7 Tip Untuk Seks Pantas Yang Hebat – Tiada Lagi Alasan Untuk Seks Hebat

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Nak tahu bagaimana untuk melakukan seks pantas dengan teknik yang betul? Tip kali ini akan membantu anda berdua.

Kadang-kala anda berdua tidak ada masa untuk menjalani hubungan seks. Malah ini sering dijadikan alasan untuk mengabaikan hubungan seks.

Tetapi sebenarnya hubungan seks tidak semestinya memerlukan masa yang lama. Terdapat teknik hubungan seks yang tidak memerlukan masa yang panjang, juga dikenali sebagai “quickie” yang boleh anda praktikkan untuk hubungan seks tanpa masa yang panjang.

Seks Pantas

Seks Pantas, Teknik Yang Ramai Tak Tahu

Berdasarkan soal jawab yang saya lakukan, sebenarnya ramai pasangan suami isteri yang tak tahu wujud teknik ini.

Masih ramai yang menganggap seks perlu dilakukan dengan persediaan, dan permainan yang lama. Barulah beroleh nikmat yang sebenar.

Ini betul jika anda berdua mempunyai masa yang panjang untuk sesi persetubuhan anda berdua. Tetapi jika meluangkan masa untuk seks menjadi sukar, anda berdua perlu belajar teknik ini.

Tip Untuk Seks Pantas Yang Hebat

Tak susah untuk menjayakan sesi quickie. Tetapi anda berdua perlu melakukannya dengan betul. Salah teknik, sesi quickie anda berdua akan gagal, dan masing-masing tak akan puas.

Oleh itu kali ni saya berikan 7 tip supaya anda berdua akan mengalami nikmat sebenar dengan sesi anda.

1. Mulakan Foreplay Sebelum Seks

Foreplay itu penting dalam aktiviti seks, terutama bagi kaum wanita. Tetapi sudah pasti kalau nak melakukan seks pantas, tiada masa untuk foreplay.

Oleh itu anda berdua perlu memulakan foreplay sebelum seks. Foreplay yang saya maksudkan di sini ialah menggoda pasangan tanpa sebarang sentuhan.

Bagaimana anda ingin melakukannya?

Hantar SMS, WhatsApp, gambar, atau email kepada pasangan anda nak nyatakan apa yang bermain-main di dalam fikiran anda. Lebih nakal mesej anda, lebih berkesan.

Buat pasangan anda ternanti-nantikan masa beliau boleh menggomol anda. Bina ghairah beliau dengan mesej anda.

Teknik ini boleh buat pasangan ghairah tanpa perlu melakukan foreplay sebelum seks. Ini adalah salah satu teknik untuk memberi kepuasan kepada anda berdua.

2. Gunakan pelincir

Salah satu masalah utama untuk melakukan seks yang pantas ialah kepada kaum wanita. Seperti yang anda tahu, wanita memerlukan masa untuk terangsang supaya faraj mereka boleh basah. Ini memudahkan faraj menerima tujahan zakar.

Seringkali seks tanpa wanita benar-benar terangsang, iaitu faraj belum basah sepenuhnya akan menyebabkan wanita tersebut berasa sakit pada faraj mereka.

Keadaan ini juga buat wanita tersebut sukar untuk mencapai kepuasan dalam seks.

Selesaikan masalah ini dengan menggunakan pelincir. Anda boleh dapatkan pelincir berasaskan air, contohnya KY Jelly daripada mana-mana kedai serba guna seperti 7 Eleven.

3. Imaginasi dan Fantasi

Kebanyakan pasangan tidak menggunakan kuasa imaginasi mereka untuk buat sesi ini lebih menyeronokkan. Sebenarnya imaginasi sangat penting untuk menjayakan teknik ini.

Selepas ini, sebelum anda memulakan sesi seks pantas bersama pasangan anda, lakukan sedikit imaginasi. Bebaskan fantasi seks anda.

Anda tidak perlu memberitahu pasangan tentang fantasi seks anda. Beliau juga mungkin mempunyai fantasi seksnya sendiri.

Ambil masa beberapa minit untuk berfantasi. Secara tidak sedar ghairah anda akan meningkat secara mendadak. Ini sangat penting untuk menjayakan sesi ini.

4. Tak Perlu Bogel

Kebanyakan pasangan selesa dengan berbogel sepenuhnya ketika seks. Ini tak perlu dengan seks pantas.

Masa yang diambil untuk berbogel dah menyumbang kepada masa intim anda berdua, ini merugikan masa.

Kepada suami, buka zip seluar anda dan kepada isteri, lakukan perkara yang sama atau cuma angkat kain anda untuk memberi laluan kepada suami. Tak perlu buka bra, baju dan sebagainya.

Tindakan spontan ini akan buat anda berdua lebih bernafsu, lebih ghairah dan dapat menikmati sensasi baru yang penuh nikmat.

5. Seks oral sebagai alternatif

Siapa kata seks perlukan persetubuhan? Seks oral juga adalah salah satu teknik seks yang boleh memberi kepuasan kepada pasangan.

Seks oral tidak memerlukan masa yang panjang, dan kepuasan yang dirasakan adalah hampir sama dengan persetubuhan. Oleh itu seks oral adalah salah satu teknik seks yang sangat sesuai untuk sesi seks pantas anda berdua.

Dalam seks perlu “give and take”. Apa salahnya hari ini anda memberi, esok giliran pasangan anda pula. Click To Tweet

6. Lokasi itu penting

Seks pantas boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan lokasi tersebut memberi privasi kepada anda berdua.

Tetapi pemilihan lokasi yang sesuai boleh memberi pengalaman seks pantas yang lebih nikmat. Pantas di sini tidak bermaksud anda berdua perlu bertindak melulu.

Lakukan sedikit perancangan. Pilih lokasi-lokasi yang sesuai yang anda rasakan boleh buat pengalaman quickie anda berdua lebih menyeronokkan.

Sebagai contoh, terjah pasangan anda ketika beliau sedang mandi dan jadi nakal. Anda juga boleh beri kejutan ketika beliau sedang membasuh baju.

Lakukan seks pantas dengan si isteri berada di atas mesin basuh, ketika mesin sedang berputar. Getaran dari mesin basuh akan memberi rangsangan tambahan untuk nikmat yang lebih hebat.

7. Bantu Diri Sendiri

Teknik ini ditujukan khusus kepada para isteri. Seperti yang anda tahu, kaum lelaki boleh terangsang, keras dan klimaks dalam masa yang singkat. Suami anda tidak terkecuali.

Tetapi anda sebagai kaum wanita sangat berbeza. Anda memerlukan masa dan rangsangan yang secukupnya untuk benar-benar bersedia, seterusnya memudahkan anda puas dan orgasma.

Oleh itu, apa salahnya anda sendiri yang buat anda benar-benar bersedia sebelum bersama suami untuk seks pantas?

Caranya ialah dengan menggoda diri anda sendiri. Anda tahu di bahagian mana yang perlu anda sentuh pada tubuh anda untuk buat anda terangsang. Anda juga lebih tahu bagaimana untuk melayan diri anda supaya anda ghairah dan bersedia.

Jadi, sebelum anda bersama suami, sentuh dan belai diri anda sendiri sehingga anda benar-benar ghairah dan bersedia. Tetapi, pastikan anda berhenti sebelum anda puas. Simpan bahagian tersebut kepada suami anda.

Teknik ini bukan sahaja memudahkan anda untuk klimaks ketika seks pantas bersama suami, tetapi jangan terkejut sekiranya teknik ini boleh buat anda mengalami kepuasan baru yang belum pernah anda alami sebelum ini.

Seks Pantas Mudah dan Nikmat

7 tip yang saya berikan di atas dijamin akan buat pengalaman seks pantas anda berdua lebih menyeronokkan dan lebih nikmat.

Sekiranya anda berdua baru berjinak-jinak dengan quickie, dan nak belajar lebih tentang ilmu ini, anda boleh dapatkan panduan Seni Seks Pantas yang telah saya bukukan dalam bentuk E-Buku.

Seks pantas walaupun kelihatan mudah, tetapi memerlukan teknik dan ilmu yang betul untuk dijayakan. Bukan pakai tangkap muat je.

Panduan ini saya berikan percuma sebagai bonus kepada panduan Seni Ciuman.

Panduan Seni ini mengandungi ilmu A-Z bagaimana untuk menukar anda daripada baru belajar kepada pakar quickie.

Anda perlu dapatkan panduan ini sekiranya anda ingin beri nafas baru dalam hubungan kelamin anda berdua, dan buat pasangan anda puas, sepuas-puasnya hanya dengan teknik anda.

Jangan berkira untuk dapatkan ilmu yang dijamin boleh membantu meningkatkan kebahagiaan rumahtangga anda berdua, selama-lamanya. Dijamin tak akan rugi.

share-nodes
Kongsi: