Pesakit Dicabul Dalam Ambulans – Mangsa Bawah Umur

Share on facebook
Share
Share on twitter
Tweet
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Seorang pekerja wanita berumur 18 tahun dicabul dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke hospital. Mangsa yang pengsan di tempat kerja dibawa ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Dicabul dalam ambulans

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan dibuat majikan mangsa berusia 51 tahun yang memaklumkan pekerjanya berusia 18 tahun dicabul pembantu perubatan berkenaan.

“Sebelum kejadian, mangsa dikatakan pengsan dan dibawa ke klinik berhampiran pada 7.30 malam. Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Selayang dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

“Sebaik tiba di hospital itu, majikan mangsa menemuinya dalam keadaan menangis sebelum memaklumkan dia dicabul oleh pembantu perubatan di dalam ambulans berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Arsad berkata, mangsa memberitahu ketika berada di dalam ambulans itu, dia dalam keadaan sedar, namun lemah.

“Mangsa memaklumkan dia dihampiri suspek yang bertindak mencabul kehormatan mangsa. Ketika ini, mangsa masih menerima rawatan di Hospital Selayang.

“Ekoran laporan itu, kami menahan suspek berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu perubatan di pusat perubatan swasta, semalam,” katanya.

Katanya, suspek direman selama enam hari bermula semalam hingga 27 April nanti bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Panduan Terkini