Teknik Kemut Faraj Yang Betul – Isteri Perlu Belajar Ilmu Ini

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 12 Jan 2024
clock-one

Salah satu topik yang jarang dibincangkan di kalangan wanita adalah teknik kemut faraj yang betul. Topik ini dianggap sensitif dan agak sukar untuk dibincangkan secara terbuka.

Padahal teknik kemut faraj yang betul oleh para isteri boleh memberikan perbezaan yang ketara di dalam hubungan seks.

Jika kemut faraj dilakukan dengan betul ketika berdayung, bukan sahaja para suami akan merasai nikmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata, malahan para isteri juga akan merasai nikmat baru yang belum pernah dirasai sebelum ini ketika berasmara.

Teknik kemutan faraj yang betul

Teknik kemut faraj yang betul lebih penting

Sebelum ini saya telah membincangkan tentang latihan kemut faraj, iaitu bagaimana untuk melatih otot-otot alat sulit, faraj khususnya supaya menjadi kuat, dan bersedia untuk mengemut zakar suami dengan sempurna dan berkesan.

Namun begitu otot-otot faraj yang kuat tidak bermakna sekiranya kemut faraj yang dilakukan dalam hubungan seks tidak kena caranya.

Secara amnya, terdapat tiga teknik kemut faraj yang betul yang perlu dipraktikkan ketika berasmara. Teknik kemut faraj ini akan memberikan sensasi yang baru kepada suami dan juga isteri.

Teknik pertama

Teknik kemut faraj yang pertama ialah teknik kemut faraj ketika suami meletakkan, atau merehatkan zakar di dalam faraj. Iaitu zakar suami berada di dalam faraj tanpa sebarang gerakan.

Ketika zakar berada di dalam faraj, kemut zakar suami anda, ketatkan otot-otot faraj untuk memberikan cengkaman yang kuat kepada zakar suami.

Tahan seberapa lama yang boleh sebelum anda melepaskan kemut tersebut. Teknik kemut faraj ini sesuai dilakukan jika zakar suami belum menegang sepenuhnya, kerana teknik kemut ini akan membantu zakar suami untuk menjadi tegang dan keras.

Teknik ke dua

Teknik kemut faraj yang ke dua pula dilakukan apabila suami memasukkan, atau menyorong zakar beliau ke dalam faraj. Kemut zakar suami ketika beliau menyorong ke dalam, dan lepaskan kemut ketika beliau menarik keluar zakar beliau.

Teknik kemut faraj ke dua ini akan memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada suami.

Tetapi awas, teknik kemut faraj ini juga secara tidak langsung akan membuatkan suami tidak tahan, dan cepat pancut. Oleh itu gunakan teknik kemut ini dengan berhati-berhati. Selalunya teknik kemut faraj ke dua ini dilakukan pada permulaan mendayung, iaitu untuk membuatkan suami lebih bertenaga dan bernafsu untuk mendayung.

Jika anda perhatikan suami anda sudah tidak dapat menahan dan ingin klimaks atau pancut, tukar teknik kemut faraj anda kepada teknik yang ketiga. Teknik kemut faraj yang ketiga adalah amat sesuai untuk melewatkan pancutan zakar suami.

Teknik ketiga

Kaedah kemut faraj yang ketiga ini ialah melepaskan kemut ketika suami menyorong masuk zakar beliau ke dalam faraj, tetapi mengemut dengan kuat semasa suami menarik keluar zakar daripada faraj.

Teknik kemut faraj ini akan mengetatkan tarikan zakar suami, dan secara tidak langsung akan mengurangkan rasa ngilu pada kepala zakar suami dan melambatkan pancutan zakar suami.

Membantu melambatkan pancutan suami

Ketiga-tiga teknik kemut faraj ini jika dilakukan dengan betul bukan sahaja akan memberikan nikmat berganda kepada anda dan suami, malah boleh membantu melambatkan pancutan suami sekali gus memberikan lebih nikmat ketika berasmara.

Jika anda inginkan lebih maklumat tentang teknik kemut faraj untuk isteri, dan teknik mendayung untuk para suami, anda boleh dapatkan maklumat lengkap melalui Panduan Manual Asmara Kamasutra Bergambar.

Panduan lengkap seni asmara di dalam Bahasa Melayu ini memberikan teknik-teknik kemut faraj yang lebih advance, dan juga teknik mendayung zakar sebagai pelengkap kepada teknik kemut faraj.

Teknik-teknik ini telah terbukti berkesan dan telah diajarkan ke seluruh dunia melalui kitab Kamasutra yang diterbitkan 400 tahun sebelum Masihi.

Tetapi awas, ilmu-ilmu yang terdapat di dalam Manual Kamasutra Bergambar Bahasa Melayu adalah amat hebat, oleh itu gunakan ilmu-ilmu tersebut sebaiknya.

share-nodes
Kongsi: