Ajaran Sesat Filem Lucah – Jangan Terpengaruh Dan Terpedaya

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Benar ke filem porno penuh dengan ajaran sesat filem lucah? Jika anda pernah tonton filem lucah, sudah pasti anda tahu yang aksi-aksi seks dalam filem lucah kelihatan amat sempurna. Pelakon-pelakon filem tersebut melakukan aksi seks dengan penuh bergaya dan nikmat.

Tetapi awas, kerana sebenarnya kurang bijak jika anda menjadikan aksi-aksi seks dalam filem lucah sebagai panduan untuk anda melayan pasangan anda di ranjang.

ajaran sesat filem lucah
Filem lucah adalah lakonan semata-mata. Jangan anggap lakonan ini sebagai ilmu untuk anda amalkan dengan pasangan. Rosak rumahtangga kelak! Click To Tweet

Ajaran sesat filem lucah, tidak seperti yang anda sangka

Anda harus sedar yang filem adalah lakonan semata-mata. Jarang sekali filem, terutama filem-filem lucah memaparkan realiti sebenar kehidupan, terutamanya lucah.

Anda juga harus faham yang setiap aksi seks pada filem lucah mempunyai skrip, dan pengarah yang memberikan arahan bagi setiap aksi seks.

Oleh sudah pasti pengeluar filem tersebut ingin memaparkan aksi-aksi yang diingini penonton supaya filem beliau laris di pasaran.

Wanita sentiasa bersedia

Seringkali aksi seks dalam filem lucah memaparkan pelakon wanita sentiasa bersedia untuk seks. Akibatnya mereka yang ketagihan filem lucah, terutama para suami menganggap isteri mereka juga begitu.

Hakikatnya sebenar adalah tidak sama. Wanita memerlukan pemanasan, dan permainan foreplay untuk membuatkan mereka benar-benar bersedia untuk hubungan seks. Foreplay adalah aspek penting dalam setiap aktiviti seks.

Jika anda melakukan aktiviti seks tetapi isteri anda belum bersedia, akibatnya adalah buruk. Isteri anda mungkin sukar untuk mencapai klimaks dan orgasma.

Semuanya nikmat

Dalam filem lucah, semua aksi seks yang dilakukan pelakon dipaparkan memberikan kenikmatan yang tidak terhingga kepada mereka. Malangnya ini tidak akan berlaku dalam kehidupan seks anda. Mungkin ada dua tiga aksi dalam filem lucah yang boleh anda jadikan panduan, tetapi berani saya katakan kebanyakannya adalah karut dan kadang kala ‘bodoh’.

Setiap individu adalah berbeza, dan memerlukan teknik tersendiri untuk mencapai kepuasan di ranjang. Oleh itu anda perlu mencuba sendiri dengan pasangan anda apa yang boleh membuatkan anda puas, dan apa yang tidak. Jangan letakkan sepenuh kepercayaan anda kepada aksi-aksi filem lucah. Buruk akibatnya.

Wanita hanya objek melampiaskan nafsu

Hampir semua filem lucah memaparkan wanita sebagai objek melepaskan nafsu lelaki. Ini tidak menghairankan kerana majoriti yang menonton filem lucah adalah kaum lelaki.

Para suami tolong jangan melayan isteri anda seperti di dalam filem lucah.

Hubungan seks adalah sesuatu yang intim, dan penuh dengan kasih sayang. Bukan hanya sebagai melepaskan nafsu semata. Hubungan seks juga adalah aksi “give and take”, di mana pasangan akan mencapai situasi “win and win”. Bukan hanya untuk memuaskan nafsu sebelah pihak sahaja.

Isteri anda bukan pelakon porno

Dalam filem lucah, pelakon lelaki boleh melakukan apa sahaja kepada pelakon wanita, dan pelakon wanita hanya menuruti dan kelihatan puas dengan aksi tersebut.

Sebagai contoh seks oral, blowjob yang kasar dan rakus sehingga bertali air liur yang keluar dari mulut pelakon wanita, dan yang peliknya pelakon wanita tersebut amat menyukainya.

Cuba anda lakukan begitu kepada isteri anda, silap hari bulan mau isteri anda mogok seminggu dengan anda.

Sekali lagi saya tegaskan, jangan meniru aksi-aksi di dalam filem lucah sebagai panduan hubungan seks anda. Filem lucah bukanlah sumber rujukan terbaik untuk meningkatkan ilmu seks anda. Malah tabiat menonton filem lucah itu sendiri mengakibatkan kerosakan untuk minda anda.

Amalkan tabiat seks yang sihat dengan pasangan anda. Gunakan ilmu-ilmu seks yang anda pelajari daripada laman web ini, dan lakukan eksperimen demi eksperimen bersama pasangan untuk mencari keserasian seks buat anda berdua.

share-nodes
Kongsi: