Cara Terbaik Memulakan Ciuman Hasil Dari Kajian Sains

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Nak tahu cara terbaik memulakan ciuman yang telah dibuktikan oleh kajian sains?

Ciuman adalah satu aktiviti fizikal yang intim antara dua insan untuk menyuarakan perasaan sayang dan cinta. Semua orang tahu bercium. Tetapi tak semua tahu cara sebenar bercium. Ada yang dapat bercium dengan baik dan buat pasangan mereka terkulai layu dalam pelukan mereka. Dan sebaliknya.

Ciuman bukan sekadar perlakuan merapatkan bibir antara dua insan. Terdapat ciuman yang baik, atau ciuman yang buruk. Oleh itu para Saintis telah melakukan kajian terhadap perilaku ciuman. Mereka mengkaji apakah yang buat sebuah ciuman sebagai ciuman yang baik.

Hasilnya mereka buat kesimpulan berikut adalah cara terbaik memulakan ciuman hasil dari kajian yang mereka lakukan.

Cara terbaik memulakan ciuman
Belajar cara bercium terbaik menurut kajian sains – telah dibuktikan berkesan 100%! Click To Tweet

Cara Terbaik Memulakan Ciuman

Para Saintis mendapati terdapat 3 langkah utama yang perlu diikuti oleh setiap individu untuk memulakan ciuman.

1. Isyarat Sebelum Bercium

Ramai yang menganggap anda perlukan wajah yang kacak atau cantik supaya pasangan teruja untuk bercium. Kebenarannya jauh sekali.

Wajah yang kacak, cantik atau tidak sebenarnya tidak memainkan peranan besar dalam ciuman.

Kajian Saintis mendapati mereka yang menghantar isyarat sebelum bercium, iaitu dalam erti kata lain, mereka yang mengurat sebelum bercium lebih berjaya mencuri ciuman daripada mereka yang hanya bergantung kepada rupa.

Mulakan dengan isyarat mata. Pandang mata si dia dan fikirkan anda ingin mencium si dia. Secara tak sedar isyarat mata anda akan menyuarakan hasrat anda kepada si dia.

Dalam masa yang sama gigit sedikit mulut anda. Ini akan menguatkan isyarat yang menyatakan anda ingin mencium beliau. Atau jika anda lebih daring, basahkan bibir anda dengan lidah dan lihat reaksi si dia.

Ciuman gigit bibir

Secara tak sedar, perbuatan-perbuatan ini juga akan menghantar isyarat ke otak anda dan buat anda lebih bersedia untuk bercium.

2. Menghampiri Si Dia

Mulakan dengan menghampiri si dia dan miringkan kepala anda ke kanan. Kenapa ke arah kanan?

Kajian yang dijalankan mendapati 2/3 daripada individu akan memiringkan kepala ke kanan ketika bercium. Click To Tweet

Para Saintis reaksi semula jadi ini adalah kerana kesan psikologi daripada menyusu ketika kecil. Kebanyakan ibu memiringkan kepala anak ke arah kanan ketika menyusu.

Oleh itu secara tidak sedar majoriti individu akan memiringkan kepala ke arah kanan ketika bercium.

Tetapi jangan pula anda fikirkan tentang ibu anda ketika bercium!

Apabila bibir anda dan si dia bertemu, jumlah oksigen ke otak akan meningkat dengan serta merta. Secara tidak sedar anak mata akan membesar.

Anak mata membesar

Oleh itu pejamkan mata. Jangan takutkan pasangan anda dengan anak mata yang semakin membesar tu.

3. Teruskan

Anda tidak akan dapat beri pengalaman bercium yang hebat hanya dengan ciuman ringan. Oleh itu pastikan ciuman anda berpanjangan.

Rapatkan bibir dan beri sedikit tekanan pada bibir si dia.

Bibir anda berdua mempunyai koleksi saraf yang paling banyak berbanding anggota tubuh yang lain. Pertembungan bibir anda berdua akan menghantar isyarat kepada otak, yang akan merembeskan hormon yang banyak.

Hormon ini akan buat anda berdua berasa selesa, teruja dan terangsang. Hormon ini juga akan menentukan sama ada anda berdua akan meneruskan ciuman tersebut.

Oleh itu jangan teragak-agak untuk meneruskan ciuman anda.

Apa Nak Buat Selepas Memulakan Ciuman?

Jadi, selepas anda berdua memulakan ciuman, apa pula langkah seterusnya?

Banyak teknik ciuman atau cara bercium yang boleh anda lakukan pada pasangan anda untuk buat beliau terus lemah dan layu dalam pelukan anda.

Antaranya ialah teruskan dengan teknik ciuman Perancis, atau teruskan dengan teknik-teknik yang lebih advance, seperti teknik ciuman abjad, teknik ciuman panas sejuk, teknik ciuman Hollywood dan pelbagai lagi teknik ciuman yang telah terbukti boleh buat pasangan anda puas dengan ciuman anda.

Jika teknik-teknik ciuman advance yang saya sebutkan sebentar tadi adalah perkara baru bagi anda, anda perlu belajar lebih tentang ilmu ciuman.

Cara memulakan teknik ciuman advance

Baca tip ciuman yang telah saya tulis di blog ini, atau dapatkan panduan Seni Ciuman yang bukan sahaja mengandungi teknik ciuman advance yang telah saya sebutkan tadi, tetapi adalah satu-satunya panduan bercium lengkap yang anda perlukan untuk buat pasangan anda tewas hanya dengan ciuman anda.

share-nodes
Kongsi: