Suami Hanya Pancut Dengan Tangan – Adakah Salah Isteri?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Seorang isteri yang baru mendirikan rumahtangga selama lima bulan yang lalu menyatakan masalah bahawa suami beliau tidak dapat ejakulasi, atau pancut melalui hubungan seks normal. Dan suami beliau hanya akan pancut dengan rangsangan tangan.

Ini menyebabkan suami beliau menjadi dingin, dan sering menolak untuk melakukan hubungan seks dengan beliau.

Suami hanya pancut dengan tangan
Isteri mengadu suami tak mampu pancut dalam hubungan seks, tetapi hanya boleh pancut dengan tangan. Salah isteri ke? Click To Tweet

Dua jenis masalah ejakulasi

Sebenarnya terdapat dua jenis masalah ejakulasi bagi kaum lelaki. Yang pertama ialah pancut awal, atau lebih dikenali sebagai ejakulasi pramatang.

Yang kedua ialah sukar atau lambat ejakulasi sehingga menyebabkan isteri berasa tidak selesa, dan kadangkala sakit kerana faraj sudah kering. Situasi ini dinamakan “retarded ejaculation”, atau ejakulasi ‘terencat’.

Tetapi terdapat juga kes terpencil di mana seseorang lelaki boleh mencapai klimaks tanpa sebarang ejakulasi.

Masalah ejakulasi “Retarded Ejaculation”

Berbalik kepada masalah yang dihadapi oleh pasangan yang saya sebutkan di atas. Masalah tersebut lebih kepada masalah “retarded ejaculation”, di mana suami beliau sukar untuk pancut dalam hubungan seks, dan hanya boleh pancut dengan tangan.

Terdapat dua sebab utama yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Yang pertama ialah suami tidak terangsang, dan tidak puas dengan hubungan seks,persetubuhan normal. Ini berlaku kerana suami mendapati isteri beliau tidak menaikkan nafsu sehingga beliau ingin klimaks, ejakulasi dan pancut.

Faktor yang kedua ialah suami sudah membiasakan diri ejakulasi dengan rangsangan tangan, iaitu sering, dan ketagihan onani. Ini menyebabkan minda separa sedar beliau sukar untuk menerima hakikat bahawa beliau boleh ejakulasi dengan kaedah lain selain daripada rangsangan tangan.

Terdapat istilah untuk masalah tidak dapat pancut kerana ketagihan onani, iaitu “Traumatic Masturbatory Syndrome”.

Menyelesaikan masalah ejakulasi

Jika masalah yang dihadapi oleh suami adalah disebabkan oleh faktor pertama, iaitu beliau tidak terangsang dan bernafsu dengan isteri, masalah ini boleh diatasi oleh pasangan itu sendiri.

Pasangan perlu bersikap lebih terbuka, dan berbincang secara rasional. Isteri perlu mencari jalan untuk menggoda dan membuatkan suami beliau bernafsu dan terangsang. Siasat apa keinginan seksual suami anda, dan lengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu seks untuk membuatkan suami puas.

Walaubagaimanapun, jika faktor kedua adalah penyebab masalah ini, suami perlu berjumpa dan meminta nasihat Pakar Sakit Tuan. Walaupun mungkin penyelesaian untuk masalah onani kelihatan simple dan mudah, iaitu berhenti beronani. Tetapi dalam kes ini, suami mempunyai masalah ketagihan, dan tidak dapat ejakulasi secara normal, dan ini memerlukan bantuan pakar.

Mencegah lebih baik dari merawat

Masalah ejakulasi sebenarnya boleh diatasi dengan mudah dengan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mendorong kepada terjadinya masalah ejakulasi. Cara terbaik untuk mencegah masalah ini ialah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Elakkan daripada merokok(berlebihan), dan hentikan tabiat buruk onani!

share-nodes
Kongsi: