Bagaimana Mencari G-Spot Isteri – Tak Susah Pun

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 12 Jan 2024
clock-one

Bagaimana untuk mencari G-Spot isteri dan merangsang titik nikmat tersebut untuk buat isteri puas?

Seperti yang anda tahu, G-Spot atau titik nikmat adalah satu titik atau benjolan di dalam faraj isteri anda yang paling sensitif. Benjolan ini jika dirangsang akan membuatkan isteri anda menggeliat kesedapan dan mudah untuk klimaks dan pancut.

Jadi bagaimanakah caranya untuk mencari G-Spot isteri? Dimanakah lokasi titik nikmat ni?

G-Spot isteri
Rangsangan pada G-Spot isteri telah dibuktikan boleh buat isteri klimaks dan pancut Click To Tweet

Cara Terbaik Mencari G-Spot Isteri

Cara terbaik untuk mencari Titik-G isteri anda ialah dengan merangsang isteri anda terlebih dahulu. Ini kerana benjolan G ini, seperti juga zakar akan berada dalam keadaan tenggelam, bersaiz kecil di dalam keadaan normal. Tetapi benjolan ini akan membesar ketika isteri anda terangsang.

Jadi perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk mencari Titik-G isteri anda ialah menggoda isteri anda sehingga beliau terangsang.

Kemudian minta isteri anda berbaring dan membengkokkan kakinya. Ini adalah posisi terbaik untuk misi ini.

Perlahan-lahan, masukkan sebatang jari ke dalam faraj isteri anda. Pastikan faraj isteri anda benar-benar basah sebelum memasukkan jari. Dan juga pastikan anda memotong kuku anda terlebih dahulu. Kuku yang panjang akan menggagalkan usaha anda dan menyakitkan isteri anda.

Masukkan jari tersebut ke dalam faraj sedalam yang mungkin. Bengkokkan jari anda sehingga menyentuh dinding atas faraj isteri anda.

Perlahan-lahan tarik jari anda ke arah berlawanan (keluar). Rasakan dinding faraj isteri anda semasa anda menarik jari keluar.

Berikan perhatian kepada kawasan di mana kulit dinding faraj tersebut agak kasar, terdapat benjolan, atau berbeza dengan kawasan dinding faraj yang lainnya.

Kawasan tersebut adalah G-Spot isteri anda.

Pastikan Itu Benar-benar Titik-G Isteri

Untuk memastikan itu adalah G-Spot isteri anda, gosok di bahagian tersebut dan lihat reaksi isteri anda.

Jika isteri anda memberikan reaksi yang berbeza, seperti menggeliat kesedapan, atau menjerit kecil, tanniah! anda telah berjaya menjumpai Titik-G isteri anda.

Bagaimana pula caranya untuk merangsang G-Spot tersebut sehingga membuatkan isteri anda klimaks dan pancut berkali-kali?

Anda boleh mendapatkan tips seterusnya di dalam panduan Ilmu Asmara Mutlak yang memberikan tips terbaik untuk membuatkan isteri anda klimaks dan pancut.

share-nodes
Kongsi: