13 Tanda Isteri Terangsang dan Bernafsu – Luaran dan Dalaman

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Pernah tak anda perhatikan isteri anda bila beliau terangsang? Benar-benar melihat perubahan pada tubuh beliau?

Seorang wanita bila terangsang akan menunjukkan beberapa tanda yang tidak dapat beliau sembunyikan. Tanda isteri terangsang ini boleh dipaparkan sama ada dari segi luaran, mahupun dalaman.

tanda isteri terangsang
Ramai isteri yang berpura-pura bernafsu pada masa sekarang semata-mata nak jaga hati suami… Click To Tweet

Pada masa sekarang, ramai isteri yang sering berpura-pura bernafsu atau terangsang untuk melayan kerenah suami mereka.

Perkara ini terjadi kerana suami itu sendiri yang tidak tahu bagaimana untuk memetik suis ghairah isteri sehingga mereka benar-benar terangsang dan bersedia untuk seks.

Akibatnya, isteri terpaksa berpura-pura bernafsu untuk hubungan seks demi menjaga hati suami. Malah ada juga isteri yang berpura-pura puas dan klimaks untuk tidak mengecewakan suami.

Baca tip 7 tanda isteri berpura-pura klimaks yang telah saya tulis sebelum ini.

Tanda-Tanda Isteri Terangsang

Terdapat beberapa perubahan yang akan berlaku pada tubuh isteri anda apabila beliau terangsang. Berikut ialah tanda isteri terangsang, luaran dan dalaman.

Tanda Isteri Terangsang Pada Luaran

Apabila seseorang wanita terangsang, beliau tidak akan dapat menyembunyikan perubahan yang berlaku pada tubuh fizikal dan sikap mereka.

Sesetengah perubahan ini berlaku secara semula jadi dan tidak dapat dibuat-buat. Antaranya ialah:

  1. Kekerapan nafas meningkat dan beliau akan bernafas dengan kuat, kadang-kala sehingga kedengaran.
  2. Denyutan jantung menjadi lebih cepat.
  3. Beliau mula berpeluh dengan banyak, luar dari kebiasaan.
  4. Anak mata membesar.
  5. Kulit akan menjadi kemerah-merahan, selari dengan aliran darah yang semakin laju akibat denyutan jantung yang cepat.
  6. Secara tak sedar, beliau akan bersikap lebih menggoda, nakal atau romantik.

Tanda Isteri Terangsang Pada Dalaman

Perubahan yang berlaku pada bahagian dalaman tubuh seseorang wanita apabila beliau terangsang pula merujuk kepada perubahan yang sukar untuk anda kesan apabila isteri berpakaian lengkap.

Tanda-tanda isteri terangsang secara dalaman pula boleh dilihat pada payudara dan kemaluan beliau. Antaranya:

  1. Buah dada membesar, cekang, dan sedikit kemerah-merahan.
  2. Puting payudara membesar, semakin keras dan menonjol ke luar.
  3. Faraj berdenyut dengan lebih kuat. Sama seperti zakar anda berdenyut ketika anda terangsang.
  4. Faraj berubah warna menjadi sedikit gelap akibat aliran darah yang meningkat ke kawasan alat sulit beliau.
  5. Biji kelentit membesar dan menonjol ke luar. Perubahan ini ketara jika isteri mempunyai saiz biji kelentit yang besar.

    Biji kelentit adalah zakar yang kecil pada tubuh isteri anda.

  6. Bibir luar faraj (labia majora) dan bibir dalam faraj (labia minora) akan membengkak dan menjadi terbuka untuk memudahkan faraj menerima zakar.
  7. Lubang faraj mengeluarkan cecair secara automatik. Dengan ini faraj menjadi basah untuk memudahkan penembusan zakar.

Peka Dengan Perubahan Tubuh Isteri

Sebagai suami, anda harus peka dan beri perhatian kepada perubahan tubuh isteri anda. Terutama ketika dalam aktiviti seks.

Kebanyakan suami tidak mengambil berat faktor ini, dan terus memasukkan zakar ke dalam faraj isteri, sedangkan isteri mereka belum benar-benar bersedia untuk disetubuhi.

Akibat yang timbul dari perkara ini ialah isteri tidak akan puas, jauh lagi klimaks dan orgasma.

Semua wanita hanya akan klimaks dan orgasma jika beliau benar-benar terangsang sebelum bersetubuh. Ini adalah fakta yang telah dibuktikan oleh sains!

Salah satu cara terbaik untuk buat isteri anda benar-benar terangsang dan bersedia untuk bersetubuh ialah dengan memanjangkan sesi Foreplay.

Foreplay sebenarnya sangat penting, dan perlu dilakukan setiap kali anda melakukan hubungan seks.

Jika anda melakukan foreplay dengan teknik yang betul, bukan sahaja anda boleh buat isteri benar-benar terangsang, malah tidak mustahil isteri boleh puas dan klimaks sebelum bersetubuh, hanya dengan permainan foreplay anda.

Saya telah menulis teknik dan tip foreplay yang panjang lebar sebelum ini. Baca kenapa foreplay sangat penting untuk seks, atau belajar teknik foreplay terbaik untuk puaskan isteri.

share-nodes
Kongsi: