Kenapa Isteri Tidak Ghairah – Salah Anda Atau Salah Isteri?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Kenapa isteri tidak ghairah ketika bersama anda?  Pernah tak anda bertanya soalan ini kepada diri anda sendiri, atau anda benar-benar yakin yang isteri anda ghairah sepenuhnya ketika bersama anda.

Kenapa isteri tidak ghairah
Ghairah isteri sangat berbeza dengan ghairah suami. Jadi cara nak goda isteri tak sama dengan apa yang suami ingat Click To Tweet

Ghairah Isteri Berbeza Dengan Ghairah Suami

Seperti yang sering saya tegaskan sebelum ini, wanita dan lelaki adalah makhluk yang berbeza, dari segi fizikal dan emosi. Perkara ini juga merangkumi perasaan ghairah. Ghairah si isteri adalah berbeza dengan ghairah suami.

Seperti yang anda sedia maklum, kaum lelaki cukup mudah untuk berasa ghairah. Dengan melihat perempuan seksi pun nafsu mereka boleh meningkat dan berasa ghairah. Inikan pula apabila melihat isteri di tempat tidur dengan baju tidur yang menggoda, walaupun si isteri sedang tidur dan tidak berminat untuk hubungan seksual.

Berbeza pula dengan para isteri. Kaum wanita sukar untuk merasa ghairah, atau kurang keinginan seksual berbanding kaum lelaki. Mereka perlu dibelai dan digoda untuk meningkatkan ghairah. Ini adalah normal, dan sememangnya kaum wanita dicipta oleh Tuhan sedemikian rupa.

Walaubagaimanapun, jika anda telah menggoda dan membelai isteri tetapi gagal untuk meningkatkan ghairah isteri, ini adalah tidak normal, atau anda yang melakukannya dengan teknik yang salah.

Faktor kenapa isteri tidak ghairah

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kaum wanita hilang ghairah seksual. Perkara ini boleh dibahagikan kepada dua faktor utama, iaitu faktor fizikal, dan faktor emosi.

Seperti yang anda tahu, kehidupan kita pada hari ini dipenuhi dengan kesibukan dan aktiviti yang padat. Ini secara tidak langsung mempengaruhi kualiti kehidupan seksual setiap pasangan. Pada masa sekarang, boleh dikatakan kebanyakan isteri adalah wanita berkerjaya.

Stress Dengan Kerjaya

Keletihan di tempat kerja, ditambah pula dengan tekanan dan permasalahan yang dibawa pulang ke rumah menyebabkan kaum isteri keletihan dan hanya ingin berehat. Ini adalah contoh faktor fizikal yang boleh menghilangkan ghairah isteri untuk bersama.

Tambahan pula aktiviti seksual adalah satu aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai aktiviti berat, dan memerlukan tenaga yang banyak. Sudah tentu para isteri berasa berat hati untuk bersama suami kerana ingin berehat setelah seharian penat bekerja.

Faktor Hormon Mempengaruhi

Hormon juga memainkan peranan di dalam faktor fizikal kenapa isteri tidak ghairah untuk melakukan aktiviti seksual. Ramai yang tidak tahu iaitu terdapat sejenis hormon yang memainkan peranan untuk menentukan tahap ghairah seksual untuk wanita. Hormon ini dinamakan hormon Testosteron.

Hormon Testosteron adalah hormon utama untuk lelaki, tetapi hormon ini juga terdapat di dalam tubuh badan kaum wanita dan berfungsi untuk meningkatkan ghairah seksual wanita. Tahap hormon testosteron yang rendah pada wanita akan mengurangkan nafsu dan ghairah seks mereka.

Ini adalah antara contoh faktor-faktor fizikal kenapa isteri tidak ghairah dalam hubungan suami isteri.

Emosi Isteri Memainkan Peranan

Faktor ke dua iaitu faktor emosi lebih mempengaruhi kenapa isteri tidak ghairah untuk bersama. Ini tidak menghairankan kerana seperti yang saya jelaskan sebelum ini, wanita adalah kaum yang lebih dipengaruhi oleh emosi berbanding fizikal.

Anda contoh utama bagaimana emosi mempengaruhi ghairah isteri di dalam hubungan seks ialah isteri tidak puas ketika bersama suami. Ini menyebabkan mereka tidak berminat dan tidak bernafsu untuk melakukan aktiviti seksual bersama suami.

Seringkali isteri lebih gemar melepaskan nafsu secara sendirian dengan onani daripada bersama suami kerana mereka merasakan mereka lebih puas beronani daripada melakukan aktiviti seksual dengan suami.

Rendah Diri & Kurang Yakin

Namun begitu, ada juga isteri yang merasakan mereka pula yang gagal untuk memuaskan suami mereka, sekali gus menyebabkan mereka takut untuk melakukan hubungan seks. Ini dipengaruhi oleh rasa rendah diri yang terlalu tinggi, mungkin kerana faktor tubuh badan yang dirasakan tidak menarik, atau sukar untuk berinteraksi di ranjang ketika suami.

Jika anda sebagai suami peka dengan perubahan yang berlaku kepada isteri anda, sudah tentu anda akan menyedari tahap ghairah seksual mereka.

Malangnya ramai para suami yang mengambil mudah perkara ini. Ramai yang tidak mahu menerima hakikat bahawa isteri kurang bernafsu ketika hubungan seks adalah masalah yang perlu diatasi dan menganggap ini adalah perkara normal yang terjadi dengan faktor usia isteri, dan usia perkahwinan.

Ini menyebabkan hubungan suami isteri di ranjang menjadi dingin dan akhirnya tiada lagi bibit keintiman hubungan suami isteri seperti di awal perkahwinan.

Meningkatkan ghairah isteri

Anda sebagai suami harus mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini dan meningkatkan kembali ghairah isteri untuk bersama anda.

Faktor fizikal kenapa isteri tidak ghairah adalah perkara kecil, dan mudah untuk diatasi oleh para suami. Namun begitu faktor ke dua kenapa isteri tidak ghairah, iaitu faktor emosi adalah lebih rumit dan memerlukan pemerhatian yang khusus daripada para suami untuk membantu isteri meningkatkan kembali ghairah seksual mereka.

Wanita dipengaruhi oleh emosi berbanding fizikal. Oleh itu, faktor emosi memainkan peranan yang besar di dalam perkara ini. Jika anda dapat meningkatkan kembali ghairah seksual isteri dari faktor emosi, dengan secara langsung ini akan memberi kesan secara kepada faktor fizikal kenapa isteri tidak ghairah untuk bersama.

Dalam erti kata lain anda perlu memberi tumpuan bagaimana untuk meningkatkan kembali ghairah isteri dari segi emosi, sekali gus ini akan membantu anda menyelesaikan masalah fizikal yang mempengaruhi ghairah isteri.

Jadi bagaimanakah untuk meningkatkan ghairah isteri dari faktor emosi?

Rangsang Emosi Isteri Untuk Buat Isteri Lebih Bernafsu

Cara paling mudah ialah buat isteri bersedia sepenuhnya untuk bersama. Iaitu meningkatkan kualiti teknik foreplay, atau pemanasan.

Kebanyakan para suami sering terburu-buru, atau jangan marah jika saya gunakan perkataan ‘gelojoh’ ketika inginkan isteri mereka. Kadang-kadang cara ini berkesan, tetapi acapkali ini akan buat isteri hilang mood untuk bersama. Ini secara tidak langsung akan menurunkan ghairah isteri.

Atau asyik melakukan teknik foreplay yang sama setiap kali ingin berasmara, lantas isteri menjadi bosan.

Saya tidak menyalahkan sepenuhnya para suami di dalam perkara ini, kerana masyarakat kita jarang didedahkan dengan teknik-teknik foreplay sebenar yang boleh meruntuhkan benteng pertahanan pasangan ketika bersama.

Tambahan lagi masyarakat kita kurang kreatif untuk mengolah teknik-teknik foreplay yang boleh menggoda isteri sehingga tewas.

Rahsia Teknik Foreplay Yang Dibongkar

Jika anda sebagai suami tahu akan rahsia dan kelebihan teknik foreplay, sungguh mudah untuk anda memuaskan isteri sehingga beliau puas dan klimaks.

Dan jika setiap kali bersama beliau puas sepenuhnya, secara tidak langsung ini akan meningkatkan ghairah isteri anda, dan tidak timbul lagi masalah-masalah dari faktor fizikal, mahupun emosi seperti yang saya jelaskan di atas.

Saya telah menulis tentang teknik foreplay asas di sini, iaitu 5 Teknik Foreplay terbaik untuk memuaskan isteri.

Anda boleh menambah variasi teknik foreplay dan mencipta teknik foreplay anda sendiri berpandukan daripada 5 teknik foreplay yang telah saya berikan untuk meningkatkan ghairah isteri anda.

Atau anda juga boleh dapatkan Panduan 50 Teknik Foreplay yang telah saya terbitkan khusus untuk membantu pasangan meningkatkan kualiti hubungan suami isteri di ranjang.

Panduan 50 Teknik Foreplay ini mengandungi teknik-teknik foreplay yang dijamin akan buat isteri anda puas dan klimaks ketika bersama. Dan, saya berikan sebagai Bonus Percuma sebagai pelengkap kepada Panduan Ilmu Asmara Mutlak yang telah dimiliki oleh daripada 7000 pasangan sejak tahun 2009.

Sebagai suami anda harus ingatkan diri anda bahawa adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memberikan kepuasan kepada isteri anda ketika berasmara.  Dan walaupun hubungan seks bukanlah penentu kebahagiaan rumahtangga, hubungan seks adalah antara faktor utama yang boleh meningkatkan keintiman hubungan suami isteri.

share-nodes
Kongsi: