ini kerana titik G-spot sendiri terdiri daripada reseptor-reseptor deria, seperti lidah anda.

Malah ada kajian yang membuktikan titik G-Spot adalah lebih sensitif daripada lidah. Seperti yang anda tahu lidah juga dipenuhi dengan reseptor deria yang buat lidah amat sensitif. Walaubagaimanapun, ini tidak dapat dibuktikan pada setiap individu, dan hanya merangkumi sesetengah individu. Seperti yang saya katakan di atas, tahap sensitiviti titik G-Spot untuk setiap individu adalah berbeza.

Oleh kerana G-Spot terdiri daripada reseptor deria, ini buat G-Spot sensitif kepada sebarang jenis rangsangan fizikal. Tambahan lagi lokasi G-Spot yang terletak di dalam lubang faraj wanita membuktikan titik G-Spot adalah satu organ seksual yang boleh digunakan sebagai penaik nafsu syahwat wanita.

Misteri G-Spot

Walaupun banyak kajian yang telah dilakukan terhadap titik G-Spot oleh pakar seksual seluruh dunia, masih ada yang meragui tentang kewujudan titik G-Spot. Ada pakar seksual yang menyatakan titik G-Spot ini adalah mitos semata, dan tidak wujud, dan mereka mengemukakan bukti kukuh berhubung perkara ini.

Jadi adakah G-Spot ini sekadar mitos dan tidak wujud?

Mungkin ada benarnya. Pada pendapat saya, titik G-Spot wujud pada setiap wanita. Yang berbeza ialah saiz titik G-Spot itu sendiri.

Ada wanita yang mempunyai saiz titik G-Spot yang besar, dan sebaliknya. Oleh itu kadangkala sukar untuk menjumpai titik G-Spot ini, tambahan lagi lokasi titik atau benjolan ini yang berada di dalam lubang faraj.

Ini menyebabkan sesetengah individu beranggapan titik G-Spot ini tidak wujud, dan hanya sebagai mitos yang menjadi terkenal.

Di manakah lokasi sebenar G-Spot?

Lokasi G-Spot juga adalah satu topik yang boleh dikatakan misteri dan sering diperbalahkan oleh pakar-pakar seksual. Kenapa ini berlaku? Jawapannya amat mudah. Ini kerana lokasi G-Spot adalah berbeza untuk setiap wanita.

Tetapi pakar-pakar seksual bersetuju bahawa lokasi utama titik G-Spot adalah pada permukaan atas lubang faraj wanita.

Ada yang memberi pendapat bawah lokasi G-Spot adalah sejengkal dari lubang faraj, dan ada pula yang memberi fakta bahawa lokasi G-spot adalah seinci dari faraj, dan pelbagai lagi hasil kajian yang dikemukakan.

Oleh kerana tiada jawapan khusus untuk soalan ini, adalah menjadi tanggungjawab suami untuk menentukan lokasi sebenar titik G-Spot isteri anda.

Saya telah menulis dengan panjang lebar berhubung di manakah lokasi G-Spot dan bagaimana untuk mencari G-Spot isteri anda.

Anda boleh menelaah kedua-dua artikel tersebut untuk menentukan di manakah lokasi sebenar G-Spot isteri anda.

Kaitan G-Spot dan pancutan wanita

Oleh kerana titik G-Spot yang dikenali sebagai titik nikmat ini amat sensitif terhadap rangsangan, titik ini berkait rapat dengan pancutan wanita. Dan titik G-Spot ini juga boleh menentukan sama ada wanita tersebut akan klimaks, pancut atau tidak ketika aktiviti seksual.

Pada artikel-artikel yang lepas saya telah membuktikan bahawa wanita boleh klimaks dan pancut hanya dengan rangsangan pada biji kelentit beliau, perkara yang sama juga boleh dikatakan untuk G-Spot.

Tetapi melakukan rangsangan pada G-Spot adalah lebih rumit dan komplikated berbanding rangsangan pada biji kelentit.

Faktor utama yang menyebabkan perkara ini sukar ialah kerana lokasi G-Spot itu sendiri. Bukan mudah untuk mencari G-Spot isteri anda. Faktor kedua pula ialah cara merangsang G-Spot memerlukan teknik yang lebih rumit berbanding merangsang biji kelentit isteri.

Seringkali panduan yang diberikan untuk merangsang G-Spot ialah menggunakan jari. Teknik ini sering digunakan oleh mereka yang tahu rahsia ini, dan seringkali berjaya buat pasangan mereka klimaks. Tidak syak lagi ini adalah teknik yang hebat dan boleh buat isteri klimaks.

Tetapi teknik ini adalah sukar dilakukan, dan memerlukan eksperimen demi eksperimen untuk buat isteri klimaks dengan G-Spot.

Teknik mudah buat isteri pancut dengan G-Spot

Teknik yang lebih mudah dan boleh dilakukan oleh setiap suami tanpa perlu bersusah payah ialah dengan mengamalkan posisi seks yang sesuai.

Kenapa saya katakan teknik ini lebih mudah?

Kerana dengan mengamalkan posisi seks yang sesuai, zakar anda akan merangsang G-Spot isteri anda tanpa perlu bersusah payah menentukan lokasi G-spot dan merangsang G-Spot dengan jari.

Sudut tujahan zakar, dan posisi faraj pada posisi seks yang sesuai akan buat zakar menggesel G-Spot isteri anda dengan setiap tujahan zakar. Ini akan memberikan rangsangan pada G-Spot secara konsisten dan akan memberikan nikmat kepada isteri.

Posisi seks untuk merangsang G-Spot

Antara posisi seks yang boleh digunakan untuk merangsang G-Spot secara “direct” ialah Posisi Seks Doggy, dan variasinya.

Dalam posisi seks doggy, zakar akan menujah pada permukaan dinding atas faraj. Secara tidak langsung ini akan memberikan rangsangan fizikal kepada G-Spot. Jika dilakukan dengan betul, ini akan memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada isteri anda.

Walaubagaimanapun, seringkali para suami kurang memberi perhatian terhadap perkara ini dan lebih gemar menujah dengan kuat ketika melakukan posisi doggy. Jadi selepas ini tukar teknik dayungan anda dan beri lebih perhatian kepada sudut tujahan zakar dan rangsangan G-Spot ketika menujah.

Variasi daripada posisi doggy juga boleh memberikan rangsangan maksima kepada G-Spot. Banyak posisi-posisi seks yang telah diciptakan sebagai variasi, atau lanjutan kepada posisi doggy.

Jika anda ingin mempelajari lebih banyak posisi-posisi seks yang boleh memberikan rangsangan maksima kepada G-Spot isteri anda, anda boleh dapatkan Panduan 102 Posisi Seks daripada E-Buku Kamasutra Bergambar

Panduan ini mengandungi Posisi-posisi seks terbaik yang dihimpunkan daripada empat kitab ilmu asmara yang terkenal seperti Kamasutra, Ananga Ranga, Taman Harum, dan Seni Seks Tao.

Jari atau Posisi Seks?

Anda telah tahu yang G-Spot adalah organ pada tubuh isteri anda yang boleh anda gunakan atau manipulasi untuk memberikan nikmat berganda kepada beliau, dan buat beliau klimaks dan pancut. Anda juga telah tahu bagaimana untuk mencari lokasi G-Spot dan bagaimana untuk merangsang G-Spot isteri anda.

Jadi terpulang kepada anda untuk menggunakan teknik-teknik yang telah saya berikan. Anda boleh menggunakan teknik jari atau posisi seks untuk buat isteri anda klimaks dan pancut dengan rangsangan G-Spot, atau lebih baik lagi anda menggunakan kedua-duanya sekali.

Selamat mencuba!

share-nodes
Kongsi: