Cara Goda Suami – Setiap Masa Dan Setiap Ketika

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Nak tahu cara goda suami untuk buat si dia semakin sayang kepada anda, setiap masa dan ketika?

Semua isteri ingin disayangi suami. Tetapi tak semua isteri yang cuba atau berusaha untuk buat suami bertambah sayang dan semakin cinta kepada diri mereka.

Ramai yang mengharapkan segalanya akan berlaku dengan sendiri, sama seperti waktu bercinta dahulu. Malangnya perkara ini tidak akan berlaku.

cara goda suami

Kebanyakan pasangan yang telah lama mendirikan rumahtangga, yang tidak berusaha untuk menjaga keharmonian rumahtangga dan cuba untuk meningkatkan kasih sayang kepada pasangan, selalunya akan menghadapi hubungan suami isteri yang hambar dengan meningkatnya usia perkahwinan.

Suami Sering Diabaikan

Kebanyakan isteri pada masa sekarang meletakkan suami sebagai elemen ketiga dalam hidup mereka. Mereka lebih mementingkan karier dan anak-anak berbanding suami. Mereka mengharapkan suami akan faham dan tidak banyak ‘songeh’ dalam kehidupan rumahtangga.

Hakikatnya suami anda juga seperti anda, ingin dibelai dan diberikan kasih sayang setiap masa dan ketika. Click To Tweet

Tidak cukup hanya dengan menunaikan tanggungjawab zahir dan batin kepada suami, anda sebagai isteri perlu mengambil inisiatif untuk menggoda suami supaya beliau sentiasa kasih dan sayang kepada isteri beliau cintai.

Kadang-kala mungkin suami anda tidak menunjukkan rasa tak puas hati walaupun diabaikan. Tetapi suami anda juga manusia biasa, sampai bila beliau dapat menahan rasa tersebut?

Banyak kes curang sehingga berlaku perceraian yang berlaku pada masa sekarang sering disebabkan oleh suami yang makan luar kerana tidak mendapat layanan yang sepatutnya dari isteri.

Layanan yang saya maksudkan bukan hanya di ranjang ketika hubungan seks, tetapi juga dalam kehidupan dan aktiviti harian.

Cara Goda Suami Dalam Aktiviti Harian

Mungkin anda hebat di ranjang dan suami puas dengan seks, tetapi bagaimana pula layanan anda terhadap beliau dalam aktiviti harian?

Bila kali terakhir anda bertanya kepada suami sama ada beliau sudah lunch atau belum di tempat kerja dengan menghantar SMS atau WhatsApp? Atau adakah anda selalu mengucapkan terima kasih dan mencium pipi suami ketika beliau melakukan sesuatu perkara yang memudahkan aktiviti harian anda?

Ramai isteri menganggap perkara remeh-temeh seperti ini tidak akan memberi kesan terhadap kebahagiaan rumahtangga. Tetapi keadaan sebenar adalah sebaliknya.

Sebelum anda memuaskan suami di ranjang, tidak salah jika anda memikat suami sebelum berasmara. Click To Tweet

Terdapat pelbagai cara goda suami dalam aktiviti harian yang boleh anda amalkan. Cara menggoda suami ini amat mudah tetapi jarang diamalkan oleh kebanyakan isteri.

Buat Suami Ketawa

Mungkin ramai isteri yang sukar berjenaka dengan suami dan buat suami ketawa dengan jenaka. Saya faham tidak semua individu mempunyai kemahiran untuk buat orang lain ketawa.

Tetapi jangan jadikan ini alasan untuk tidak mencuba.

cara goda suami
Buat suami ketawa

Saya rasa tidak perlu saya buktikan fakta bahawa individu yang gemar ketawa dan gembira lebih mudah untuk memberikan kasih sayang mereka kepada orang lain. Suami anda juga tidak terkecuali.

Anda pasti lebih memahami suami anda. Apa yang mudah buat beliau ketawa. Jika beliau boleh ketawa dengan tonton filem komedi, tiada salahnya anda luangkan masa tonton filem komedi kegemarannya bersama.

Atau jika suami anda mudah ketawa dengan cerita jenaka, cuba biasakan diri anda bercerita kepada suami tentang cerita-cerita dalam kehidupan anda yang mungkin lucu di mata suami.

Anda juga boleh berkongsi telatah comel anak-anak yang saya pasti akan buat anda berdua ketawa.

Situasi ini akan mewujudkan suasana yang mesra dan intim dalam hubungan suami isteri.

Walaupun mungkin sukar pada mulanya, anda harus mencuba dan jangan putus asa. Hasilnya pasti akan buat rumahtangga anda berdua semakin bahagia.

Beri Pujian Kepada Suami

Ego lelaki adalah tinggi, semua lelaki sama. Mungkin ada sesetengah lelaki yang tidak menunjukkan ego mereka pada luarannya, tetapi hakikatnya semua lelaki mempunyai ego yang tinggi.

Fakta ini boleh anda manipulasikan sebagai salah satu cara goda suami.

Oleh kerana ego yang tinggi, boleh dikatakan semua lelaki suka apabila dipuji. Mereka tidak akan memberitahu anda, dan kadang-kala mereka sendiri tidak sedar yang mereka suka dipuji, tetapi ini adalah fakta yang tidak dapat disangkal.

Lebih tinggi ego seseorang lelaki, lebih mudah anda melemahkan mereka dengan pujian.

Jadi tidak salah jika anda biasakan diri anda untuk memuji suami, lebih-lebih lagi di depan orang lain. Tetapi jangan pula berikan pujian yang ‘over’. Pandai-pandailah tentukan had pujian anda.

Anda boleh berikan pujian secara ‘direct’, atau secara kias kepada suami anda.

Sebagai contoh, jika suami anda gemar membasuh kereta beliau, anda boleh kata – “Suami saya tak suka basuh kereta kat kedai, dia lebih suka basuh sendiri, lebih puas katanya”.

Ayat yang mudah di atas secara tak langsung akan menunjukkan suami anda seorang yang rajin. Orang lain mungkin tak sedar itu adalah pujian dan hanya menganggap ini adalah perbualan biasa, tetapi bagi suami anda, besar ertinya. Isteri beliau sendiri mengakui beliau seorang yang rajin.

Beliau mungkin tidak akan menunjukkan perasaan gembira beliau di depan anda, maklumlah ego tinggi. Tetapi percayalah hati beliau sedang kembang dengan pujian tak langsung anda.

Amalkan dan lihat bagaimana layanan suami akan berubah kepada lebih intim, tanpa beliau sedari.

Sentiasa Berkomunikasi Dengan Suami

Salah satu cara goda suami yang berkesan ialah dengan sentiasa berkomunikasi dengan suami, setiap masa dan setiap ketika.

Saya masih ingat ketika saya masih kecil, pada malam hari, arwah abah dan arwah mama akan bercerita tentang kerja mereka siang tadi manakala anak-anak pula tonton TV. Mama akan mengadu tentang masalah-masalah yang beliau hadapi di tempat kerja manakala abah pula menjadi pendengar yang baik dan kadang-kadang memberikan nasihat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Zaman itu Handphone masih belum dicipta dan masyarakat akan mengerut kening jika ditanya tentang Internet.

Pada zaman sekarang yang serba canggih ini, tiada lagi alasan yang boleh diberikan untuk sentiasa berkomunikasi dengan pasangan.

cara goda suami

Tidak perlu perbualan yang panjang, cukup sekadar bertanya khabar suami anda. Seperti yang tanya anda ketika awal artikel ini, bila kali terakhir anda menghantar SMS atau WhatsApp suami bertanya sama ada beliau sudah lunch atau belum di tempat kerja?

Apa salahnya anda mengambil berat tentang aktiviti suami anda walaupun ada berdua berjauhan. Pesanan-pesanan ringkas seperti ini akan buat anda sentiasa dekat di hati suami.

Jangan marah atau kecewa sekiranya suami tidak membalas mesej anda, atau membalas dengan ringkas seperti “sudah” atau “ok”. Kadangkala beliau sibuk, dan kadang-kadang memang begitu sifat sesetengah suami yang malas nak melayan kerenah isteri di tempat kerja kerana beliau fokus terhadap kerja.

Yang penting ialah anda sentiasa berhubung dengan suami, iaitu komunikasi yang sihat dan konsisten antara anda berdua.

Jika anda ingin belajar lebih lanjut bagaimana untuk mewujudkan komunikasi sihat dalam kehidupan suami isteri, anda boleh dapatkan Panduan Seni Komunikasi yang saya berikan percuma dalam Pakej Seni Ciuman. Panduan ini membongkar rahsia bagaimana hanya dengan mengamalkan teknik komunikasi yang sihat, anda berdua akan lebih intim dan mesra tanpa disedari.

Jangan Lupa Untuk Mengucapkan Terima Kasih

Ucapan “terima kasih” kepada pasangan adalah satu ucapan yang hebat kuasanya. Oleh itu gunakan teknik ini sebagai salah satu cara goda suami.

Sentiasa ucapkan terima kasih kepada suami walaupun untuk perkara yang kecil. Tambahan lagi jika ketika anda mengucapkan terima kasih kepada suami, anda melihat ke mata beliau untuk menunjukkan anda benar-benar menghargai beliau.

Jika sebelum ini anda jarang mengucapkan terima kasih kepada suami, dan anda malu untuk memulakannya dengan serta merta kerana takut anda akan dianggap buang tebiat oleh suami, boleh sahaja anda mengucapkan terima kasih dengan mengirim pesanan ringkas.

Contohnya jika suami perlu mengambil anak anda di sekolah kerana anda sibuk dengan tugas, kirimkan pesanan terima kasih kepada suami. Anda mungkin ini adalah tanggungjawab suami dan tidak perlu berterima kasih kepada suami, tetapi sebenarnya anda salah.

Setiap ucapan terima kasih anda pada suami akan buat beliau terasa dihargai oleh isteri. Terbalas setiap penat lelah beliau menunaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada keluarga.

Secara tidak sedar beliau juga akan menjadi semakin menghargai anda. Konsep ini bukanlah perkara baru dan sering diamalkan oleh pakar psikiatri untuk memudahkan diri mereka diterima dan dipercayai oleh pesakit mereka.

Oleh itu rugi jika anda tidak menggunakan ilmu ini untuk memikat suami anda dan buat beliau bertambah sayang kepada anda.

 Ambil Berat Penampilan Suami

Ramai isteri yang tidak mengambil berat tentang penampilan suami mereka. Rata-rata isteri hanya mengambil berat dengan penampilan diri sendiri dan tak kisah tentang suami mereka.

Alasannya pandai-pandailah, kan awak tu dah besar panjang.

Ini tak menjadi masalah sekiranya suami anda seorang Metroseksual. Jangan kerut kening. Bagi yang tak tahu apa itu lelaki Metroseksual;

Lelaki Metroseksual ialah lelaki yang sangat menjaga penampilan diri mereka. Mereka ini sanggup berbelanja tinggi untuk menjaga penampilan dan membeli barangan kelengkapan peribadi. Mereka juga mementingkan barangan berjenama. Kadang-kadang mereka ni mengalahkan wanita pula dalam penjagaan diri.

Golongan lelaki Metroseksual ni golongan minoriti. Suami anda tergolong dalam golongan lelaki Metroseksual? Jika ya anda boleh abaikan bahagian tip ini. 😉

Bagi kebanyakan lelaki, mereka tidak mementingkan sangat penampilan mereka. Misai tak shave, rambut tak sisir rapi, seluar jeans tak basuh sebulan pun tak apa. Kadang-kadang baju pun tak gosok, asalkan tak berbau busuk, boleh aje disarungkan ke badan.

Jadi apa salahnya anda mengubah sedikit penampilan suami anda. Anda tidak perlu mengubah penampilan suami secara drastik. Contohnya, jika suami anda gemar mengenakan T-Shirt tanpa kolar, tak perlu anda suruh beliau memakai T-Shirt berkolar.

Apa yang perlu anda lakukan ialah pastikan baju beliau sentiasa bergosok, dan digantung rapi untuk memudahkan beliau.

Jika suami anda tidak gemar memakai pewangi badan, apa salahnya anda keluarkan sedikit belanja dan beli pewangi berjenama untuk suami.

Tindakan-tindakan cara goda suami ini akan buat suami merasa anda sentiasa mengambil berat tentang dirinya. Secara langsung beliau juga akan mengambil berat tentang anda tanpa beliau sedar.

Tiada Lagi Alasan Untuk Menggoda Suami

Selepas ini tiada lagi alasan untuk anda tidak mencuba cara goda suami yang saya berikan ini. Menggoda dan memikat hati suami bukan hanya perlu dilakukan di ranjang ketika hubungan seks, tetapi tidak salah jika anda melakukannya setiap masa dan setiap ketika.

Jangan berputus asa sekiranya pada mula hasilnya tidak seperti yang anda harapkan. Teruskan usaha anda dan saya jamin jika anda lakukan tip-tip yang saya berikan ini dengan betul, suami anda akan semakin sayang dan cinta kepada anda.

Jika anda inginkan lebih teknik menggoda suami, anda boleh dapatkan Panduan 101 Idea Asmara yang mengandungi 101 tip-tip mudah tetapi dijamin berkesan untuk menggoda pasangan dalam aktiviti harian. Anda boleh gunakan tip-tip yang terdapat di dalam panduan ini untuk memikat hati suami dan buat si dia semakin sayang dan cinta.

share-nodes
Kongsi: