Kekurangan Kondom Seluruh Dunia Akibat COVID-19 – Puncanya Dari Malaysia

Dikirim pada 16 Apr 2020

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa syarikat Karex Berhad, sebuah syarikat Malaysia adalah pengeluar kondom terbesar di dunia. Berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu, produksi kondom syarikat ini telah terjejas teruk mengakibatkan ramalan akan berlaku kekurangan kondom di seluruh dunia dalam tempoh 6 bulan ini.

Kekurangan kondom seluruh dunia
Kared Berhad adalah pengeluar kondom terbesar di dunia

Walaupun syarikat ini masih beroperasi dengan kapasiti 50% daripada tenaga kerja asal (maklumlah, kondom dikategorikan sebagai industri kritikal), pengeluaran kondom yang dihasilkan adalah berkurangan sehingga 100 juta daripada pengeluaran asal.

Karex Berhad boleh mengeluarkan 100 juta kondom dalam tempoh 10 hari. Kondom ini kemudiannya dijual dan dipasarkan di seluruh dunia oleh syarikat terkemuka seperti Durex dan sebagainya.

CEO Karex Berhad, Goh Miah Kiat dipetik sebagai berkata “Kita akan melihat kekurangan kondom di seluruh dunia, perkara ini sangat menakutkan”.

Beliau juga berkata permintaan terhadap kondom masih meningkat kerana ramai pasangan yang merancang keluarga semasa pandemik berlangsung.

Walaupun negara China yang juga pengeluar kondom dunia sedang dalam proses menamatkan perintah berkurung (lockdown), kekurangan pengeluaran masih dirasai.

Menurut CEO DKT International, juga sebuah syarikat pengeluar kondom di China – banyak pembekal kondom yang masih dalam perintah berkurung dan tidak bekerja dalam kapasiti asal. Akibatnya berlaku kelewatan dalam pengeluaran dan penghantaran produk.

Ramai yang berpendapat bahawa ini bukan perkara atau berita penting yang perlu diberi perhatian khusus. Tetapi, harus diingat bahawa kondom adalah antara alatan yang boleh membantu mencegah pelbagai penyakit berkaitan hubungan seks – jika dilihat dari sudut kesihatan.

share-nodes
Kongsi:

Berita Berkaitan