7 Jenis Payudara – Anda Punya Yang Mana Satu?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Selama ini ramai yang menyangka payudara hanya ada dua jenis, besar dan kecil. Betul ke?

Tetapi menurut sebuah syarikat bra, Thirdlove, wanita sebenarnya mempunyai tujuh jenis payudara yang berbeza.

Mereka menjumpai fakta ini hasil dari penyelidikan yang mereka lakukan untuk menghasilkan bra yang terbaik kepada wanita di luar sana.

Menurut Ra’el Cohen iaitu naib presiden syarikat Thirdlove, adalah penting untuk para wanita memilih bra yang sesuai dengan bentuk payudara mereka, supaya mereka selesa dan kelihatan semula jadi.

7 Jenis Payudara Wanita

Jenis payudara yang dikeluarkan oleh syarikat Thirdlove boleh dikategorikan kepada tujuh jenis berikut.

Payudara Tak Simetri

Jenis payudara tak simetri

Payudara ini tidak sama saiz, di mana sebelah payudara lebih besar dari sebelah yang lain. Perbezaan saiz ini bermula daripada perbezaan yang tidak terlalu ketara, sehingga kelihatan ketara.

Payudara Loceng

Jenis payudara loceng

Seperti loceng, payudara kategori ini berbentuk seperti loceng, di mana bahagian atas lebih kecil dari bahagian bawah payudara.

Payudara Berjauhan

Jenis payudara berjauhan

Kategori payudara ini dinamakan payudara berjauhan kerana puting payudara pada kedua-dua belah payudara menunjuk ke arah yang berlawanan antara satu sama lain.

Payudara Melebar

Payudara melebar

Terdapat ruang yang luas antara kedua belah payudara. Puting payudara pula menunjuk ke depan berbanding ciri-ciri payudara berjauhan.

Payudara Langsing

Payudara langsing

Jenis ini selalunya dimiliki oleh wanita berbadan kurus dan langsing. Payudara ini sedikit bidang di bahagian atas, tetapi mengecil di bahagian bawah.

Bentuk payudara ini mengandungi sedikit kuantiti tisu payudara, berbanding jenis lain.

Payudara Air Mata

payudara air mata

Sama seperti payudara loceng, tetapi dengan permukaan yang sedikit mendatar berbanding payudara jenis loceng. Perbezaan ini dapat dilihat dengan lebih jelas dari pandangan sisi.

Payudara Bulat

payudara bulat

Jenis buah dada ini sering dikaitkan dengan pembedahan plastik, di mana sukar untuk mendapat bentuk payudara ini secara semula jadi. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah wanita yang dilahirkan dengan bentuk payudara sebegini.

Tak Kisah Jenis dan Bentuk Payudara

Ramai wanita yang menginginkan bentuk payudara yang sempurna, kerana sudah ditanam dengan persepsi payudara yang besar adalah payudara yang sempurna.

Malangnya persepsi tersebut adalah mitos semata-mata.

Bukan semua lelaki yang berminat dengan saiz payudara yang besar. Click To Tweet

Yang penting ialah payudara anda sihat, dan kelihatan menarik pada mata pasangan.

Sebelum ini saya telah menulis tip bagaimana untuk menggoda pasangan dengan payudara, tak kira saiz. Anda perlu baca tip ini jika anda ingin buat suami cair dengan payudara anda. Klik untuk baca Cara Menggoda Suami dengan Payudara.

share-nodes
Kongsi: