5 Tips Mudah Yang Dijamin Meningkatkan Ghairah Seks Anda Dan Pasangan

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Apa cara paling mudah meningkatkan ghairah seks? Mengejutkan, tetapi kajian menunjukkan 90% pasangan suami isteri akan mengalami penurunan ghairah seks selari dengan meningkatnya usia perkahwinan. Dan 35% dari golongan tersebut akan menghadapi penurunan ghairah seks ini secara teratur dipengaruhi oleh faktor usia, persekitaran dan kerjaya.

Meningkatkan ghairah seks
Cara mudah untuk tingkatkan ghairah seks anda berdua. Semua pasangan suami isteri wajib cuba Click To Tweet

Cara Meningkatkan Ghairah Seks

Jadi apa yang boleh anda dan pasangan lakukan untuk meningkatkan nafsu seks anda berdua? Cuba lima tips mudah ini yang dijamin akan meningkatkan kembali ghairah anda.

Semak kembali ubat-ubatan anda

Hormon pada tubuh anda mempengaruhi ghairah seks anda. Ini adalah fakta penting yang tidak dapat disangkal. Oleh itu semak kembali pil-pil ubatan yang anda sedang ambil. Adakah pil-pil ini boleh mempengaruhi hormon yang memberi kesan kepada menurunnya ghairah seks anda, seperti hormon testosteron untuk lelaki?

Jika ya minta nasihat doktor untuk ubatan alternatif yang tidak memberi kesan sampingan kepada ghairah seks anda.

Banyakkan masa bersama pasangan pada malam hari

Saya faham kesibukan dengan kerjaya dan anak-anak akan menyukarkan anda dan pasangan meluangkan masa bersama pada malam hari. Tetapi cuba ambil sedikit masa anda untuk bersama pasangan setiap malam. Lakukan aktiviti-aktiviti biasa seperti tonton TV bersama, makan bersama, atau melayan anak-anak bersama.

Ini akan meningkatkan keintiman anda berdua, dan secara tak langsung, minda separa sedar anda berdua akan memainkan peranan dan buat anda bertambah sayang dan inginkan pasangan anda, sekali gus meningkatkan ghairah anda berdua.

Buat jadual seks

Jika anda boleh merancang kehidupan anda dari aspek kerjaya, kewangan dan sebagainya, kenapa anda tidak boleh merancang untuk hubungan seks?

Buat beberapa jadual untuk hubungan seks anda berdua. Tak kisahlah tiga hari sekali, seminggu sekali, atau pun sebulan sekali. Jadual ini secara tidak langsung akan menanamkan keinginan anda untuk bersama pasangan. Dan pastikan anda berdua tidak lepas daripada melakukan aktiviti dalam jadual tersebut.

Jika terdapat perkara penting yang mengelakkan anda berdua melaksanakan jadual tersebut, buat penjadualan semula dalam masa terdekat.

Teknik ini adalah amat berkesan untuk mengembalikan nafsu anda.

Amalkan diet seks

Apa yang saya maksudkan dengan diet seks? Diet seks ialah mengambil makanan-makanan yang boleh meningkatkan ghairah seks. Terdapat banyak makanan yang boleh dikategorikan dalam diet seks.

Antaranya Kopi, Susu, Kerang, Cili, Pisang, Ceri dan buah-buahan seperti Tembikai, Limau Bali untuk suami. Dan makanan seperti Susu dan Yogurt untuk isteri. Atau bawang merah dan bawang putih untuk anda berdua.

Makanan-makanan yang saya sebutkan di atas telah dibuktikan dapat mempengaruhi ghairah seks, dan menyumbang kepada pengalaman seks yang lebih mengasyikkan.

Masukkan senarai makanan-makanan ini ke dalam diet harian anda berdua untuk meningkatkan ghairah seks anda.

Bersenam bersama

Melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam bersama pasangan akan meningkatkan ghairah seks anda. Tidak perlu aktiviti-aktiviti lasak seperti memanjat gunung dan sebagainya. Cukup hanya dengan berjalan kaki di taman pada waktu petang berdua.

Kata kunci di sini ialah ‘berdua’. Seperti yang saya katakan sebelum ini, bersenam akan merembeskan hormon endorphin yang akan buat anda berdua berasa gembira. Dan jangan lupa, peluh yang menitis pada badan si dia pula kelihatan seksi dan ‘inviting’!

Tunggu apa lagi, lakukan saranan-saranan yang saya berikan di atas sekarang juga untuk meningkatkan ghairah seks anda berdua. Tingkatkan keintiman dan pelihara kebahagiaan rumahtangga anda dengan hubungan seks yang sihat.

share-nodes
Kongsi: