5 Tip Mudah Untuk Seks Luar Biasa, Semua Orang Boleh

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Semua pasangan inginkan pengalaman seks yang luar biasa, penuh nikmat dan keseronokan. Sebenarnya perkara ini sangat mudah dicapai oleh setiap pasangan. Selalunya yang buat seks luar biasa sukar dicapai ialah sikap dan sifat negatif individu yang terlibat.

Di sini saya ingin mengajak anda dan pasangan mengamalkan lima tips mudah ini untuk membantu anda dan si dia mendapatkan hubungan seks luar biasa di ranjang.

Seks luar biasa

Yakin, cintai tubuh anda untuk seks luar biasa

Zakar saya kecil, nanti isteri tak puas.. payudara saya tak seksi.. apa lagi alasan untuk anda tidak menikmati hubungan seks  yang luar biasa? Hentikan alasan-alasan ini. Ini adalah tabiat buruk yang jika diteruskan akan mematikan nafsu anda untuk hubungan seks. Tak kasihankah anda pada pasangan anda?

Zakar kecil? Takde masalah. Yang penting bukan saiz, tetapi teknik. Payudara tak seksi? Siapa cakap? Kepada isteri tahukah anda bahawa ketika hubungan seks, seluruh tubuh anda amat-amat seksi pada mata suami anda.

Tingkatkan keyakinan diri, dan belajar untuk mencintai tubuh anda.

Kenapa serius? Cuba bertenang

Kenapa begitu serius di ranjang? Lebih serius anda di ranjang lebih sukar untuk anda memuaskan pasangan anda, dan sudah pasti sukar untuk anda sendiri mengalami kepuasan dalam hubungan seks, akibatnya seks luar biasa  yang anda impikan tidak akan menjadi kenyataan.

Tidak perlu serius ketika berasmara. Ingat, hubungan seks adalah sesuatu yang menyeronokkan, dan seharusnya buat anda dan pasangan gembira, jadi janganlah terlalu serius dan risau anda tidak dapat memuaskan si dia di ranjang.

Belajar untuk tenangkan diri dan biarkan ghairah semula jadi anda yang disimpan keluar dari tubuh anda untuk memuaskan pasangan.

Komunikasi seks

Jangan jadi patung, robot, atau robocop ketika seks. Tak salah untuk anda berkomunikasi dengan pasangan ketika aktiviti seks. Tambahan lagi jika anda sedikit nakal kepada si dia. Ini adalah salah satu kunci untuk hubungan seks luar biasa.

Jangan terkejut jika pasangan anda akan lebih liar selepas anda bercakap nakal dengannya. Jangan lupa juga untuk merayu kepada si dia. Rayuan dan pujukan manja dijamin akan buat pasangan anda lebih ghairah untuk beraksi di ranjang.

Jangan takut untuk bercakap lucah dengan pasangan anda. Tidak menjadi kesalahan kerana ini hanya urusan antara anda berdua. Jadi kadangkala sedikit percakapan lucah akan membuka kunci nafsu pasangan dan buat si dia lebih bernafsu.

Tetapi janganlah “over” pula. Ingat seperti yang saya pesan sebelum ini, jangan tiru ajaran sesat filem lucah.

After play? Apa tu??

Foreplay, semua orang dah tahu, tapi tahu tak apa tu ‘After play’? Jika foreplay adalah pemanasan sebelum seks, after play pula adalah aksi anda selepas seks. Foreplay dan After play penting untuk pengalaman seks luar biasa secara keseluruhannya.

Jangan bersikap kurang ajar dan membiarkan pasangan anda selepas seks tamat. Ini adalah masa yang paling intim, dan penuh dengan kemesraan. Berbicaralah tentang apa sahaja dengan pasangan. Tak salah juga mencium atau membelai pasangan selepas seks, silap-silap anda dan si dia bersedia pula untuk round ke 2!

Seks halal, Hidup sihat, Seks sihat

Ya kunci seterusnya untuk mendapat pengalaman seks luar biasa adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat akan menjurus kepada seks sihat.

Seks yang tidak halal walaupun anda ingat memberi kepuasan, tetapi hakikatnya tidak. Secara tidak sedar anda akan dihimpit rasa bersalah, dan merasa tertekan. Percayalah seks yang halal lebih nikmat!

Amalkan lima tips mudah ini untuk mendapatkan hubungan seks luar biasa. Tips-tips ini amat mudah untuk anda amalkan. Jangan cipta alasan untuk tidak mengamalkan tips-tips ini.

Jika anda masih teragak-agak, jangan! Lakukan sekarang untuk memberi pengalaman seks yang penuh nikmat buat anda dan pasangan.

Oh ya, jika anda inginkan tips dan teknik yang lebih ‘advance’ yang boleh meningkatkan kualiti kehidupan seks anda berdua, anda boleh dapatkan panduan Ilmu Asmara Mutlak yang mengandungi panduan lengkap ilmu asmara dari 4 kitab silam.

share-nodes
Kongsi: