Petua Menjaga Kesihatan Faraj – Elak Alat Sulit Berbau

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Jangan terkejut jika saya katakan ramai isteri di luar sana yang tidak tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan faraj, atau alat sulit mereka dengan baik.

Ramai yang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk kecantikan wajah dan tubuh, tetapi dalam masa yang sama mengabaikan penjagaan kesihatan faraj mereka. Akibatnya, wajah cantik menawan, tubuh solid molid, tetapi alat sulit.. berbau!

Tip menjaga kesihatan faraj

Petua menjaga kesihatan faraj

Di sini saya berikan panduan asas dan petua menjaga kesihatan faraj buat kaum isteri.

  1. Sentiasa bersihkan faraj dengan air selepas membuang air kecil. Bagi mereka yang beragama Islam ini adalah wajib, tetapi bagi penganut agama lain, anda tidak digalakkan menggunakan tisu, ataupun tisu basah untuk membersihkan faraj selepas membuang air kecil. Ini kerana air adalah satu-satunya elemen yang benar-benar membersihkan faraj, dan mengelakkan faraj dijangkiti kuman.
  2. Jika anda menggunakan tampon, atau tuala wanita ketika haid, pastikan anda menukarnya sekerap yang mungkin. Selain dapat membuatkan anda lebih selesa, amalan ini juga akan mengelakkan faraj dijangkiti kuman.
  3. Jika boleh elakkan penggunaan bahan pencuci yang berasid, atau beralkali seperti sabun atau shower gel. Bahan-bahan ini dikhuatiri akan membuat faraj anda kering dan mungkin menyebabkan iritasi, dan gatal pada kulit.
  4. Jadikan amalan membersihkan faraj sebelum dan selepas berjimak sebagai kebiasaan.
  5. Jangan memakai pakaian dalam yang terlalu ketat. Ini tidak akan membuat anda kelihatan seksi, malah akan menyebabkan kurang pengudaraan, kulit berpeluh dan memberi rung kepada kuman untuk membiak.
  6. Begitu juga seluar, skirt ketat. Jika boleh elakkan memakai pakaian ketat.
  7. Jangan lupa untuk menukar seluar dalam setiap kali selepas mandi.
  8. Pernah dengar perkataan “douching”? Douching adalah perbuatan memasukkan air ke dalam lubang faraj bertujuan untuk membersihkan bahagian tersebut. Perbuatan ini adalah perbuatan buruk dan tidak digalakkan. Douching akan menyingkirkan sejenis bakteria ‘loctobacilli’ dan mendedahkan faraj kepada kuman.
  9. Jika pakaian anda basah pada bahagian alat sulit, tukar secepat mungkin. Membiarkan pakaian basah melekat di kulit pada jangka masa yang lama akan menggalakkan infeksi Yis.
  10. Jika anda berhajat untuk mencukur bulu faraj, pastikan anda menggunakan krim pencukur, dan pisau pencukur baru. Jangan terburu-buru dan ambil masa anda ketika mencukur.
  11. Begitu juga jika anda ingin melakukan “waxing” pada faraj. Jangan gunakan krim wax yang murah. Lakukan sedikit kajian untuk mengetahui jenama yang dipercayai.
  12. Anda digalakkan untuk kencing selepas hubungan seks. Setiap kali anda melakukan hubungan seks, bakteria yang tidak diingini boleh memasuki saluran kencing. Oleh itu amalan kencing selepas seks akan menyingkirkan bakteria-bakteria ini.

Makanan untuk membantu kesihatan faraj

Tak ramai yang tahu perkara ini, tetapi terdapat makanan-makanan  yang boleh membantu anda meningkatkan kesihatan faraj, antaranya ialah “Yogurt”.

Yogurt mengandungi bakteria sihat yang diperlukan oleh faraj. Yogurt juga dapat membantu faraj untuk mengelakkan jangkitan Yis.

Selain Yogurt, buah-buahan segar seperti Nanas dan Strawberri juga dapat memberi kesan positif kepada faraj. Kajian menunjukkan buah-buahan ini dapat membuat faraj anda berbau segar dan “sedap”.

Bawang putih juga dikatakan boleh menyingkirkan bau yang kurang enak pada faraj dan dapat mengelakkan dan merawat jangkitan kuman pada faraj.

Senaman untuk menjaga kesihatan faraj

Terdapat juga senaman-senaman yang boleh membantu anda meningkatkan kesihatan faraj. Antaranya ialah senaman kemutan faraj.

Secara asas senaman kemutan faraj ialah senaman untuk melatih otot-otot faraj supaya menjadi lebih kuat, untuk membantu kemutan ketika hubungan seks.

Cara untuk melakukan senaman kemutan faraj adalah amat mudah, dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Caranya ialah:

  1. Ketika anda membuang air kecil, tahan kencing anda selama beberapa saat.
  2. Kemudian lepas dan kencing seperti biasa.
  3. Ulangi beberapa kali.
  4. Kenalpasti otot-otot pada faraj yang terlibat ketika anda menahan kencing tadi.
  5. Otot-otot ini lah yang akan anda latih dengan senaman ini.
  6. Selepas ini cuba ulangi kemutan otot-otot tersebut pada masa lapang anda.

Anda boleh lakukan senaman ini pada bila-bila masa sahaja, tapi pastikan anda mengawal riak wajah anda jika anda lakukan senaman ini di tempat awam.

Amalkan!

Menjaga kesihatan faraj adalah amat penting untuk memastikan anda dapat memberikan yang terbaik kepada suami anda. Oleh itu amalkan tips-tips yang saya berikan di atas untuk meningkatkan kualiti hubungan suami isteri.

share-nodes
Kongsi: