Fakta! Wanita Kerja Malam Tingkat Risiko Hadapi Kanser Buah Dada

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Penyelidik Perancis membuat penemuan baru iaitu wanita yang bekerja pada waktu malam mungkin akan meningkatkan risiko hadapi Kanser Buah Dada sebanyak 30%!

Pengarah Badan Penyelidikan Kesihatan Perancis (INSERM), Pascal Guenel berkata, ini meletakkan kerja malam mempunyai risiko menghidapi kanser payudara yang sama seperti mutasi genetik, kehamilan pertama lewat atau rawatan hormon.

risiko hadapi kanser buah dada
Penyelidik Perancis mendapati wanita yang kerja lewat malam lebih berisiko hadapi kanser payudara! Click To Tweet

Risiko hadapi kanser buah dada

Jika diteliti mengikut konteks, seorang perokok mungkin mengalami kanser paru-paru lapan kali sama seperti wanita bekerja malam mungkin mengalami kanser buah dada, katanya.

Kira-kira 1.3 juta wanita di seluruh dunia didiagnosis menghadapi kanser buah dada setiap tahun.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Kanser Antarabangsa, pasukan yang diketuai oleh INSERM berkata, kaitan antara bekerja malam dan kanser buah dada lebih banyak dilihat pada wanita yang bekerja syif malam, mereka yang bekerja waktu malam untuk 4.5 tahun atau lebih dan kurang daripada tiga malam setiap minggu secara purata.

Kaitan itu lebih cenderung pada wanita yang bekerja malam sebelum awal kehamilan berbanding wanita yang baru bekerja malam di lewat usia.

Saintis berkata, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengenal pasti sebab-sebab risiko ini.

Hipotesis lain punca-punca risiko kanser payudara termasuk perubahan dalam genetik, ketidakseimbangan dalaman dan kurang tidur, mengubah sistem imunisi.

share-nodes
Kongsi: