7 Titik Sensitif Pada Tubuh Isteri Wajib Anda Cium – Selain Bibirnya

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Bibir isteri memang mengghairahkan. Tetapi tahu tak terdapat beberapa titik sensitif pada tubuh isteri yang beliau ingin sangat anda cium?

Menurut Jill Weber, Ph. D dan pengarang buku terkenal “Having Sex, Wanting Intimacy, jika anda ingin benar-benar membina keintiman dengan pasangan, jangan hanya mencium bibirnya, tetapi biasakan diri anda untuk mencium bahagian-bahagian sensitif yang lain pada tubuh isteri.

Titik sensitif pada tubuh isteri

7 Titik Sensitif Pada Tubuh Isteri Yang Perlu Anda Cium

Terdapat beberapa titik sensitif pada tubuh isteri anda yang sebenarnya sangat sensitif kepada ciuman.

Bahagian-bahagian sensitif ini jika anda cium bukan sahaja dapat buat isteri anda ghairah dan bernafsu, tetapi juga mewujudkan suasana intim yang tidak boleh dicapai jika anda merangsang bahagian-bahagian ini hanya dengan sentuhan tangan.

1. Dahi

Anda mungkin terkejut jika saya katakan dahi adalah salah satu titik sensitif pada tubuh isteri yang boleh anda rangsang dengan ciuman.

Jarang sekali suami bermain-main dengan dahi isteri dalam hubungan suami isteri di ranjang. Apatah lagi ketika foreplay.

Tetapi apa yang anda mungkin tak tahu ialah anda boleh gunakan ciuman bukan untuk merangsang nafsu isteri, tetapi merangsang emosi beliau.

Ciuman lembut pada dahi isteri pada bila-bila masa sahaja boleh buat isteri berasa dihargai dan disayangi. Click To Tweet

2. Telinga

Telinga mengandungi penamat saraf yang sangat sensitif kepada ciuman, dan sentuhan bibir atau lidah.

Tetapi tak ramai yang tahu anda boleh merangsang lebih lagi isteri ketika mencium telinga beliau.

Tekniknya ialah dengan membisikkan kata-kata romantik, atau kata-kata nakal ketika anda mencium telinga isteri.

Sebagai contoh anda boleh beritahu beliau apa yang ingin anda lakukan kepada tubuh beliau selepas anda selesai menggomol telinga beliau.

Atau hembus lembut telinga isteri dan lihat beliau menggeliat kegelian, dan kesedapan.

3. Pangkal Leher

Isteri anda sangat suka jika anda mencium pangkal leher beliau. Ciuman pada titik sensitif ini buat beliau menggigil kesedapan.

Angkat rambut beliau dan mulakan dengan ciuman lembut pada leher, turun ke pangkal leher, dan terus ke tulang selangka.

Jangan lupa untuk bernafas dengan sedikit kuat ketika anda mencium titik sensitif ini. Hembusan nafas anda secara tidak langsung meningkatkan rangsangan dari ciuman anda.

4. Jari

Jari sebenarnya mengandungi penamat saraf yang banyak, seperti juga telinga. Oleh itu rugi jika anda tidak menggunakan fakta ini untuk buat isteri anda lebih bernafsu.

Cara terbaik untuk mencium jari isteri adalah dengan menjilat dan menghisap jari beliau perlahan-lahan.

Tindakan ini memberi isyarat bahawa anda juga akan melakukan perkara yang sama pada bahagian lain pada tubuh beliau.

5. Pangkal Tulang Belakang

Titik sensitif pada tubuh isteri ini jarang diberi perhatian oleh suami. Rugi sekali kerana kawasan ini adalah punca saraf untuk alat sulit wanita.

Perasan tak kebanyakan wanita gemar jika pasangan mereka meletakkan tangan pada kawasan ini, terutama ketika berjalan-jalan dengan pasangan.

Ciuman pada kawasan tubuh isteri yang ini adalah salah satu cara untuk merangsang kemaluan isteri secara tidak langsung.

Anda boleh terus mencium titik sensitif ini. Tetapi terdapat cara yang lebih berkesan untuk buat isteri menggeliat kesedapan apabila merangsang kawasan ini.

Mulakan dengan mengurut lembut kawasan ini, kemudian baru teruskan dengan ciuman.

6. Puting Payudara

Ramai yang tahu bahagian puting payudara wanita adalah bahagian yang sensitif kepada sentuhan, terutama ciuman.

Tetapi saya pasti tak ramai yang tahu apakah antara sebab utama kawasan ini begitu sensitif.

Apabila puting payudara dihisap, tubuh isteri anda akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai hormon Oxytocin. Hormon ini juga dikenali sebagai hormon cinta.

Hormon ini menyebabkan wanita berasa sangat intim dengan pasangan mereka.

Puting payudara juga adalah antara salah satu organ seks wanita yang berkait secara langsung dengan bahagian alat sulit.

Rangsangan kepada puting payudara wanita secara automatik akan menghantar isyarat terus kepada kemaluan, terutama sekali kawasan kelentit wanita.

7. Kelentit

Ini adalah kawasan terakhir yang perlu anda tumpukan ketika menggomol isteri dengan ciuman.

Terdapat sekurang-kurangnya 8000 saraf pada kelentit wanita. Zakar anda hanya mempunyai 4000 saraf!

Jadi boleh tak anda bayangkan betapa sensitifnya kelentit isteri anda?

Anda boleh membelai dan mencium kelentit isteri anda untuk buat isteri anda hilang kawalan diri. Malah secara mudah isteri boleh puas dan klimaks hanya dengan rangsangan pada kelentit beliau.

Tetapi anda perlu tahu bagaimana teknik sebenar untuk bermain-main di kawasan ini. Silap teknik isteri boleh berasa sakit dan lebih buruk lagi hilang mood untuk aksi seterusnya.

Maklumlah, kawasan ini sangat-sangat sensitif dan perlu kena tekniknya.

Saya telah menulis panjang lebar apakah teknik yang betul untuk menggomol kelentit isteri dalam panduan Seni Seks Oral yang saya beri percuma dengan panduan Pakej Ciuman Mutlak.

Jika anda ingin belajar teknik ini, anda perlu dapatkan panduan ini. Ketahui bagaimana anda boleh buat isteri puas, sepuas-puasnya hanya dengan ciuman dan lidah anda.

share-nodes
Kongsi: