Kenapa Foreplay Penting Untuk Kebahagiaan Rumahtangga

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Kenapa foreplay penting? Semalam saya terima email dari seorang pembaca setia Blog ini. Beliau telah melangsungkan perkahwinan selama 5 tahun, dan berasa agak kecewa dengan suami beliau kerana menurut beliau suami beliau kurang mesra ketika bersama.

Dalam erti kata lain, suami beliau kurang melakukan pemanasan, atau foreplay dalam aktiviti seksual mereka.

kenapa foreplay penting

Lelaki, Wanita, berbeza

Saya rasa anda semua tahu, lelaki dan wanita adalah makhluk yang berbeza, dari segi fizikal dan emosi. Ini juga merangkumi dari aspek kepuasan seksual. Di mana lelaki lebih puas dengan rangsangan fizikal, manakala wanita pula lebih tertarik kepada rangsangan emosi.

Lelaki boleh bernafsu dan ghairah hanya dengan memikirkan, atau berimaginasi tentang seks. Manakala kaum wanita pula lebih kompleks dan perlu bersedia dari aspek fizikal dan juga emosi untuk benar-benar ghairah dan bersedia untuk aktiviti seks.

Nampak perbezaannya di sini?

Rangsangan bagi kaum wanita yang saya maksudkan di sini bukanlah hanya sekadar bercium, berpeluk dan sedikit belaian, tetapi wanita perlukan lebih untuk benar-benar terangsang dan bersedia.

Dalam erti kata lain, para suami perlu membuatkan faraj isteri benar-benar ‘basah’ sebelum mula mendayung!

Foreplay bukan sekadar seks?

Tetapi sudah pasti ramai yang tahu kepentingan foreplay untuk aktiviti seks. Jika anda masih tak tahu, sila baca artikel-artikel saya sebelum ini tentang kepentingan foreplay dan kalau nak tahu teknik foreplay terbaik untuk buat isteri benar-benar basah, boleh dapatkan Panduan 50 Teknik Foreplay terbaik.

Kali ini saya hendak membincangkan kenapa foreplay penting untuk kebahagiaan rumahtangga secara keseluruhan, dan bukan sekadar untuk kepuasan seks.

Tahukah anda Foreplay sebenarnya bukan hanya untuk seks? Dalam erti kata lain kenapa foreplay penting dalam bersetubuh.

Konsep foreplay sebenarnya lebih meluas, tetapi oleh kerana perkataan ‘foreplay’ sering digunakan untuk merujuk kepada pemanasan sebelum hubungan seks, maka foreplay sering dikaitkan dengan seks.

Sebenarnya maksud asal Foreplay lebih merujuk kepada gurau senda, cumbuan dan belaian mesra antara pasangan suami isteri. Dan ini diaplikasikan kepada setiap masa, dan bukan hanya hubungan seks.

Tetapi tidak hairanlah foreplay dikaitkan dengan seks kerana gurau-senda, cumbuan dan belaian antara suami isteri sering menjurus ke aktiviti seterusnya, iaitu seks!

Kenapa Foreplay  Penting Untuk kebahagiaan rumahtangga

Bagaimana foreplay memainkan peranan dalam kebahagiaan rumahtangga secara keseluruhan?

Jika anda perhatikan, kehidupan sekarang dipenuhi dengan stress, sama ada tekanan di tempat kerja, telatah anak-anak, mahupun masalah kewangan. Stress ini jika dibiarkan secara tidak langsung akan mengakibatkan tekanan berlebihan, dan akibatnya individu akan menjadi tertekan dan mudah marah.

Oleh kerana ini, keupayaan untuk menjalin hubungan yang mesra antara pasangan adalah amat penting, dan salah satu teknik untuk meningkatkan kemesraan adalah dengan foreplay.

Ketika foreplay yang dipenuhi dengan godaan, rayuan, cumbuan, dan belaian, pasangan berada pada tahap yang amat mesra, dan intim. Tambahan lagi jika proses tersebut dipenuhi dengan senda gurau dan pujuk rayu.

Seringkali juga ketika foreplay, suami atau isteri akan bersikap lebih terbuka dan boleh membincangkan apa sahaja dengan pasangan.

Sedikit tip, selepas ini jika anda inginkan sesuatu daripada si dia, mintalah ketika foreplay. Tetapi para suami jangan pula meminta untuk nak tambah seorang lagi!

Mengamalkan Foreplay dalam kehidupan seharian

Anda dan pasangan boleh mengamalkan foreplay dalam kehidupan seharian, tidak hanya sebagai pemanasan untuk aktiviti seks. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, ciuman, cumbuan, pujuk rayu, godaan, sentuhan, urutan, belaian adalah termasuk dalam kategori foreplay.

Oleh itu selitkan perkara ini dalam kehidupan anda.

Untuk suami, cium, sentuh, goda, belai isteri anda. Dan para isteri pula jangan ketinggalan. Amalkan tips mudah ini untuk meningkatkan kebahagiaan rumahtangga anda.

share-nodes
Kongsi: