Kenapa Lelaki Takut Kahwin? Dan Bagaimana Anda Tolak Alasan Mereka

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Bercinta sememangnya menyeronokkan. Semuanya indah, malah kentut si dia pun bau wangi. Tetapi akan tiba waktu di mana anda ingin komitmen yang lebih dari si dia. Sebagai seorang wanita anda mengimpikan kehidupan berumah tangga bersama yang tersayang. Malangnya si dia sering berdolak-dalik dan memberi seribu alasan untuk mengikat tali perkahwinan.

Kenapa agaknya ini berlaku?

Lelaki takut kahwin
Girls, Ini adalah cara bagaimana anda boleh mematahkan hujah apabila si dia beri alasan tak nak kahwin Click To Tweet

Kenapa Lelaki Takut Kahwin

Di sini saya berikan beberapa sebab utama kenapa lelaki takut kahwin dan bagaimana anda boleh mematahkan segala alasan yang mereka berikan.

Takut komitmen

Adakah ini tandanya si dia tidak bertanggungjawab? Tidak. Tetapi kebanyakan lelaki beranggapan apabila mereka memberikan komitmen jangka panjang, iaitu perkahwinan, hubungan mereka dengan masyarakat, terutamanya rakan-rakan akan terjejas.

Penyelesaian: Anda harus menunjukkan yang anda seorang yang berfikiran terbuka dan tidak ada masalah untuk bergaul bersama rakan-rakan mereka. Kebanyakan lelaki suka sekiranya isteri mereka tidak kekok dan malu untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka.

Terikat

Boleh dikatakan semua lelaki ingin bebas dan tak suka dikongkong. Oleh itu mereka merasakan berkahwin akan menyekat kebebasan mereka. Mereka tidak dapat bebas seperti semasa bujang, dan segala aktiviti mereka akan dipantau isteri.

Penyelesaian: Saya tahu sukar untuk anda membiarkan suami anda bebas seperti zaman bujang selepas berkahwin. Isteri mana yang tidak akan cemburu sekiranya suami mereka lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan-rakan berbanding dirinya. Penyelesaian yang mudah ialah dengan buat syarat, di mana beliau boleh menghabiskan masa bersama rakan-rakan, tetapi ada hadnya. Dan minta perkara yang sama dari si dia, supaya ia menjadi “win-win situation”.

Bercerai

Ya bukan kaum wanita sahaja yang trauma dengan penceraian. Jauh di dalam lubuk hati kaum lelaki juga takut dan ingin menghindarkan bercerai.

Penyelesaian: Tidak ada rumahtangga yang tidak dilanda badai. Pergaduhan adalah perkara biasa dalam kehidupan rumahtangga. Cara yang paling mudah untuk mengelakkan perceraian, ialah tidak memikirkan langsung tentang perkara tersebut.

Lebih kerap anda memikirkan perkara-perkara negatif dalam kehidupan berumah tangga, lebih mudah perkara negatif tersebut akan mempengaruhi kehidupan anda berdua, tanpa anda sedari. Penuhkan aktiviti anda berdua dengan perkara-perkara positif yang berlawanan dengan perceraian, seperti bergaul dengan mereka yang telah lama berumah tangga dan masih bahagia.

Takut bosan

Kaum lelaki bukan makhluk yang rutin. Kebanyakan lelaki tidak gemar melakukan perkara yang sama setiap hari. Mereka suka melakukan perkara-perkara baru yang memberi pengembaraan dan pengalaman yang baru. Oleh itu mereka beranggapan selepas berkahwin kehidupan akan menjadi rutin dan membosankan.

Penyelesaian: Tunjukkan kepada si dia anda bukan seorang yang membosankan, dan anda juga gemar melakukan perkara-perkara baru dalam kehidupan. Sekali-sekali kejutkan si dia dengan elemen “surprise”. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda juga tidak suka perkara yang rutin dalam kehidupan seharian. Tetapi seperti perkara lain dalam kehidupan, jangan “over”, nanti hilang pula “element of surprise”.

Pengalaman lampau

Terdapat lelaki yang dibesarkan dalam keluarga yang porak-peranda. Tanpa mereka sedari, ini memberi impak yang buruk kepada mereka. Dalam erti kata lain, mereka menjadi trauma dengan keluarga mereka. Selalunya akibat daripada perceraian ibu bapa, atau pergaduhan ibu bapa. Ini mewujudkan satu halangan tanpa mereka sedari dalam diri mereka.

Penyelesaian: Ini mungkin sedikit sukar dan mungkin memerlukan bantuan pakar. Tetapi terdapat cara untuk merawat trauma ini, iaitu dengan mendedahkan si dia kepada yang sebaliknya. Maksud saya bawa si dia berjumpa dengan mereka yang bahagia dalam perkahwinan. Tunjukkan kepada si dia tidak semua perkahwinan berakhir dengan  perceraian. Ramai pasangan yang bahagia menjalani alam rumahtangga. Sedikit sebanyak ini akan meruntuhkan benteng pertahanan si dia yang diselubungi dengan pengalaman masa lampau.

Berkahwin adalah tuntutan dan datang dengan pelbagai kebaikan dan kenikmatan. Rugi jika anda tidak melaksanakan tuntutan ini dan membiarkan kelebihan ini berlalu begitu sahaja dalam kehidupan anda. Oleh itu manfaatkan kelebihan ini dengan sebaiknya.

Dah bersedia untuk berkahwin? Dapatkan panduan ilmu asmara mutlak sebagai pelengkap untuk mengharungi malam pertama anda berdua.

share-nodes
Kongsi: