Masa Berdua Lebih Penting Dari Seks – Imbangi Kehidupan Anda

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Apa yang lebih penting dari seks? Walaupun laman web ini khusus kepada informasi dan nasihat berkaitan seksologi, saya ingin menekankan bahawa seks bukanlah segalanya.

Jangan keliru, seks masih memainkan peranan yang penting dalam menentukan kebahagiaan rumahtangga, tambahan lagi hubungan batin diperlukan oleh setiap insan kerana ia adalah fitrah manusia. Namun begitu, hubungan seks tidak selamanya akan memberikan kenikmatan seperti yang dikecapi ketika malam pertama bercinta.

Masa berdua lebih penting dari seks
Seks itu penting. Tapi anda berdua harus ingat – seks bukan segala-galanya Click To Tweet

Tidak selamanya nikmat

Dan semua sudah sedia maklum yang keinginan, ghairah dan nafsu seks akan menurun selari dengan meningkatnya usia. Ini juga normal, dan anda tidak perlu melawan perkara. Apa yang perlu anda lakukan cuma bekerjasama dengan fakta ini, dan cuba sedaya upaya untuk mengimbangi kehidupan, dan aktiviti seks.

Oleh itu setiap pasangan yang telah berumah tangga harus menyediakan ‘contingency plan’ untuk hubungan seks, dan tidak ada perancangan yang lebih penting dari seks selain daripada meluangkan masa berdua bersama.

Masa berdua setiap hari

Menurut pakar-pakar psikologi, setiap pasangan perlu meluangkan masa berdua setiap hari untuk memelihara hubungan suami isteri. Masa berdua di sini bukanlah bermaksud anda berdua harus menyisihkan diri dari masyarakat, dan pergi bercuti berdua, tetapi lebih kepada menjalankan sebarang aktiviti bersama.

Nampak mudah, tetapi mungkin agak sukar pada zaman sekarang di mana masing-masing sibuk dengan aktiviti harian, dan sukar untuk meluangkan masa untuk orang lain.

Tetapi jika difikirkan kembali, bagaimana jika sebelum tidur sama-sama meluangkan masa untuk tonton TV? Atau pergi membeli belah bersama ketika pulang dari kerja? Ataupun mandi bersama setiap hari minggu? Tidaklah sesukar yang disangkakan.

Kadang-kala perkara yang kita sangkakan remeh dan tidak memberi kesan kepada hubungan suami isteri, tetapi jika dilakukan sebaliknya, dan akan memberikan kesan positif pada jangka masa panjang tanpa kita sedari.

Lebih penting dari seks

Bagaimana pula jika anda ingin memanfaatkan masa terluang anda berdua dengan seks? Sudah pasti boleh, dan tidak menjadi masalah. Tetapi anda harus ingat pepatah yang mengatakan sesuatu perkara jika dilakukan dengan berlebihan akan membosankan, dan boleh memudaratkan.

Adakah pepatah tersebut boleh dikaitkan dengan aktiviti seks?

Mungkin ‘ya’ , dan mungkin ‘tidak’. Tetapi, to be on the safe side, lebih baik sekiranya anda mengimbangi kehidupan seks anda dengan perkara-perkara lain yang walaupun tidak berkaitan dengan seks, tetapi boleh membantu meningkatkan keintiman dan keharmonian rumahtangga anda.

share-nodes
Kongsi: