12 Rahsia Ciuman Yang Anda Langsung Tak Tahu

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Kali ini saya nak beri rahsia ciuman yang ramai tak tahu. Bercium atau memberikan ciuman adalah satu perbuatan fizikal yang amat mudah sekali dilakukan, tetapi kesannya terhadap emosi adalah amat tinggi dan boleh membahagiakan atau meruntuhkan perhubungan.

Rahsia ciuman

12 Rahsia Ciuman Yang Perlu Anda Tahu

Ahli perubatan moden telah melakukan kajian terperinci terhadap rahsia ciuman dan hasilnya amat mengejutkan. Di bawah disenaraikan 12 kelebihan dan keistimewaan rahsia ciuman yang sudah pasti dapat membantu anda menambahkan pengetahuan anda di dalam ilmu asmara.

  1. Bercium dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika bercium, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.
  2. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibandingkan dengan keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.
  3. Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
  4. Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.
  5. Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.
  6. Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.
  7. Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisme. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.
  8. Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.
  9. Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
  10. Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
  11. Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.
  12. Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.

Menarik bukan fakta-fakta ini.

Berapa kali sehari anda mencium pasangan anda? Adakah anda telah mencium pasangan anda pada hari ini, ketika bangun tidur atau sebelum ke tempat kerja? Jika belum jangan lupa untuk memberikan si dia ciuman yang penuh dengan perasaan cinta apabila pulang dari kerja sebentar lagi.

Atau, jika anda ingin menambahkan ilmu ciuman anda dan membongkar lebih banyak rahsia ciuman serta mempelajari teknik-teknik ‘advance’ ciuman untuk membuatkan si dia tidak dapat melupakan ciuman anda, anda boleh dapatkan E-Buku panduan Seni Ciuman.

share-nodes
Kongsi: