7 Cara Tahan Pancut Paling Mudah Bila Anda Dah Betul-Betul Tak Tahan

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Semua lelaki nak tahan lama di ranjang. Tipulah kalau ada lelaki  yang cakap dia tak kisah pun kalau dia pancut awal ketika bersetubuh bersama isteri. Sebelum ini dah banyak tip dan panduan yang saya beri tentang cara nak bertahan lama di ranjang. Malah ramai juga yang dah dapatkan panduan E-Buku Teknik Tahan Lama yang saya terbitkan dan beri maklum balas positif.

Tetapi bagaimana jika anda masih belum sempat belajar sebarang teknik untuk tahan lama ketika bersetubuh?

Tak perlu risau – di sini saya beri 7 cara tahan pancut yang paling mudah, semua orang boleh cuba.

Cara Tahan Pancut

Rehat sebentar

Ini tip yang paling mudah – bila dah tak tahan tu, rehat sebentar. Cabut senjata anda tetapi jangan berhenti merangsang isteri. Cium dan gomol isteri walaupun anda tak menujah.

Teknik ni untuk buat senjata anda berehat sebentar, tetapi masih keras kerana anda tetap merangsang isteri. Bila rasa dah ok, teruskan menujah seperti biasa.

Tukar posisi bersetubuh

Tak semua posisi bersetubuh tu sama. Perkara ni dah banyak kali saya tekankan dalam panduan-panduan sebelum ni. Terdapat posisi seks yang buat sesetengah individu tu pancut awal, dan sebaliknya.

Jadi selepas ini jika anda rasa nak pancut awal tu, cuba tukar posisi bersetubuh yang lain.

Terdapat posisi yang boleh buat senjata anda kurang sensitif, tetapi dapat rangsang zon ghairah isteri sehingga buat beliau mudah klimaks.

Kalau anda tak tahu nak cuba posisi yang mana, belajar tentang posisi bersetubuh dari yang telah saya tulis di laman web ini.

Minum Air

Petua tahan pancut ni datang daripada seorang lelaki yang memang mengalami masalah pancut awal ketika bersama isteri beliau. Menurut beliau sediakan segelas atau sebotol air ketika bersetubuh. Apabila dah tak tahan sangat, berhenti sebentar dan minum air.

Cara tahan pancut ni bukan sahaja boleh bantu sejukkan badan anda, tetapi juga boleh beri sedikit waktu rehat kepada senjata anda.

Motivasi Diri

Kadang-kala simptom pancut awal ini disebabkan oleh faktor psikologi, bukan fizikal. Oleh sebab itu motivasi diri berkesan untuk kawal masalah pancut awal. Teknik ni boleh dilakukan ketika anda rasa anda dah tak tahan nak pancut.

Beri motivasi kepada diri anda. Cakap dengan diri sendiri bahawa anda lambat lagi nak pancut, anda boleh lakukan, yakin boleh, dan sebagainya.

Teknik ni berkesan jika selalu diamalkan dan dipraktikkan ketika bersama isteri di ranjang.

Tukar Fokus Kepada Isteri

Petua ini lebih kurang sama dengan petua rehat sebentar. Tetapi kali ini cuba beri 100% fokus anda kepada isteri. Jangan fikir langsung tentang senjata atau nafsu anda. Tumpukan sepenuhnya kepada isteri dan cuba buat beliau klimaks tanpa bersetubuh.

Dalam erti kata lain gomol isteri, guna jari anda, ciuman dan sebagainya. Lakukan segala teknik yang telah anda belajar untuk buat isteri puas sehingga beliau pancut. Apabila anda rasa anda dah bersedia untuk kembali menujah – teruskan.

Teknik ini buat isteri tidak hilang momentum dan buat beliau sentiasa puas ketika bersama.

Bayangkan Benda Ngeri

Tip tahan pancut ni mungkin bunyinya agak pelik – tetapi, ramai yang mengatakan cara ni berkesan untuk bantu mereka melambatkan pancutan di ranjang.

Ketika anda rasa hendak pancut, cuba bayangkan benda-benda yang buat anda seram sejuk. Rasa takut setiap individu berbeza – ada yang takut hantu, takut kemalangan, takut mak mentua pun ada.

Tetapi janganlah takut sampai terus hilang mood. Cukup sekadar untuk alih tumpuan anda daripada rasa ingin pancut. Ini salah satu cara tahan pancut yang berkesan.

Tukar Sudut & Ritma Menujah

Seperti juga posisi bersetubuh, cara anda menujah senjata anda juga adalah salah satu faktor yang boleh buat anda mudah pancut. Apabila zakar anda bergesel pada kawasan yang sensitif seperti kawasan cincin zakar, mungkin anda mudah rasa tak tahan untuk pancut.

Jika ini berlaku, cuba perlahankan tujahan atau tukar sedikit sudut tujahan anda. Begitu juga kedalaman tujahan.

Sebenarnya banyak teknik menujah (seperti yang telah saya tulis dalam panduan E-Buku Teknik Tahan Lama) yang boleh anda praktikkan ketika bersetubuh – cuma ramai yang tak tahu.

Jadi selepas ini jika anda rasa dah tak tahan nak pancut, cuba amalkan petua dan teknik-teknik yang saya kongsikan ini.

share-nodes
Kongsi: