Suami dan Seks – Semua Isteri Perlu Tahu 9 Perkara Ini

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 14 Jan 2024
clock-one

Lelaki dan wanita dicipta berbeza oleh tuhan. Perkara yang sangat berharga bagi wanita, mungkin tidak dipandang langsung oleh lelaki, dan sebaliknya.

Ramai wanita yang mengadu lelaki sering bertindak dengan tindakan yang tidak masuk akal, dan sukar difahami. Tetapi, kaum lelaki pun sering juga melabelkan wanita sebagai spesies yang sukar difahami.

Sebenarnya tak banyak beza antara lelaki dan wanita. Tambahan pula masing-masing adalah manusia yang punya naluri yang sama.

Tetapi terdapat beberapa perbezaan kecil yang tentang keinginan seks bagi lelaki. Perbezaan kecil ini perlu semua isteri tahu untuk buat hubungan suami isteri di ranjang lebih bahagia.

Suami dan seks

9 Perkara Tentang Suami dan Seks

Berikut ialah beberapa perkara tentang suami dan seks yang perlu setiap isteri tahu. Sesetengah perkara ini mungkin anda dah tahu, atau mungkin perkara baru dan mengejutkan anda.

Lelaki bukan hanya inginkan seks, tetapi mereka perlukan seks

Hubungan seks adalah antara perkara yang sangat penting bagi suami, sama seperti makanan dan tidur. Apabila anda menidakkan seks kepada suami, mungkin kerana merajuk dan ingin membalas dendam, anda sebenarnya lebih memburukkan keadaan.

Suami anda akan memendam keinginan seks mereka, dan lebih teruk lagi mereka melampiaskan nafsu mereka dengan pihak ketiga.

Reaksi psikologi selepas seks sering buat suami tidak mempedulikan anda

Sesetengah wanita berasa kecewa apabila suami tidak mempedulikan mereka selepas seks. Lelaki berasa letih dan lebih gemar tidur selepas seks, daripada memeluk isteri mereka.

Jangan merajuk. Tindakan ini sebenarnya disebabkan oleh reaksi kimia yang tidak berkait langsung tentang perasaan mereka terhadap anda.

Lelaki memikirkan tentang seks dengan kebanyakan wanita yang mereka temui

Ya, ini adalah fakta yang sering disangkal oleh lelaki. Malangnya fakta ini adalah fakta sebenar. Apabila lelaki bertemu, atau melihat, mereka akan berfikir bagaimana rasanya berhubungan seks dengan wanita terbabit.

Lebih menarik wanita terbabit di mata lelaki, lebih jelas fantasi seks mereka terhadap wanita tersebut. Click To Tweet

Sesetengah lelaki yang kuat naluri seksnya akan melakukan fantasi ini walaupun dengan keluarga terdekat isteri. Tetapi jangan risau, semua ini hanyalah fantasi lelaki. Semua lelaki akan melakukannya secara tidak sedar.

Seringkali fantasi ini tidak merbahaya, dan hanya tindakan semula jadi lelaki. Lebih cepat anda menerima hakikat ini, lebih bahagia hidup anda.

Suami akan lebih tertarik kepada anda sekiranya anda membincangkan tentang wanita cantik dengan suami.

Kebanyakan isteri tak sedar perkara ini boleh terjadi. Ini yang berlaku apabila anda menunjukkan, atau memberitahu kepada suami tentang wanita lain yang cantik di mata anda.

Pertama, suami akan berasa lega kerana beliau boleh menghargai kecantikan wanita lain di hadapan anda. Mungkin beliau tidak sedar pada mulanya, tetapi lama kelamaan beliau akan mula menghargai perkara ini.

Ke dua, beliau akan sedar yang anda bukanlah seorang yang cemburu buta, dan tidak suka mengongkong kebebasan beliau untuk melihat wanita cantik.

Jika anda masih belum sedar, lelaki hanya suka melihat wanita yang cantik dan seksi. Tetapi ini tidak bermakna mereka tertarik, atau ingin memikat wanita terbabit. Ini adalah naluri lelaki yang sukar dibendung.

Faktor pertama dan ke dua ini sudah cukup untuk buat suami lebih menghargai anda dalam hidup beliau.

Suami hilang mood apabila anda berbicara tentang hubungan masa silam

Lelaki gemar berfantasi bahawa beliau adalah satu-satunya lelaki di dalam hidup anda. Walaupun hakikatnya mereka tahu sejarah silam anda.

Mereka akan berasa tergugat dengan fikiran bahawa anda pernah mengalami hubungan dengan lelaki lain. Walaupun pada zaman cinta monyet anda.

Walaupun perkara ini mungkin kelihatan remeh pada anda, tetapi besar kesannya pada suami.

Jika suami akan memberi alasan yang tak masuk akal apabila anda bertanya apa yang bermain di fikiran beliau, besar kemungkinan beliau sedang memikirkan tentang seks.

Lelaki sebenarnya memikirkan tentang seks lebih kerap dari yang mereka ingin akui. Jika anda memaksa suami untuk mengakui perkara ini, seringkali beliau akan diam atau berlakon seperti tidak mempedulikan anda.

Tetapi jika anda bertanya adakah beliau sedang memikirkan tentang anda, secara mudah beliau akan mengiakan perkara tersebut.

Suami lebih suka sekiranya anda jual mahal dalam seks

Anda mungkin selalu dengar nasihat ini. Tetapi hakikatnya tak ramai isteri yang tahu bagaimana cara sebenar untuk jual mahal dengan suami, terutama dalam hubungan seks.

Cara yang betul bukannya menolak terus permintaan suami, dengan alasan untuk berlakon jual mahal. Tetapi menerima permintaan suami dalam keadaan yang lebih perlahan.

Contohnya berlakon seperti anda tidak mahukan seks, tetapi dalam masa yang sama bertindak menggoda dan buat beliau lebih inginkan anda.

Bunyinya susah, tetapi sebenarnya sangat mudah.

Berpakaian seksi, mendandan rambut, mengenakan wangian tidak memainkan peranan yang penting apabila suami sudah bernafsu

Memang perkara ini sangat penting untuk menggoda suami. Tetapi hakikatnya kebanyakan lelaki tidak akan mengendahkan perkara ini apabila mereka sudah bernafsu.

Anda boleh mengenakan baju lusuh dan tidak berdandan langsung, tetapi jika anda bertindak jual mahal (seperti perkara di atas), suami anda akan melutut dan cair apabila beliau bernafsu.

Seks sangat penting bagi suami. Memuaskan isteri adalah tanggungjawab mereka

Seks sebenarnya adalah sangat penting bagi suami. Mereka menganggap adalah tanggungjawab mereka untuk buat isteri puas dalam hubungan seks.

Ini ada kaitan dengan ego lelaki, dan tanggungjawab sebagai suami dalam rumahtangga. Oleh itu kebanyakan lelaki akan berasa tertekan dan rendah diri sekiranya mereka gagal memuaskan isteri dalam hubungan seks.

Oleh itu, jika anda ingin buat suami sentiasa gembira, cubalah untuk sama-sama memberi kepuasan kepada suami ketika seks.

Dalam masa yang sama latih diri anda untuk menerima kepuasan dan nikmat tersebut supaya bukan sahaja suami gembira, tetapi anda juga akan dapat menikmati nikmat sebenar dalam seks.

Saya telah menulis bagaimana cara sebenar untuk menggoda suami pada artikel yang lepas. Anda perlu baca tip tersebut jika anda hendak belajar bagaimana untuk menggoda suami. Klik di sini untuk tip Cara Menggoda Suami untuk Seks Hebat.

share-nodes
Kongsi: