Seks Ketika Haid – 9 Sebab Kenapa Perbuatan Ini Dilarang

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Baru-baru ini saya menerima e-mel dari seorang pembaca setia laman blog ini. Beliau bertanyakan benarkah seks ketika haid boleh memberi kesan buruk kepada beliau dan suami.

Menurut beliau, beliau ada membaca beberapa artikel berbahasa Inggeris yang secara terang mengatakan tidak mengapa untuk melakukan hubungan aktiviti ketika isteri datang bulan.

Malah kebanyakan laman web barat, termasuk laman web yang menjadi rujukan rata-rata wanita iaitu Cosmopolitan menggalakkan pasangan untuk bersetubuh ketika haid.

Seks ketika haid dilarang

Seks Ketika Haid Banyak Keburukan Dari Kebaikan

Tidak dapat dinafikan hubungan seks banyak kebaikannya. Malah hubungan seks halal antara pasangan suami isteri adalah salah satu daripada nikmat dunia yang perlu dinikmati oleh semua insan.

Media barat mengambil fakta ini untuk mengatakan bahawa hubungan seks boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, termasuk ketika haid.

Apa yang menakutkan ialah kebanyakan penerbitan online ini langsung tidak menyentuh keburukan-keburukan yang boleh terjadi akibat perbuatan ini.

Mereka mengetepikan kajian-kajian yang telah dijalankan, termasuk kajian yang dijalankan oleh Saintis barat, seperti kajian oleh Centers for Disease Control and Prevention Amerika Syarikat yang mendapati mengelakkan sebarang aktiviti seks ketika isteri haid adalah perlu untuk kesihatan kaum wanita.

Setiap perbuatan yang ditegah oleh Agama sudah pasti banyak buruk dari baiknya. Click To Tweet

Malah bersetubuh ketika haid adalah perbuatan yang sangat-sangat dilarang oleh agama-agama utama di dunia, bukan sahaja agama Islam.

Risiko Kesihatan Akibat Bersetubuh Ketika Haid

Salah satu daripada sebab utama hubungan seks ketika isteri datang bulan dilarang adalah berkait rapat dengan faktor kesihatan.

Bukan sahaja faktor kesihatan wanita yang sedang mengalami haid, tetapi juga kesihatan pasangan mereka.

Antara kesan buruk atau risiko kesihatan utama bersetubuh ketika haid ialah:

  1. Ketika normal, tiub falopio dan ovari dilindungi oleh sejenis bahan asid pada faraj wanita. Tetapi ketika seseorang wanita mengalami haid, bahan ini akan bertukar menjadi alkali dan tidak lagi dilindungi. Ini memudahkan jangkitan bakteria ketika seks.
  2. Vagina atau faraj berada dalam keadaan yang sangat lembut ketika haid. Faktor ini menyebabkan faraj mudah dijangkiti sebarang penyakit, terutama sekali penyakit jangkitan seks, atau lebih dikenali sebagai STD (Sexually Transmitted Disease). Antara STD yang terkenal ialah sifilis, gonorea dan chlamydia.
  3. Sesetengah Saintis bersetuju kandungan kuman Gonorea adalah sangat tinggi dalam darah haid. Oleh itu risiko pasangan dijangkiti Gonorea jika melakukan seks ketika haid juga adalah sangat tinggi.
  4. Seperti yang saya sebut pada permulaan tadi, Centers for Disease Control and Prevention Amerika Syarikta mendapati mengelakkan sebarang aktiviti seks ketika haid sangat penting untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman, terutama kuman STD.
  5. Terdapat kes yang timbul akibat kesan sampingan daripada seks ketika Haid. Muhammad ‘Ali al-Baar memberi contoh seperti kes jangkitan kepada tiub fallopio, akan menyebabkan saluran tiub tersebut tersumbat yang boleh membawa kepada kemandulan atau kehamilan ektopik (kehamilan luar rahim).

Dr. Muhammad ‘Ali al-Baar adalah penasihat kedoktoran Islam di King Fahd Centre for Medical Research di Universiti King Abdul Aziz, Jeddah.

Kesan Buruk Terhadap Psikologi Isteri

Selain implikasi kesihatan akibat daripada bersetubuh ketika haid, perbuatan ini juga boleh memberi kesan negatif kepada tahap fizikal dan psikologi wanita terbabit.

  1. Boleh dikatakan semua wanita haid akan mengalami kesakitan. Tahap kesakitan ini berbeza antara wanita. Kesakitan ini selalunya dirasakan pada bahagian belakang, dan perut. Oleh itu seks ketika haid boleh menambahkan kesakitan ini kepada wanita.
  2. Kebanyakan wanita juga mengalami tekanan dan stress ketika haid. Terutama sekali pada permulaan haid. Keadaan ini secara jelas membuat wanita tersebut tidak bersedia untuk melakukan aktiviti fizikal seperti hubungan seks.
  3. Suhu tubuh wanita akan menurun ketika haid. Begitu juga denyutan nadi dan tekanan darah. Pada situasi ini beliau akan mudah berasa pening, lemah dan lesu.
  4. Nafsu wanita secara langsung akan menurun ketika haid. Malah kebanyakan wanita tidak bernafsu langsung untuk seks ketika haid.
  5. Keseluruhan sistem reproduksi wanita berada di dalam keadaan yang mudah untuk dijangkiti, oleh itu hubungan seks ketika wanita haid sangat tidak sesuai, dan lebih memberi kesan buruk dari baik.

Jelas sekali, bukan sahaja dari aspek kesihatan fizikal, tetapi juga dari faktor psikologi yang boleh memberi kesan yang sangat buruk kepada isteri akibat daripada hubungan seks ketika haid.

Hubungan Intim Ketika Haid

Salah satu sebab utama saya menerima e-mel sebegini daripada pembaca blog ini adalah kerana beliau ingin menunaikan tanggungjawab batin beliau sebagai isteri kepada suami, walaupun ketika haid.

Hanya hubungan seks, atau persetubuhan yang dilarang ketika haid. Tetapi ini tidak bermakna isteri tidak boleh gunakan alternatif untuk puaskan suami ketika haid.

Terdapat banyak alternatif, atau teknik berkesan yang boleh para isteri gunakan untuk memuaskan nafsu suami ketika haid.

Saya telah menulis tip yang panjang lebar bagaimana cara puaskan suami ketika haid di bahagian panduan.

Klik link yang saya berikan di atas untuk mengetahui bagaimana cara terbaik untuk tidak mengecewakan batin suami, walaupun ketika datang bulan.

share-nodes
Kongsi: