Buat Ciuman Lebih Hot – 6 Perkara Simple Yang Buat Pasangan Cair

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Boleh dikatakan semua pasangan suami isteri bercium. Dalam sehari berapa kali anda cium pasangan anda?

Kekerapan bercium sebenarnya tak begitu penting. Apa yang sangat-sangat penting ialah kualiti ciuman anda.

Ciuman yang berkualiti bukan sahaja boleh buat pasangan anda teruja, tetapi dalam masa yang sama beliau akan ingat kesan ciuman tersebut, dan bagaimana ciuman anda boleh buat beliau melayang dalam keasyikan.

Buat ciuman lebih hot

Cara Buat Ciuman Lebih Hot

Jadi, bagaimana nak buat ciuman lebih hot? 5 perkara mudah ini boleh membantu anda.

1. Daya penarik fizikal

Tarikan fizikal bukan bermakna anda harus kelihatan seperti supermodel, atau artis jelita. Cukup sekadar merapikan diri untuk tampil menarik pada pasangan.

Boleh juga anda berhias dan memakai wangian untuk menaikkan ghairah pasangan.

Semua ini menyumbang kepada bagaimana buat ciuman lebih hot

2. Lokasi bercium

Lokasi ketika bercium sudah pasti memainkan peranan yang sangat penting. Malah lokasi yang tidak sesuai bukan sahaja menyukarkan untuk bercium dengan sempurna, tetapi juga boleh mematikan mood bercium.

Pilih lokasi yang anda berdua gemari. Yang sensual, yang romantik. Yang anda pasti anda berdua tak akan diganggu, untuk buat ciuman lebih hot.

Tetapi kalau sekadar nak cium dahi pasangan, atau ciuman lembut pada tangan si dia, kat mana pun boleh.

3. Bibir yang menggoda

Bibir yang menggoda dan mengghairahkan semesti boleh buat ciuman lebih hot. Tetapi sudah pasti tak semua insan memiliki bibir yang seksi dan menggoda seperti Angelina Jolie.

Tetapi ini tidak bermakna anda tak boleh buat bibir anda kelihatan memikat kepada pasangan. Salah satu cara yang paling mudah untuk buat bibir lebih menarik ialah dengan membasahkan bibir.

Mudah sahaja. Sebelum bercium, basahkan bibir anda dengan lidah anda. Mudah kan?

Menggunakan lip gloss juga boleh buat bibir kelihatan lebih cantik dan seksi. Tetapi jangan pakai terlalu banyak, nanti serabut pula bila nak bercium.

4. Mata yang mengharap

Seperti juga bibir, penampilan mata yang memikat boleh buat pasangan cair ketika bercium. Tak kisah mata anda cantik atau tidak pada dunia.

Bagi pasangan anda, mata anda adalah sangat cantik pada diri beliau. Click To Tweet

Apa yang perlu anda lakukan cuma pancarkan pandangan yang mengharap, supaya beliau lebih bersemangat untuk mencium anda.

5. Sentuhan lembut

Sentuhan lembut pada tubuh pasangan ketika bercium dijamin akan buat ciuman lebih hot. Sentuhan ketika bercium tidak bermakna anda harus membelai zon erotik pasangan.

Cukup sekadar menyentuh dengan lembut pada tangan, atau bahu beliau. Walaupun perbuatan ini kelihatan biasa sahaja, tetapi kesannya kepada pasangan anda ketika bercium sangat hebat.

Boleh juga anda belai rambut si dia ketika bercium untuk buat beliau lebih asyik dan nikmat.

6. Keintiman antara anda berdua

Tidak ada perkara yang boleh buat ciuman lebih hot dan mengasyikkan selain keintiman yang wujud antara anda berdua.

Jadi sebelum anda berdua bercium, cuba wujudkan perasaan intim dan mesra. Apa sahaja boleh. Contohnya makan romantik bersama, atau berbual mesra sambil menonton TV.

Situasi intim ini bukan sahaja boleh buat ciuman lebih nikmat, tetapi tak mustahil perkara ini akan menjadi pencetus bibit-bibit intim antara anda berdua.

Jika anda masih samar-samar bagaimana nak memulakan ciuman, anda boleh baca artikel Cara Terbaik Memulakan Ciuman yang telah saya tulis sebelum ini.

Banyak Lagi Tip Ciuman Untuk Buat Ciuman Lebih Hebat

Jika anda ingin belajar lebih banyak tip ciuman dan teknik bercium, luangkan masa anda untuk membaca artikel tip ciuman di laman web ini.

Atau, jika anda inginkan shortcut, bagaimana untuk menjadi pakar ciuman dalam masa yang singkat, anda perlu dapatkan E-Buku panduan Seni Ciuman.

Panduan ini mengandungi tip, teknik, dan helah rahsia bagaimana untuk menukar anda daripada seorang yang hanya tahu bercium, kepada pakar bercium.

share-nodes
Kongsi: