Cara Mencukur Bulu Kemaluan Yang Betul – Untuk Wanita Sahaja

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Kali ini saya ingin memberi cara mencukur bulu kemaluan yang betul, tak kisahlah lelaki mahupun wanita. Mencukur bulu kemaluan mempunyai banyak kelebihan. Bukan sahaja anda akan kelihatan lebih bersih, rapi dan seksi, malah kebersihan juga lebih terjaga dan mengelakkan risiko untuk mendapat jangkitan kuman.

Oleh kerana bahagian kemaluan, atau alat sulit anda adalah bahagian yang sensitif, anda perlu lebih berhati-hati ketika mencukur bulu kemaluan. Kecederaan kecil pada bahagian ini boleh mengakibatkan infeksi, dan rasa tidak selesa.

Mencukur bulu kemaluan
Ini adalah tips mencukur kemaluan yang betul, wajib amalkan. Tetapi, untuk wanita sahaja ye… Click To Tweet

Tips Mencukur Bulu Kemaluan Yang Betul

Gunakan tips mencukur bulu kemaluan yang saya berikan di bawah untuk merapikan alat sulit anda.

Sentiasa guna pisau cukur baru

Berapa harga pisau cukur sekarang ni? Jangan kedekut dan pastikan anda menggunakan pisau cukur yang baru setiap kali anda ingin mencukur bulu kemaluan anda. Pisau cukur yang lama besar kemungkinan tumpul, dan berkarat. Ini boleh meningkatkan risiko kawasan sensitif pada tubuh anda dijangkiti kuman.

Trim dengan gunting

Juga disyorkan anda merapikan bulu kemaluan yang panjang dengan gunting terlebih dahulu sebelum menggunakan pisau cukur. Gunting lebih berkesan untuk bulu kemaluan yang panjang, berbanding pisau cukur.

Krim dan pelembap

Sesetengah individu mempunyai kulit yang amat sensitif, terutama pada bahagian alat sulit. Oleh itu krim dan pelembap amat membantu untuk mencegah iritasi kulit selepas bercukur. Ekstrak lidah buaya juga amat efektif dan berkesan untuk mengelakkan kegatalan kulit kemaluan selepas bercukur.

Air suam

Berendam dalam air panas sebelum bercukur boleh membantu membuka liang-liang roma dan memudahkan anda mencukur bulu kemaluan. Ini juga mengelakkan bintik-bintik merah timbul pada liang roma selepas bercukur. Jika anda tidak mempunyai tab mandi, cukup sekadar menjirus air suam pada bahagian yang ingin dicukur sebelum anda mula bercukur.

Konsisten dan teratur

Tak lama kan nak cukur bulu kemaluan? Oleh itu pastikan anda melakukannya dengan konsisten dan teratur. Jangan biarkan terlalu lama tidak dicukur, kan buruk rupanya.

Selain daripada mencukur bulu kemaluan dengan teratur, yang penting ialah anda menjaga kebersihan kawasan tersebut. Kalau tak tahu bagaimana nak menjaga alat sulit anda dengan betul, baca artikel yang telah saya tulis bagaimana untuk menjaga kebersihan dan kesihatan faraj.

share-nodes
Kongsi: