Kecewa Dengan Seks Dalam Perkahwinan? Mutiara Kata Ini Boleh Membantu

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Hubungan rumah tangga tidak selalunya indah. Ombak dan badai adalah lumrah kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap pasangan yang berumah tangga. Begitu juga dengan hubungan seks di alam perkahwinan.

Kadangkala hubungan seks yang sebelum ini indah menjadi semakin suram dan membosankan. Ini juga adalah normal dan tidak harus diletakkan sebagai faktor yang menuju kepada perpisahan.

Jika anda dan si dia sedang kecewa dengan seks, mungkin mutiara-mutiara kata di bawah boleh membantu untuk meningkatkan keyakinan anda dan si dia tentang indahnya kehidupan seks yang menjadi salah satu fitrah manusia di dunia.

Kecewa dengan seks

Tidak semuanya tentang seks

It’s not always about sex, sometimes the best type of intimacy is where you just lay back, laugh together at the stupidest things, and hold each other, and enjoy each others company.

Tepat sekali apa yang dikatakan. Kadangkala dalam sesetengah situasi, seks bukanlah jalan terbaik untuk meningkatkan keintiman rumahtangga, dan keintiman boleh wujud hanya dengan menikmati kehadiran pasangan dalam hidup kita.

Foreplay terbaik

The best foreplay starts with “Good morning beautiful.”

Foreplay dimulakan dengan ucapan “Selamat pagi sayang” kepada pasangan anda, sebaik sahaja beliau membuka matanya ketika bangun dari tidur. Ini adalah foreplay terbaik.

Perkara-perkara yang kelihatan remeh seperti ini sebenarnya besar impaknya kepada keintiman rumahtangga anda berdua.

Cara terbaik menghilangkan kemurungan

Dancing, singing and sex are all proven ways to fight depression

Menari, menyanyi dan seks adalah kaedah yang telah terbukti dapat mengurangkan kemurungan. Walaupun tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai kaedah dan cara untuk menghilangkan tekanan dan stress, ketiga-tiga kaedah telah dibuktikan berkesan dan efektif.

Jangan terburu-buru

You can’t rush something you want to last forever

Kata-kata ini sangat indah, dan sangat menusuk ke jiwa, walaupun ringkas. Anda tidak boleh terburu-buru melakukan sesuatu jika anda inginkan ia kekal selamanya. Lakukan secara berperingkat, sudah pasti hasilnya akan sangat memuaskan.

Lebih daripada bersetubuh

Sex is deeper than a few inches of penetration. It’s a mental thing. A soul dance. Make the mind lose it and the body will follow. Simple

Tidak ada siapa yang dapat menyangkal mutiara kata ini. Seks lebih dari penetrasi, dan adalah tarian jiwa. Biarkan minda anda bebas dan secara tidak sedar tubuh anda berdua akan mengikut rentak.

Kadangkala kita terlalu menumpukan kepada aspek fizikal dalam hubungan seks sehingga kita lupa salah satu faktor terpenting dalam hubungan asmara, iaitu minda dan emosi.

Buang yang keruh ambil yang jernih

Seperti yang saya katakan pada awal artikel ini, kebosanan dan kekecewaan dalam sesuatu aspek kehidupan, termasuk kehidupan berumahtangga adalah lumrah kehidupan. Anda tidak harus membiarkan ia menjadi satu kanser yang boleh merosakkan rumahtangga yang telah lama terbina.

Jika ada sedikit kekeruhan di ranjang, jangan simpan di dalam hati dan cuba perbaiki bersama. Seperti yang selalu saya katakan, “It takes two to tango”.

Jika anda ingin menambahkan ilmu-ilmu yang boleh meningkatkan kenikmatan hubungan suami isteri, anda boleh menjenguk Panduan Seni Ciuman atau Panduan Kamasutra Bergambar yang penuh dengan ilmu-ilmu unik yang dijamin akan membantu anda dan pasangan membawa keintiman suami isteri ke tahap yang lebih tinggi.

share-nodes
Kongsi: