Cerita Pengalaman Seks Sebelum Kahwin Kepada Pasangan?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Bolehkah anda cerita pengalaman seks sebelum kahwin anda kepada suami atau isteri? Tidak dapat dinafikan pada masa sekarang ramai yang sudah tiada dara atau hilang teruna sebelum berkahwin. Jika ada pun hanya segelintir sahaja yang masih memelihara kesucian mereka untuk dinikmati oleh pasangan yang sah.

Walaupun perkara ini jelas berdosa dari sudut agama, namun dengan kebebasan yang terdapat pada masa kini, sukar untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi di mana cinta dan nafsu menjadi penyebabnya.

Saya tidak ingin membincangkan dengan panjang lebar tentang perkara ini, tetapi ini merungkai persoalan sama ada perlu atau tidak anda menceritakan pengalaman seks anda sebelum berkahwin kepada pasangan anda.

Pengalaman seks

Perlukah Cerita Pengalaman Seks Kepada Pasangan?

Jawapan umum yang akan diberikan oleh setiap pasangan ialah “Sudah pasti tidak!”.

Tambahan pula perkara ini jelas sekali mendedahkan keburukan dan kesilapan yang dilakukan sebelum berkahwin dan pastinya anda tidak mahu pasangan anda mengetahui keburukan yang anda lakukan sebelum berkahwin.

Bagaimana jika pasangan anda adalah jenis yang ‘sporting’, ‘open minded’ dan tidak kisah akan perkara ini?

Jangan terkejut sekiranya terdapat individu yang akan lebih teruja jika mereka mengetahui bahawa pasangan mereka aktif seks sebelum berkahwin, dan ingin tahu dengan lebih lanjut bagaimana pasangan mereka melakukan seks sebelum berkahwin.

Membandingkan Prestasi Seks Melalui Pengalaman Seks

Dan ada juga individu yang suka membandingkan prestasi seks mereka dengan pasangan yang pernah diratah oleh suami mereka atau yang pernah meratah isteri mereka sebelum berkahwin.

Adakah mereka lebih hebat berbanding pasangan isteri atau suami mereka sebelum ini? Sudah pasti pasangan mereka akan memberikan feedback positif dan perkara ini akan menaikkan ego mereka atau membuatkan mereka lebih berkeyakinan untuk hubungan seks seterusnya.

Walaubagaimanapun kes ini adalah terpencil dan hanya dinikmati oleh segelintir individu.

Lebih Banyak Keburukan Dari Kebaikan

Jelas sekali menceritakan pengalaman seks anda sebelum berkahwin kepada pasangan anda lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

Cerita pengalaman seks sebelum berkahwin kepada pasangan? Tak perlu – lebih banyak buruk dari baik. Elakkan untuk keharmonian rumahtangga Click To Tweet

Perkara ini bukan sahaja boleh mendatangkan perasaan cemburu oleh pasangan anda, tetapi kesan jangka masa panjang yang lebih buruk ialah pasangan anda akan hilang rasa hormat mereka kepada anda.

Jadi jika anda ingin meluahkan perasaan anda kepada pasangan anda, contohnya jika anda tidak puas dengan prestasi pasangan anda, pilihlah alternatif lain yang lebih sesuai.

Cuba pendekatan halus dan jangan sekali-sekali menceritakan pengalaman seks anda sebelum berkahwin sebagai perbandingan dengan prestasi pasangan anda.

Bagaimana dengan pendapat anda? Perlu atau tidak menceritakan pengalaman seks sebelum berkahwin kepada pasangan? Berikan pendapat anda pada komen di bawah.

share-nodes
Kongsi: