Selaput Dara Bukan Bukti Masih Dara – Bakal Pengantin Perlu Baca

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Bagi masyarakat kita, selaput dara adalah kunci penentu sama ada seorang wanita masih dara atau telah ditebuk. Perkara ini telah menjadi kayu ukur sejak berzaman lamanya, sehinggakan wanita yang selaput daranya telah robek dianggap tiada dara.

Perkara ini juga menjadi mimpi buruk bagi kebanyakan wanita yang risau dan gelisah untuk mengharungi malam pertama mereka. Mana tidaknya, bagaimana jika tiada darah ketika zakar suami menembusi faraj mereka, sudah pasti lain pula jadinya.

Kerisauan ini sering menyebabkan kebanyakan isteri gagal memberikan yang terbaik di ranjang pada malam pertama mereka.

Persoalannya, benarkah selaput dara adalah penentu sama ada wanita tersebut masih suci, atau tidak?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, lebih baik sekiranya kita mengenali apa sebenarnya lapisan pada tubuh wanita ini.

Selaput dara wanita

Serba Sedikit Tentang Selaput Dara Wanita

Selaput dara adalah secara am adalah satu lapisan kulit nipis yang merentasi lubang faraj wanita. Pada sesetengah wanita, selaput ini meliputi seluruh lubang faraj, manakala ada yang meliputi hanya sebahagian lubang faraj.

Boleh dikatakan lapisan adalah salah satu atau sebahagian daripada organ seksual wanita, iaitu faraj.

Bentuk selaput dara boleh berubah disebabkan oleh penembusan zakar ketika bersetubuh, atau ketika proses melahirkan bayi.

Bentuk Lapisan Selaput Dara

Selaput dara mempunyai bentuk yang berbeza. Ramai yang menganggap hanya terdapat satu jenis bentuk selaput sahaja, tetapi hakikatnya terdapat pelbagai jenis bentuk selaput dara wanita.

Bentuk selaput dara yang paling umum ialah bentuk bulan sabit. Click To Tweet

Selaput dara akan mengalami perubahan bentuk selepas wanita mengalami baligh. Perubahan hormon estrogen dan aktiviti-aktiviti tambahan akan membuat selaput ini menjadi lebih tebal dan anjal.

Perubahan Bentuk Seaput Dara Wanita

Walau bagaimanapun, perubahan bentuk selaput dara adalah bergantung kepada jenis selaput itu sendiri. Ada selaput yang sangat anjal atau fleksibel, dan boleh kembali ke bentuk asal – walaupun selepas bersetubuh.

Ada pula selaput yang akan hilang sepenuhnya, atau hanya tinggal sedikit sahaja selepas ditembusi zakar.

Selepas wanita melahirkan anak, selaput ini akan hilang sama-sekali – yang tinggal hanya sisa yang dikenali sebagai introitus parous.

Apakah Yang Menyebabkan Selaput Dara Pecah?

Selain penembusan zakar atau proses kelahiran, terdapat banyak faktor lain yang boleh menyebabkan selaput dara pecah.

Aktiviti bersukan adalah antara faktor utama yang boleh menyebabkan selaput ini pecah atau robek. Faktor-faktor lain seperti kecederaan, pemeriksaan kesihatan, onani juga adalah antara punca utama yang boleh buat selaput dara koyak.

Jika selaput dara pecah atau koyak ketika wanita tersebut sedang meningkat remaja, selaput ini boleh pulih kembali dalam masa yang singkat. Tetapi situasi ini berubah sekiranya wanita tersebut telah meningkat dewasa.

Selaput Dara dan Kesucian Wanita

Seperti yang dinyatakan pada permulaan artikel ini, selaput dara sering dikaitkan dengan kesucian wanita. Wanita tersebut dikatakan tidak lagi suci sekiranya selaput beliau telah pecah atau koyak.

Fakta ini perlu dirombak semula, dan perlu dihapuskan sama sekali sebagai petua untuk menentukan kesucian wanita.

Terdapat banyak faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan selaput dara koyak, seperti yang saya sebutkan sebelum ini.

Malah, ada wanita yang dilahirkan tanpa sebarang selaput dara!

Pendarahan yang diakibatkan oleh penembusan zakar pada malam pertama juga sering dikaitkan dengan pecahnya selaput dara. Ini mungkin benar untuk sesetengah kes.

Walau bagaimanapun, penemuan terbaru mendapati faraj berdarah boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain, dan tidak semestinya disebabkan oleh selaput yang terkoyak.

Banyak kes yang dilaporkan di mana wanita tidak langsung mengalami sebarang pendarahan ketika selaput mereka pecah atau terkoyak – yang terjadi akibat aktiviti-aktiviti lain selain bersetubuh. Malah wanita-wanita ini tidak langsung berasa sakit atau tidak selesa ketika selaput mereka pecah.

Berdasarkan pemerhatian ini, para pakar membuat kesimpulan bahawa pendarahan yang berlaku pada malam pertama mungkin boleh disebabkan oleh faraj kering, atau penembusan yang dilakukan dengan kasar dan terburu-buru.

Selaput Dara Bukan Bukti Kesucian

Bakal suami, dan juga bakal isteri perlu membuka minda dan membuang jauh-jauh petua yang menyatakan selaput dara adalah bukti kesucian wanita.

Jika anda berdua masih berpegang kepada mitos ini, sudah tentu anda berdua tidak akan dapat memberi 100% ketika menjalani malam pertama.

Suami akan menjadi gusar dan hampa sekiranya isteri tidak berdarah pada malam pertama. Manakala isteri pula akan tertekan dan sukar untuk menjalani aktiviti seks kerana takut sudah tiada dara, walaupun hakikatnya mereka masih suci.

Apa yang perlu anda berdua lakukan ialah penuhkan ilmu di dada untuk menjadikan pengalaman malam pertama lebih nikmat dan mengasyikkan.

Banyak tip dan panduan yang telah saya tulis di sini bagaimana untuk mendapat kepuasan sepenuhnya ketika bersetubuh. Luangkan masa anda untuk menelaah dan membaca ilmu-ilmu yang terdapat pada laman web ini.

Atau, jika anda ingin panduan lengkap bagaimana untuk mengharungi malam pertama sesempurna yang mungkin, anda perlu dapatkan panduan Kamasutra Bergambar.

Panduan ini adalah ilmu lengkap bagaimana untuk memuaskan pasangan sepenuhnya ketika beraksi di ranjang. Ramai bakal pengantin yang memberi feedback positif setelah mengamalkan ilmu-ilmu yang terdapat di dalam panduan selepas mengharungi malam pertama mereka.

share-nodes
Kongsi: