Goda Suami Mata Keranjang, Bagaimana Caranya?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Goda suami anda yang bermata keranjang? Jangan risau kerana anda boleh memaanfaat kelebihan ini untuk kelebihan anda.

Lelaki diciptakan oleh Tuhan sebagai mata keranjang, jadi tidak salah ungkapan yang diciptakan oleh kaum lelaki, iaitu ‘lelaki mata keranjang’. Lelaki memang sensitif dan peka dengan ransangan yang bersifat visual. Oleh sebab itulah hanya dengan melihat bentuk badan kaum wanita pun boleh membangkitkan ghairah lelaki.

Itu tidak lagi melihat belahan buah dada, punggung yang pejal, celahan paha dan sebagainya.

Goda suami

Ramai Isteri Tak Goda Suami

Malangnya kaum isteri kurang memanfaatkan kelebihan ini, iaitu membuatkan suami mereka hanya bermata keranjang dengan mereka sahaja. Seringkali kaum isteri tidak menjaga penampilan diri ketika berada di rumah kerana persepsi yang tertanam di minda isteri ialah tidak perlu berhias diri dan bersolek ketika berada di rumah.

Faktor ini membuatkan ramai suami yang berasa bosan ketika berada di rumah, dan tidak berselera untuk bersama dengan isteri apabila melihat penampilan mereka. Lebih baik mereka menghabiskan masa di depan Televisyen, atau melayari laman Facebook sambil menjamu mata mereka dengan gambar-gambar seksi gadis di Facebook, atau lebih malang lagi mencuba nasib untuk menggoda gadis-gadis ini.

Salahkan suami? Salah siapa yang tidak mahu menggoda suami?

Jangan asyik salahkan suami kalau suami dah kurang berminat dengan anda. Goda semula suami dengan tip ni! Click To Tweet

Goda Suami Setiap Masa

Oleh itu sebagai seorang isteri yang memang diberikan tugas untuk menggoda suami, tanamkan di dalam minda anda bahawa anda perlu menggoda suami anda 24 jam sehari, tanpa rehat. Dan salah satu cara yang paling efektif untuk menggoda suami ialah dengan memanipulasikan perangai ‘Mata Keranjang’ suami anda!

Keluarkan sedikit modal untuk membeli baju-baju seksi, atau pakaian dalam menggoda yang boleh membuatkan mata suami anda terjojol keluar ketika melihat anda mengenakan pakaian tersebut, dan membuatkan suami anda yang letih ketika pulang dari kerja kembali bertenaga untuk mendayung anda.

Jangan Malu Untuk Menggoda Suami

Jangan malu atau rendah diri untuk menggoda suami dengan bentuk fizikal anda kerana setiap wanita adalah cantik di mata suami mereka, jika tidak kenapa suami anda menggoda dan berkahwin dengan anda.

Walaupun media melabelkan bentuk tubuh yang anda miliki sebagai tidak menarik, gemuk, kurus dan sebagainya, anda harus percaya bahawa anda tetap cantik di mata suami anda.

Jadi jangan tunggu lagi, goda suami mata keranjang anda sekarang juga!

share-nodes
Kongsi: