Faraj Gatal – Apa Puncanya Dan Bagaimana Rawat Masalah Ni

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Masalah faraj gatal sering dialami oleh wanita. Ramai yang berasa rimas dan tidak selesa dengan masalah ini. Masalah ini juga mengganggu aktiviti harian dan buat ramai wanita berasa tertekan. Apakah penyebab masalah ini, dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

Faraj gatal
Apakah punca masalah faraj gatal dan bagaimana nak atasi masalah ni? Click To Tweet

Punca faraj gatal

Sesetengah wanita akan mengalami masalah ini, terutamanya di kawasan sekitar lubang kencing(uretra) dan sekitar lubang faraj.

Kebanyakkan wanita akan mengambil inisiatif untuk menggunakan pembersih wanita untuk mencuci faraj mereka untuk menghilangkan kegatalan ini. Walaubagaimanapun masalah ini tidak akan dapat diselesaikan dengan penggunaan pencuci wanita.

Besar kemungkinan masalah ini berpunca daripada jangkitan pada kawasan faraj, atau jangkitan yang telah menjangkiti bahagian pundi kencing.

Merawat masalah faraj gatal

Untuk merawat masalah faraj gatal yang tidak dapat diselesaikan dengan penggunaan pencuci wanita, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pakar perubatan, terutamanya Pakar Sakit Puan.

Selalunya sampel air kencing dan sampel lelehan faraj akan di ambil menggunakan putik kapas yang dimasukkan ke dalam lubang faraj. Perbuatan ini tidak akan menjejaskan selaput dara(bagi yang masih dara) kerana putik kapas dimasukkan menerusi bukaan selaput dara.

Kajian akan dilakukan terhadap sampel tersebut untuk menentukan jenis kuman dan apakah ubat yang paling sesuai untuk menghapuskan jangkitan kuman tersebut.

Pakar perubatan akan memberikan ‘Antibiotik’ atau ubat Anti Kulat sementara menunggu keputusan kajian yang dilakukan terhadap sampel kuman.

Pesakit juga mungkin akan diberikan losyen atau krim yang perlu disapu pada kawasan luaran faraj untuk mengurangkan rasa gatal dan mengelakkan faraj melecet dan melepuh.

Mencuci faraj yang mengalami kegatalan

Pesakit juga akan dinasihatkan supaya tidak menggunakan sebarang sabun atau pencuci wanita untuk membersihkan kawasan tersebut, tetapi menggunakan air yang dicampur dengan sedikit garam.

Walaubagaimanapun jika pesakit masih ingin menggunakan sabun atau pencuci wanita, pesakit akan dinasihatkan supaya menggunakan bahan-bahan tersebut dengan tidak berlebihan, dan memastikan faraj dicuci sepenuhnya dengan air untuk menghilangkan sisa pencuci tersebut.

Faraj gatal bukan penyakit serius

Anda tidak perlu risau sekiranya anda mengalami masalah faraj gatal. Penyakit ini bukanlah tergolong dalam kategori penyakit kronik.

Walaubagaimanapun anda perlu berjumpa dengan Pakar Perubatan dengan segera untuk mengelakkan simptom ini berlanjutan dan membawa kepada masalah yang lebih serius pada alat sulit anda.

Amalkan gaya hidup yang sihat dan jaga kebersihan diri, terutama pada bahagian alat sulit anda. Mencegah adalah lebih baik dari merawat.

share-nodes
Kongsi: