Ramai Lelaki Melayu Gila Seks – Kenapa & Salah Siapa?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Seks sebagai satu fenomena semula jadi merupakan satu tajuk bualan yang memberi keseronokan mengkhayalkan. Oleh itu manusia normal pasti ingin mengetahui dan bercincang mengenai seks. Ini merupakan sebahagian dari sebab-sebab yang mempengaruhi jiwa manusia sehingga menjadi gila seks.

Gila seks

Terdapat juga setengah lelaki melayu gila seks yang mempunyai fikiran sehala iaitu asyik memikirkan tentang seks. Daya imaginasinya terlalu terhad. Pengetahuan seksnya terlalu cetek. Mereka hanya tahu bercerita tentang pengalaman seks mereka dan kadang-kadang mungkin indah khabar dari perbuatan.

Bagi mereka, tujuan hidup ini hanya mengadakan hubungan seks sahaja. Golongan lelaki seperti ini adalah mementingkan diri sendiri dan fikiran masih belum matang lagi.

Punca gila seks

Lain-lain sebab ialah berkaitan dengan suasana. Kita dikelilingi oleh publisiti-publisiti mengenai seks oleh media massa. Seks telah dieksploitasi oleh media massa dan lain-lain media cetak. Lihat sahaja pada iklan-iklan.

Terdapat iklan-iklan yang berunsur seks. Begitu juga dengan panggung wayang yang dibanjiri dengan filem-filem yang bercorak lucah.

Oleh itu keseluruhan generasi muda dewasa dengan pengetahuan yang tidak mendatangkan faedah. Penerimaan pengetahuan seks disalurkan dengan cara yang salah. Bila mereka bercerita tentang seks, mereka terasa diri mereka sudah dewasa dan matang.

Kebebasan sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.

Jangan Terjerumus Dalam Kancah Maksiat

Kehidupan remaja yang sebegini amat membimbangkan. Remaja adalah harapan segalanya, harapan bangsa, agama dan negara. Cemerlang remaja, cemerlanglah masa depan negara, rosak mereka kelamlah masa depan. Lelaki dan perempuan jika sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat.

Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal. Islam dengan lengkap menunjukkan jalan dan batasnya. Tulisan kali ini berkisar mengenai bahaya zina yang berleluasa akibat hidup tanpa batas. Cinta tanpa batas dan pergaulan tanpa batas. Memang segala yang melampau batas akibatnya amat tercela.

Berzina seakan-akan wabak menyerang minda sesetengah remaja yang menganggap ini soal peribadi. Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga.

Itu salah! Kubur kita orang lain yang gali. Kadang-kadang kubur orang lain kita yang gali. Zina ertinya melakukan hubungan kelamin tanpa hubungan perkahwinan yang sah.

Hukum Berzina

Hukumnya adalah dosa besar dan menurut perundangan Islam disebat sebanyak seratus rotan kalau penzina itu belum berkahwin manakala hukum rejam sampai mati dikenakan kepada pasangan yang telah berkahwin. Hukuman ini berkuat kuasa walaupun pasangan penzina ini melakukannya hanya sekali. Dalam kitab Zabur diceritakan orang yang berzina, kelak kemaluannya akan digantung di dalam api neraka, dipukul dengan rantai daripada besi.

Dalam riwayat ada juga menyebutkan kemaluan orang yang berzina akan dibakar dengan api dalam keadaan bernanah dan berapi, malah akan dibesarkan kemaluannya sama ada lelaki atau perempuan sehingga sebesar bukit Uhud. Minta Allah lindungkan kita dan untuk maklumat, bukit Uhud panjangnya sejauh sembilan kilometer.

Yang mesti dihindari bukan saja berzina tetapi juga sebab-sebab yang membawa kepada perzinaan. Islam satu agama yang amat relevan dan penuh idea bukan hanya menumpukan isu rawatan tetapi terlebih dulu memberikan idea pencegahan. Semua tahu mencegah lebih baik daripada merawat.

Dalam hal ini Allah sebagai Tuhan yang amat mengetahui menyebut dalam al-Quran: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat menjijikkan dan jalan yang sangat jelik. Berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram adalah haram. Di dalam kereta berdua-duaan, di dalam rumah berdua-duaan, menaiki motor apa lagi saling merapat-rapat lagi haram.

Dalam satu hadis melaporkan, apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan berbondong-bondonglah tentera iblis mengerumuni untuk menggoda supaya melakukan maksiat.

Bagi memahami dengan lebih jelas lagi berlakunya zina akibat berdua-duaan mari kita melihat satu hadis nabi yang bermaksud: Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata) telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap) zina tangan (berpegangan) zina kaki (melangkah pergi jumpa) zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.

Apabila nafsu sudah ditawan syaitan, manusia menjadi bodoh dan dungu. Akal sudah tidak berfungsi lagi malah pada waktu itu kadangkala suara iman sudah tidak menasihati lagi. Jika terdetik berdosa akan diterjah dan akhirnya iman terkeluar dan tercampak ibarat kereta yang tidak dapat dikawal lagi terus terbabas.

share-nodes
Kongsi: