8 Soalan Tentang Payudara Yang Sering Ditanya Wanita

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Payudara adalah anggota tubuh wanita yang mempunyai pelbagai fungsi. Selain berfungsi sebagai objek rangsangan kepada suami, payudara juga digunakan untuk menyusu anak.

Payudara datang pelbagai bentuk dan saiz. Ada yang besar dan ada yang kecil. Walau apa pun bentuk dan saiz payudara, semuanya kelihatan menggoda pada mata lelaki. Oleh itu anda tidak perlu risau dengan saiz payudara anda.

Walaupun ramai wanita yang selesa dengan payudara mereka, masih ramai yang tak tahu beberapa perkara berkaitan dengan payudara.

Kali ini saya himpunkan soalan tentang payudara yang selalu ditanyakan kepada saya oleh kaum ibu.

Soalan tentang payudara

Soalan Tentang Payudara Yang Sering Ditanyakan Wanita

1. Payudara saya besar sebelah, adakah ini normal?

Ya, sudah pasti. Kebanyakan payudara tidak sama besar, dan ini adalah normal. Bagi kebanyakan wanita juga, payudara kiri mereka lebih besar daripada payudara kanan.

2. Ada bulu di sekeliling puting payudara saya, adakah ini normal?

Ya. Bulu yang tumbuh di sekitar kawasan gelap pada sekeliling puting payudara adalah normal. Jika anda berasa tak selesa dengan bulu tersebut, anda boleh mengguntingnya. Tetapi jangan cabut atau cukur untuk mengelakkan jangkitan.

3. Bolehkan saya membesarkan payudara saya?

Ya dan tidak. Dari segi saintifik, payudara, iaitu tisu-tisu pada payudara tidak boleh dibesarkan. Walau bagaimanapun, senaman seperti tekan tubi yang melatih otot-otot dada atau otot pektoral boleh menegangkan payudara dan membuat payudara kelihatan besar.

Urutan dan pemakanan juga boleh membuat payudara lebih sihat, sekaligus membuatkan payudara lebih pejal dan cantik Click To Tweet

Saya telah menulis tip membesarkan payudara secara semula jadi.

4. Puting payudara saya mengeluarkan cecair, perlukah saya risau?

Tidak jika anda mengandung atau baru sahaja melahirkan anak. Jika anda tidak tergolong dalam 2 golongan ini, cepat-cepat berjumpa dengan pakar perubatan untuk memastikan ini bukan masalah hormon ada bersangkut paut dengan penyakit tiroid.

5. Adakah areola saya terlalu besar? Terlalu gelap?

Bagi yang tak tahu, areola adalah kawasan di sekeliling puting payudara.

Tidak. Seperti juga payudara, areola dijadikan dalam pelbagai bentuk, dan warna. Oleh itu jangan terlalu memikirkan perkara ini. Ini adalah normal

6. Ada kesan regangan (strecth mark) pada payudara saya, adakan kesan ini akan hilang dengan sendiri?

Kesan regangan pada payudara boleh berlaku semasa proses tumbesaran payudara, dan kesan ini berbeza antara setiap wanita. Ada wanita yang tidak mempunyai langsung kesan ini pada payudara mereka, dan ada wanita yang kesan regangan tampak jelas.

Kesan regangan pada payudara bergantung kepada faktor genetik, dan keanjalan kulit anda.

Kesan regangan ini adalah normal, dan selalunya akan pudar dengan masa. Pastikan anda menjaga kesihatan payudara anda. Kerap mengurut payudara juga dikatakan boleh membantu menghilangkan kesan regangan ini.

7. Puting payudara saya tidak menonjol keluar, tetapi masuk ke dalam. Adakah ini normal?

Ya. Fakta mendapati antara 10% hingga 20% wanita mempunyai sebelah puting payudara yang masuk ke dalam. Keadaan ini dikenali sebagai “inverted nipple”. Ini adalah normal dan anda tidak perlu risau

8. Terdapat ketulan pada payudara saya. Adakah saya perlu risau?

Mungkin. Tisu pada payudara sememangnya berketul-ketul. Sekiranya ketulan tersebut tersebar pada keseluruhan payudara, dan kedua-dua payudara berkeadaan sebegitu, anda tidak perlu risau.

Tetapi sekiranya anda rasakan ketulan tersebut baru muncul, dan tidak sekata, buat temu janji dengan pakar perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

Jaga Kesihatan Payudara

Payudara anda adalah aset penting pada tubuh anda. Oleh itu pastikan anda menjaga kesihatan payudara anda.

Jika tubuh anda sihat, selalu bersenam dan mengamalkan pemakanan yang seimbang, secara tak langsung payudara anda juga akan kelihatan segar dan cantik.

Yang paling penting ialah pastikan anda menjalani pemeriksaan payudara sekurang-kurangnya setahun sekali, dan selalu lakukan pemeriksaan sendiri payudara di rumah.

share-nodes
Kongsi: