Seks Lanjut Usia, Umur Bukan Alasan Untuk Tidak Menikmati Seks Hebat

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Rata-rata pasangan di Malaysia yang lanjut usia kurang aktif dalam aktiviti seks. Seringkali pasangan yang sudah berumur cuba menghindari seks lanjut usia.

Sebenarnya usia bukanlah penghalang untuk menikmati hubungan seks yang sihat dan hebat. Malah kajian yang dijalankan oleh sebuah Universiti di Chicago, Amerika Syarikat mendapati 75 peratus pasangan di Amerika yang berusia lebih dari 70 tahun masih berminat untuk melakukan hubungan seks. Kajian ini dilakukan terhadap 3000 pasangan warga emas yang berusia antara 55 hingga 85 tahun.

seks lanjut usia
Lanjut usia bukan alasan untuk tidak menjalani hubungan seks yang hebat! Click To Tweet

Usia bukan faktor utama

Kajian ini juga mendapati sebenarnya usia bukanlah faktor utama yang menghalang pasangan-pasangan tersebut untuk menikmati seks di usia tua. Tetapi faktor-faktor lain lebih mempengaruhi, seperti penyakit kronik, stress, obesiti, dan ketagihan rokok.

Ini mendorong kepada pengambilan ubat-ubatan yang boleh memberi kesan sampingan kepada ghairah seks lalu mengurangkan minat pasangan-pasangan tersebut untuk aktiviti seks.

Kesihatan lebih memainkan peranan

Hasil kajian tersebut merumuskan bahawa kesihatan memainkan peranan utama terhadap minat warga emas untuk seks. Menurut Edward Laumaan, iaitu penyelidik utama kajian ini, faktor utama yang mengakibatkan mereka yang berumur hilang minat untuk seks adalah kerana faktor kesihatan fizikal dan mental, dan bukan disebabkan oleh faktor usia.

Walaubagaimanapun menurut beliau jika pasangan yang lanjut usia tiada minat langsung untuk aktiviti seks, ini mungkin menunjukkan tanda-tanda masalah kesihatan yang lebih serius.

Kajian dari Edward Laumann ini telah diterbitkan di “New England Journal of Medicine“.

Menikmati seks lanjut usia yang hebat

Dari kajian tersebut kita boleh rumuskan bahawa keinginan seks untuk individu tidak akan berkurang secara semulajadi, sebaliknya fakt0r-faktor lain memainkan peranan.

Keinginan untuk seks adalah fitrah manusia, oleh itu sudah pasti naluri untuk seks tidak akan berkurang walaupun pada usia yang lanjut. Tambahan lagi hubungan seks sihat melalui ikatan perkahwinan amat dituntut oleh setiap Agama di dunia.

Jangan jadi usia yang lanjut sebagai alasan untuk tidak menikmati hubungan seks yang sihat dan hebat. Seks bukanlah sesukar yang sesetengah pasangan sangkakan. Yang membuatkan seks menjadi sukar ialah alasan-alasan yang sering diberikan untuk tidak menikmati seks pada usia tua.

share-nodes
Kongsi: