27 Jenis Ciuman Unik Yang Wajib Anda Cuba

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Bercium adalah salah satu cara untuk menyampaikan perasaan dan ekspresi diri tanpa sebarang kata. Ciuman yang dilakukan dengan cinta dan penuh kasih sayang bukan sahaja boleh menunjukkan keikhlasan anda, tetapi juga dapat memikat pasangan tanpa beliau sedari.

Ramai yang mengetahui bagaimana untuk melakukan ciuman pertama, melakukan ciuman mulut, atau melakukan french kiss.

Kalau masih tak tahu, baca tip cara cium mulut atau teknik ciuman bibir.

Tetapi tahu tak terdapat pelbagai lagi teknik ciuman yang boleh anda layangkan pada pasangan anda?

Tak banyak, hanya 27 jenis ciuman sahaja!

27 Jenis ciuman unik

27 Jenis Ciuman Unik

Kali ini saya beri 27 jenis ciuman unik yang perlu anda pelajari sekiranya anda serius untuk menjadi seorang pakar ciuman.

1. Ciuman Kupu-Kupu

Ciuman kupu-kupu atau “Butterfly kiss” dilakukan dengan mencium pasangan seperti biasa, tetapi kedipkan mata anda sehingga pasangan terasa geli akibat dari kerdipan bulu mata anda.

Ciuman kupu-kupu atau ciuman rama-rama ini boleh anda lakukan pada pipi, bibir, leher, mahupun perut si dia.

2. Ciuman Telinga

Ciuman pada telinga atau diberi nama “Earlobe kiss” adalah salah satu jenis ciuman yang anda lakukan pada telinga pasangan. Tetapi ciuman ini unik kerana anda sebenarnya tidak menyentuh telinga si dia dengan bibir anda.

Anda hanya melakukan hembusan nafas dengan lembut pada telinga pasangan. Ciuman telinga ini boleh buat pasangan geli sehingga beliau menggeliat kesedapan!

3. Ciuman Menggigit

Ciuman gigitan/ciuman menggigit atau dikenali sebagai “Biting kiss” seperti namanya berlaku apabila anda menggigit bibir pasangan.

Jenis ciuman ini agak menyeronokkan dan boleh menimbulkan suasana nakal anda antara anda berdua.

Ciuman ini sesuai dilakukan sebagai mengakhiri sesi ciuman yang panjang dan mengasyikkan. Anda boleh lakukan ciuman menggigit sebagai penamat kepada ciuman yang panjang.

Gigit lembut bibir pasangan anda. Ingat, dengan lembut ya. Jangan sampai anda buat si dia sakit dengan gigitan anda.

Kajian menunjukkan lelaki lebih menggemari ciuman ini berbanding wanita. Kenapa ya? Click To Tweet

4. Ciuman Bergetar

Ciuman bergetar boleh buat pasangan anda menggigil kesedapan. Bagaimana cara melakukannya?

Sentuh bibir anda perlahan-lahan pada leher si dia. Lokasi yang paling sesuai adalah berhampiran dengan telinga. Buka sedikit bibir, dan buat bunyi ‘Mmmmmm’ sehingga bibir anda bergetar.

Setelah anda mendapat getaran yang sesuai, gerakkan bibir anda ke atas dan bawah pada leher si dia. Lakukan perlahan-lahan.

Lihat bagaimana pasangan anda menggigil dan mendesah dengan nikmat.

5. Ciuman Pusingan U

Ciuman ini dilakukan dengan gerakan yang sama dengan pusingan U. Mulakan ciuman pada telinga, teruskan mencium pasangan rahang beliau, ke leher, bibir, dan teruskan ke telinga sebelah lagi.

Ciuman ini membentuk gerakan seperti huruf U.

Ciuman pusingan U ini boleh digunakan pada permulaan ciuman untuk memberi nikmat baru pada pasangan anda.

6. Ciuman Eskimo

Ciuman Eskimo adalah ciuman yang intim dan sering dilakukan untuk menunjukkan rasa sayang, atau geram kepada pasangan.

Cara melakukan ciuman Eskimo sangat mudah. Geselkan hidung anda pada hidung pasangan. Mudah bukan?

Ciuman Eskimo juga dilakukan untuk menyampaikan rasa terima kasih kepada si dia.

7. Ciuman Kelopak Mata

Ciuman kelopak mata atau “eyelid kiss” adalah jenis ciuman yang unik. Ciuman ini tidak digunakan ketika foreplay, dan bukanlah termasuk dalam kategori ciuman erotik mahupun ciuman erotik.

Ciuman pada kelopak mata digunakan untuk membangunkan pasangan yang sedang tidur. Mungkin ciuman ini boleh membawa kepada ciuman lain untuk aksi seterusnya.

Terpulang kepada anda dan si dia.

8. Ciuman “Gentleman”

Ciuman gentleman seperti namanya adalah ciuman yang macho, atau sering dilakukan oleh seorang lelaki yang bersifat gentleman.

Ciuman ini berasal dari budaya Inggeris di mana lelaki akan mencium tangan wanita sebagai tanda perkenalan dan hormat kepada wanita.

Cara melakukan ciuman ini ialah dengan mengambil tangan pasangan anda, dan mencium lembut pada bahagian belakang tangan.

Pada masa sekarang, ciuman ini sering dilakukan pada permulaan foreplay, di mana suami akan mencium tangan isteri, seterusnya bergerak ke lengan isteri sehingga ke leher untuk aksi seterusnya.

9. Ciuman Jari

Ciuman jari tidak bermaksud anda harus mencium jari pasangan anda. Tetapi ciuman jari dilakukan dengan menghisap jari pasangan dengan lembut.

Ciuman ini menyeronokkan, dan jika dilakukan dengan betul boleh menghantar isyarat menggoda kepada pasangan.

Anda juga boleh menggunakan ciuman ini sebagai lanjutan daripada ciuman gentleman.

10. Ciuman Ikan

Ciuman yang lucu dan menyeronokkan ini dilakukan dengan memuncungkan bibir anda berdua, dan menyedut pipi ke dalam, sehingga muka anda kelihatan seperti ikan.

Sekarang cium pasangan anda dengan keadaan ini. Saya pasti anda berdua akan tertawa dengan betapa kelakarnya situasi tersebut.

11. Ciuman Pusat

Tak ramai yang pernah melakukan jenis ciuman yang unik ni. Ciuman pada pusat selalunya dilakukan ketika foreplay apabila pasangan anda sedikit terangsang dan ghairah.

Jarang sekali ciuman pusat dilakukan pada permulaan ciuman, kerana pasangan akan berasa geli dan mungkin hilang mood. Tetapi apabila pasangan mula bernafsu, ciuman ini boleh buat si dia menjadi lebih ghairah dan terangsang.

Ciuman ini dilakukan dengan mencium pusat dengan lembut, kemudian menjilat pusat dengan lidah anda. Tukar kelajuan dan variasikan lidah anda untuk beri sensasi baru pada si dia.

12. Ciuman Bertenaga

Ciuman ini juga adalah salah satu jenis ciuman  yang  unik. Ciuman ini dilakukan apabila anda berdua berpeluh, contohnya selepas bersenam atau melakukan aktiviti berat.

Ketika ini anda berdua begitu bertenaga, dengan metabolisme yang tinggi. Tanpa anda berdua sedari, ciuman yang selalu anda lakukan sebelum ini akan memberi sensasi yang berbeza.

Cubalah, dan lihat bagaimana sensasi baru ini akan memberi nikmat yang mengasyikkan.

13. Ciuman Menghisap Bibir

Ciuman ini dilakukan dengan menghisap lembut bibir pasangan ketika bercium. Ketika mencium si dia, hisap lembut bibir bawah si dia. Kemudian teruskan ciuman. Hisap pula bibir atas si dia, dan teruskan ciuman.

Ulangi teknik ini seberapa banyak yang anda inginkan.

14. Ciuman Tanpa Bibir

Bagaimana untuk bercium tanpa menggunakan bibir? Mudah sahaja.

Buka mulut anda berdua dan hulurkan lidah ke luar. Si dia juga melakukan aksi yang sama. Sekarang, sentuh lidah anda berdua tanpa sebarang sentuhan bibir.

Gerakkan lidah sebagaimana yang anda inginkan. Tetapi syaratnya di sini ialah jangan menyentuh bibir masing-masing.

Seronok kan?

15. Ciuman Terbalik

Teknik ciuman ini walaupun telah lama dicipta, menjadi sangat popular selepas filem Spiderman. Dalam filem tersebut, Spiderman berada dalam posisi terbalik dan mencium kekasih beliau, Mary Jane.

Tetapi anda tidak harus beraksi seperti Spiderman untuk menjayakan ciuman ini. Apabila anda berdua berada di atas katil, tukar posisi badan anda dan cium pasangan.

Pada ciuman ini, bibir atas anda mencium bibir bawah si dia, dan bibir bawah pula mencium bibir atas si dia.

Ciuman ini boleh memberi pengalaman baru kepada ciuman anda berdua.

16. Ciuman Menjejak

Ciuman ini dilakukan sebelum anda melakukan ciuman bibir pada pasangan anda. Caranya sangat mudah.

Larikan lidah anda pada bibir pasangan anda. Pastikan anda menjilat dengan lembut keseluruhan bibir pasangan anda.

Selain buat pasangan anda teruja untuk menerima ciuman bibir, jenis ciuman ini juga boleh buat bibir pasangan anda basah dan kelihatan lebih seksi.

17. Ciuman Dari Belakang

Ciuman ini adalah jenis ciuman yang boleh memberi kejutan kepada si dia. Hampiri si dia dari belakang, dan apabila si dia memalingkan kepalanya ke belakang untuk melihat anda, layangkan ciuman anda pada bibirnya.

Lihat bagaimana si dia akan terkejut pada mulanya. Tetapi akhirnya beliau dengan mudah akan membalas ciuman anda.

18. Ciuman Kaki

Sesetengah pasangan mungkin kurang selesa untuk melakukan ciuman ini. Tetapi percayalah ciuman ini sangat sensual dan boleh membangkitkan ghairah pasangan.

Untuk melakukan ciuman ini, pastikan kaki pasangan anda dibersihkan terlebih dahulu. Cara melakukan ciuman kaki adalah dengan menghisap lembut ibu jari si dia. Kemudian cium kaki pasangan anda dengan erotik.

Untuk mengelakkan si dia berasa geli semasa anda melakukan ciuman ini, urut dengan lembut kaki beliau semasa anda memulakan ciuman kaki.

19. Ciuman Berjus

Teknik ciuman ini memerlukan peralatan tambahan untuk dijayakan, iaitu buah. Gunakan buah seperti anggur, strawberi, atau ketulan kecil nanas atau manga.

Letakkan buah tersebut di antara ke dua bibir anda. Semasa mencium pasangan, gunakan bibir anda untuk menghancurkan buah tersebut. Jus dari buah tersebut akan menyeliputi bibir anda dan si dia.

Kemanisan jus buah bercampur dengan kemanisan bibir pasangan. Sangat mengasyikkan!

20. Ciuman Buah

Seperti juga ciuman berjus, ciuman ini menggunakan buah untuk dijayakan. Tetapi anda tidak perlu menggunakan buah sitrus seperti ciuman sebelum ini. Anda boleh gunakan sebarang buah yang dipotong kecil.

Cara untuk melakukan ciuman ini ialah dengan menggigit potongan buah dengan gigi anda sebelum melakukan ciuman. Semasa bercium, pindahkan buah tersebut ke mulut si dia.

Gunakan lidah dan bibir anda. Si dia juga melakukan perkara yang sama untuk menerima buah tersebut.

Tukar peranan dan anda pula menerima buah dari si dia. Ciuman ini menyeronokkan dan boleh digunakan sebagai permainan sebelum aksi seterusnya.

21. Ciuman Panas Sejuk

Jenis ciuman ini sangat mengasyikkan dan boleh memberi nikmat baru kepada si dia. Cara melakukan ciuman ini ialah dengan menjilat bibir, atau sebarang zon erotik si dia, seperti leher, dada atau payudara, paha dan sebagainya.

Bahagian yang anda jilat akan memberi rasa panas atau suam pada tubuhnya. Dengan segera, hembus lembut bahagian yang anda jilat sebelum ini.

Hembusan anda akan menyejukkan bahagian tersebut dengan serta merta, seterusnya buat si dia mendesah lembut dengan nikmat.

22. Ciuman “Vampire”

Anda pernah menonton filem vampire terbitan Hollywood? Saya pasti semua orang pernah menonton sekurang-kurangnya satu filem vampire seumur hidup mereka.

Bagaimana vampire mencium mangsa mereka untuk menghisap darah? Mereka lakukan dengan ciuman yang penuh erotik pada leher mangsa mereka. Kemudian mereka membenamkan gigi mereka pada leher mangsa.

Bagaimana jika anda pula yang menjadi vampire dan si dia adalah mangsa anda? Pasti menarik kan. Tetapi jangan pula benar-benar membenamkan gigi anda pada leher pasangan anda. Cukup sekadar menggigit lembut dan manja leher si dia.

23. Ciuman Gula-gula

Ciuman ini menyeronokkan dan memberi elemen kejutan kepada sesi ciuman anda berdua. Sebelum anda melakukan ciuman ini, dapatkan gula-gula yang mempunyai pelbagai perisa.

Kemudian tutup mata pasangan anda dengan kain, anda minta pasangan anda menutup mata beliau. Kepit satu gula-gula dengan bibir anda. Cium pasangan dan masukkan gula-gula tersebut ke dalam mulut si dia dengan lidah anda.

Minta si dia meneka perasa gula-gula tersebut.

Anda boleh letakkan syarat untuk permainan ini. Sebagai contoh jika si dia meneka dengan salah, anda boleh lakukan apa sahaja pada tubuh si dia tanpa sebarang halangan.

Gunakan kreativiti anda!

24. Ciuman Angin

Jenis ciuman ini digunakan untuk menggoda pasangan dan buat beliau ghairah dan tidak sabar-sabar untuk ciuman sebenar.

Cara melakukan ciuman ini ialah dengan mendekatkan bibir anda ke tubuh si dia, tetapi jangan sentuh bibir anda pada tubuh beliau.

Lakukan seperti anda ingin mencium si dia, dengan bunyi ciuman. Ulang beberapa kali pada bahagian tubuh yang berlainan.

Teknik ciuman ini akan mewujudkan keinginan pada si dia untuk benar-benar dicium dan dibelai. Sangat menggoda!

25. Ciuman Bibir Berlarutan

Ciuman ini adalah jenis ciuman yang mengasyikkan dan romantik. Cara melakukan ciuman ini ialah dengan merapatkan bibir dan mencium pasangan seperti ciuman bibir yang biasa.

Tetapi apa yang buatkan ciuman ini untuk ialah tempoh yang digunakan untuk menjayakan ciuman ini.

Anda berdua mencium satu sama lain dengan bibir tertutup pada jangka masa yang panjang. Selalunya melebihi dari 1 minit.

Ciuman ini boleh digunakan sebagai permulaan kepada permainan foreplay di ranjang.

26. Ciuman Biawak

Jangan geli dengan nama ciuman ni, kerana ciuman biawak adalah salah satu jenis ciuman yang mengasyikkan dan penuh erotik.

Cara melakukan ciuman ini ialah dengan memasukkan lidah anda ke dalam mulut pasangan, kemudian dengan perlahan tarik kembali lidah anda.

Gerakan ini dilakukan berulang kali. Jenis ciuman ini boleh memberi nikmat baru kepada si dia, dan juga boleh digunakan sebagai mukadimah kepada ciuman Perancis.

27. Ciuman Perancis

Ini adalah teknik bercium yang dinobatkan sebagai ciuman yang paling erotik dan mengghairahkan. Saya pasti semua pasangan tahu bagaimana untuk melakukan ciuman Perancis.

Ciuman dinamakan sebagai ciuman Perancis apabila lidah anda bertemu dengan pasangan ketika bercium. Dalam erti kata lain, anda bercium menggunakan lidah, diselang-selikan dengan bibir.

Jangan Baca Sahaja, Amalkan

Antara semua jenis ciuman unik ini, yang mana satu menjadi kegemaran anda? Cara yang paling mudah untuk mengetahui ciuman kegemaran anda, sudah pasti dengan mencuba semua jenis ciuman ini.

Jangan baca sahaja. Amalkan semua jenis ciuman ini dengan pasangan anda untuk memberi pengelaman baru dalam hubungan suami isteri!

share-nodes
Kongsi: