Kenapa Isteri Sukar Pancut – Jawapannya Akan Buat Anda Terkejut

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Masalah isteri sukar pancut? Sebelum ini banyak tips yang telah saya berikan tentang bagaimana untuk buat isteri pancut ketika berasmara. Teknik pancutkan isteri yang merangkumi teknik lidah untuk buat isteri puas, sehinggalah kepada teknik variasi posisi jimak.

Isteri sukar pancut

Walaubagaimanapun, masih ramai yang mengadu kepada saya mereka masih gagal untuk memuaskan isteri mereka dan tidak dapat buat isteri pancut walaupun telah mencuba teknik-teknik pancutkan isteri yang telah saya berikan.

Ramai suami yang masih gagal buat isteri puas sehingga pancut ketika bersetubuh. Salah siapa? Suami atau isteri? Click To Tweet

Kenapa Masih Gagal?

Anda perlu melakukan sedikit ‘post mortem’ untuk mengetahui punca kenapa isteri sukar pancut. Adakah anda telah mempraktikkan teknik-teknik yang telah saya berikan di dalam artikel-artikel bagaimana untuk pancutkan isteri sebelum ini?

Jika ya adakah anda pasti anda melakukan teknik-teknik tersebut dengan betul.

Sebagai contoh jika anda telah melakukan teknik-teknik foreplay yang telah saya ajarkan, adakah anda memberi perhatian kepada reaksi isteri anda ketika melakukan teknik-teknik tersebut?

Bagaimana pula dengan teknik seks oral, dan teknik lidah?

Juga berapa posisi seks yang telah anda cuba untuk memuaskan isteri anda? Adakah anda melakukan eksperimen posisi yang manakah yang boleh memberikan kepuasan maksimum kepada isteri anda? Adakah anda bertanyakan kepada beliau posisi seks yang paling beliau gemari, dan yang buat beliau puas?

Kata kunci di sini ialah jangan ‘syok sendiri’.

Misi utama anda ialah untuk memuaskan isteri anda dan buat beliau klimaks dan pancut. Letak ke tepi seketika Ego anda dan tahan sebentar nafsu anda sehingga anda menjumpai teknik yang sesuai untuk buat isteri anda pancut.

Bukan salah anda isteri sukar pancut

Jika anda telah melakukan semua teknik dengan betul dan masih gagal untuk buat isteri anda puas, mungkin anda perlu melihat masalah ini dari sudut yang berbeza.

Pernah tak anda terfikir yang isteri anda sendiri yang menolak untuk puas di dalam hubungan seks? Dalam erti kata lain beliau sendiri yang menolak untuk pancut ketika menghampiri klimaks

Pelik bunyinya, tetapi perkara ini berlaku tanpa disedari. Sesetengah wanita mempunyai emosi yang kompleks dan sukar untuk difahami.

Contohnya ada wanita yang berasa malu dengan keadaan tubuh badannya sehingga sanggup menolak untuk bersama suami dan memberi pelbagai alasan. Sedangkan si suami tidak mempunyai sebarang masalah dengan bagaimana keadaan fizikal isteri beliau.

Ada pula wanita yang menolak untuk bersama suami kerana takut tidak dapat memuaskan suami mereka ketika bersama.

Bagi wanita-wanita ini, hubungan seks bukanlah penentu utama kebahagiaan rumahtangga. Mereka lebih selesa membahagiakan suami dari aspek kehidupan seharian dan meletakkan hubungan seks sebagai perkara yang tidak penting.

Seringkali reaksi para suami ialah membiarkan sahaja dan menerima hakikat bahawa ini adalah perkara normal yang perlu dihadapi seiring dengan lanjutnya usia perkahwinan.

Namun adalah pula para suami yang tidak dapat menerima hakikat ini dan memilih jalan yang kurang sihat dengan mencari pasangan lain untuk memuaskan nafsu mereka. Saya berharap anda tidak begini.

Tanggungjawab anda untuk puaskan isteri

Jika isteri anda tergolong di dalam golongan yang saya sebutkan di atas, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengubah persepsi isteri anda.

Banyak tips yang telah saya berikan berkaitan masalah ini, contohnya bagaimana untuk menggoda isteri dari segi emosi, bagaimana untuk meningkatkan ghairah isteri anda ke tahap maksimum, dan pelbagai lagi tips yang boleh membantu anda.

Tips-tips dan panduan ini boleh anda amalkan untuk menyelesaikan masalah kenapa isteri sukar pancut.

Anda pasti telah tahu yang sebagai seorang suami, anda perlu memberikan nafkah zahir dan juga batin kepada isteri anda. Kegagalan anda menunaikan tanggungjawab ini akan memberi kesan yang buruk kepada rumahtangga anda.

Saya pasti anda akan menjalankan tanggungjawab anda sepenuhnya sebagai seorang suami, dan mencari penyelesaian kepada masalah kenapa isteri sukar pancut.

Gunakan tips dan panduan yang saya berikan di dalam laman web ini untuk memberikan kepuasan sepenuhnya kepada isteri anda di dalam hubungan suami isteri.

Good luck!

share-nodes
Kongsi: