5 Ciuman Mesra Yang Boleh Buat Pasangan Cair

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Kita sering memikirkan tentang seks apabila timbul keinginan untuk bermesra dengan pasangan. Ini adalah naluri manusia dan bukanlah perkara yang buruk. Tetapi tahu tak walaupun manusia memang menginginkan seks dalam kehidupan, mereka juga mengidamkan aktiviti lain yang boleh meningkatkan kemesraan, seperti ciuman yang mesra.

Ciuman mesra

Ciuman Dianggap Tidak Penting

Seringkali kita menganggap ciuman adalah sebagai satu perbuatan yang tidak penting, terutama sekali bagi masyarakat kita.

Masyarakat kita hanya menggunakan kuasa ciuman apabila ingin berasmara di ranjang.

Berbeza dengan masyarakat barat yang sering memberikan ciuman mesra kepada pasangan mereka, bukan sahaja ketika di ranjang.

Malah bangsa Arab sendiri menggunakan ciuman pada pipi sebagai salah satu ekspresi perkenalan. Masyarakat kita pula hanya mencium tangan untuk menunjukkan tanda hormat.

Kenapa kita begitu berkira untuk melayangkan ciuman kepada pasangan?

Ciuman Mesra untuk Memikat Hati Pasangan

Ciuman-ciuman yang sering dilayangkan kepada pasangan anda, walaupun bukan ciuman erotik atau ciuman menggoda – boleh memberi kesan yang sangat hebat kepada hubungan suami isteri.

Kali ini saya beri 5 ciuman mesra boleh meningkatkan keintiman hubungan anda berdua.

Ciuman di kelopak mata

Cium si dia di kelopak matanya apabila anda berdua sedang berbual, atau berehat menonton TV. Ciuman ini tidak begitu berat, tetapi kesannya sangat hebat.

Ciuman lembut di dahi

Selalunya anda mencium pipi pasangan sebelum ke tempat kerja. Kali ini tambah satu ciuman lagi, iaitu ciuman pada dahi beliau.

Cium dahi pasangan selama lima saat, dan serikan ciuman ini dengan memeluk pasangan. Lakukan juga ciuman ini setiap kali anda tiba di rumah selepas seharian bekerja.

Ciuman di dahi juga sangat sesuai dilayangkan ketika pasangan sedang tidur. Kadang-kala anda pulang lewat dari kerja, atau baru pulang dari melepak bersama rakan-rakan. Pasangan pula telah tidur.

Apa salahnya anda mencium dahi si dia?

Ciuman di kaki

Kaki jarang sekali diberi perhatian ketika berasmara. Apatah lagi jika memikirkan tentang bercium. Apa kata kali ini ubah persepsi tersebut – cium kaki pasangan anda.

Ciuman ini boleh digunakan ketika berasmara, iaitu ketika foreplay. Cium kaki si dia, dari bawah sehingga ke pangkal paha. Beri perhatian sepenuhnya ketika anda melakukan ciuman ini.

Kenal pasti di mana kawasan yang buat beliau ketawa kegelian, atau mendesah kesedapan.

Ciuman pada bahagian belakang tubuh

Bahagian belakang tubuh pasangan juga sering diabaikan dalam hubungan intim. Jika anda tahu apa yang boleh anda buat dengan belakang tubuh pasangan anda, saya pasti anda akan memberi perhatian yang lebih kepada bahagian tubuh yang satu ni.

Ciuman mesra selepas memicit atau mengurut lembut belakang pasangan boleh buat si lebih rehat, tenang dan bersedia untuk berasmara.

Tambahan lagi jika anda selang-selikan dengan gurauan nakal atau bisikan cinta ketika melayangkan ciuman mesra ini.

Ciuman mesra ketika bersetubuh

Selalunya hanya ciuman erotik, atau ciuman yang penuh bernafsu yang digunakan ketika bersetubuh. Kali ni beri sedikit kelainan dengan menggunakan ciuman yang mesra dalam sesi berasmara anda berdua.

Teknik ciuman mesra bukan sahaja boleh digunakan sebelum bersetubuh(ketika foreplay), malah lebih hebat lagi jika anda melayangkan ciuman selepas bersetubuh.

Ciuman ini boleh memikat hati pasangan anda, dan menunjukkan anda begitu menghargai kemesraan bersetubuh yang anda alami.

Tingkatkan Kemesraan Hubungan Suami Isteri Dengan Ciuman Mesra

Kuasa ciuman sebenarnya sangat hebat, dan telah dibuktikan boleh buat pasangan lebih mesra. Malah jika anda tahu bagaimana untuk memanipulasikan ciuman, dengan mudah anda boleh buat pasangan cair dan menyerah diri hanya dengan ciuman anda.

Jika anda ingin belajar rahsia ciuman ini, anda perlu dapatkan panduan Seni Ciuman yang memberikan teknik sebenar bercium.

Teknik-teknik ciuman ini adalah panduan lengkap bagaimana menggunakan kuasa ciuman untuk menawan pasangan.

Jangan perkecilkan kuasa ciuman, kalau tak anda juga yang rugi!

share-nodes
Kongsi: