Pasangan Yang Membahagikan Kerja Rumah Lebih Kerap Menjalani Hubungan Seks

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Dua tahun lepas saya ada membaca sebuah artikel yang dikeluarkan oleh New York Times. Artikel tersebut membincangkan bagaimana pasangan yang berkongsi kerja rumah mempunyai kadar hubungan seks yang rendah, dan kurang memuaskan.

Kerap menjalani hubungan seks

Walau bagaimanapun, kajian terbaru yang bertajuk “The Gendered Division of Housework and Couples’ Sexual Relationships: A Reexamination” mendapati artikel tersebut sudah tidak boleh diguna pakai pada zaman sekarang.

Perubahan Cita rasa Seksual Pada Zaman Sekarang

Kajian terbaru ini membuktikan bahawa artikel atau kaji selidik yang dilakukan oleh New York Times adalah ketinggalan zaman kerana mengumpul data dari tahun 1980-1990an.

Oleh itu artikel tersebut tidak benar-benar mewakili hubungan seks pasangan suami isteri pada masa sekarang.

Kajian terbaru ini mendapati pasangan yang membahagikan kerja rumah lebih kerap melakukan hubungan seks daripada pasangan yang melepaskan tanggungjawab di rumah kepada suami, mahupun isteri.

Kajian Terbaru Kekerapan Hubungan Seks Berdasarkan Tugas di Rumah

Kajian ini membahagikan pasangan kepada tiga kategori, iaitu:

  1. Konvensional – Isteri melakukan 65% lebih banyak kerja rumah.
  2. Saksama – Suami melakukan 35-65% kerja rumah.
  3. Konvensional Berbalas – Suami melakukan 65% lebih banyak kerja rumah.

Kajian sebelum ini yang dijalankan pada tahun 90an mendapati pasangan dalam kategori konvensional lebih kerap menjalani hubungan seks berbanding kategori yang lain.

Walau bagaimanapun, kaji selidik terbaru ini mendapati pasangan yang berada di dalam kategori Saksama lebih kerap menjalani hubungan seks berbanding kategori yang lain.

Data menunjukkan pasangan di dalam kategori Saksama menjalani purata 6.8 hubungan seks setiap bulan, iaitu 0.5 kali lebih dari kategori konvensional, dan 2 kali ganda lebih dari pasangan konvensional berbalas.

Keadilan Dalam Membahagikan Kerja Rumah Mencetus Keinginan Seks

Menurut penyelidik, sebelum ini kategori konvensional menjalani lebih banyak hubungan seks kerana pengaruh sifat feminin atau maskulin yang menjadi pemangkin kepada hubungan seks.

Tetapi penemuan terbaru ini mendapati pasangan lebih menyukai kesaksamaan dalam hubungan suami isteri, menyebabkan pasangan dalam kategori saksama lebih kerap menjalani hubungan seks.

Beberapa penulis yang terkenal seperti Daniel L. Carlson, Amanda J. Miller, Sharon Sassler dan Sarah Hanson bersetuju bahawa keintiman hubungan seks pada masa sekarang lebih dicetuskan oleh kepuasan dalam hubungan suami isteri yang adil, termasuk dalam melakukan kerja-kerja di rumah.

Kerjasama Penting Dalam Hubungan Suami Isteri

Kerjasama sebenarnya sangat penting dalam hubungan suami isteri. Bukan sahaja dalam kerja rumah, tetapi dalam setiap aspek hidup rumahtangga.

Jika sebelum ini anda hanya melepaskan tanggungjawab melakukan kerja-kerja rumah kepada pasangan anda, apa kata selepas ini anda juga bersama-sama menolong pasangan di rumah.

Siapa tahu, hubungan di ranjang lebih intim dan mengasyikkan dengan perubahan sikap anda.

share-nodes
Kongsi: