3 Perkara Yang Dibenci Lelaki Tetapi Disukai Wanita

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Ada banyak perkara yang dibenci lelaki tetapi disukai wanita. Kadangkala kaum wanita menganggap hal ini perkara yang remeh dan tidak mengambil berat tentang hal ini. Tetapi sebenarnya perkara-perkara ini amat dibenci lelaki – walaupun kaum wanita sangat menyukainya.

Dibenci lelaki disukai wanita
Ini 3 perkara yang sangat disukai oleh kaum wanita – tetapi kaum lelaki sangat membencinya Click To Tweet

Dibenci lelaki tetapi disukai wanita

Berikut disenaraikan 3 perkara utama yang paling disukai oleh wanita, tetapi amat dibenci oleh lelaki mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar seksual barat.

Bunga

Kaum lelaki tidak pernah tertarik dengan bunga. Seringkali kaum lelaki akan lebih tertarik dengan legenda bola sepak atau lagu-lagu yang boleh mengingatkan beliau akan kenangan indah pada masa dahulu.

Berbeza dengan kaum wanita yang amat menyukai bunga dan akan teruja apabila menerima bunga daripada pasangan mereka. Ditambah lagi dengan deria wanita yang sensitif dengan bau harum, dan apabila mereka mencium bunga secara automatik bahagian otak yang mengawal emosi akan menjadi lebih aktif dan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang akan memberikan kegembiraan kepada kaum wanita.

Jadi kaum lelaki dan suami, keluarkan sedikit modal hadiahkan bunga kepada pasangan anda kerana besar kesannya di dalam kehidupan rumahtangga anda.

Berbual di Telefon

Mengejutkan tetapi kaum lelaki sebenarnya tidak suka berbual melalui telefon. Fakta ini diaplikasikan kepada lelaki yang telah berkahwin. Berbeza sekali ketika sedang bercinta di mana kaum lelaki sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk bergayut dengan pasangan mereka dan menceritakan apa sahaja kepada si dia.

Setelah berkahwin jarang sekali kaum lelaki menelefon isteri mereka dan berbual dalam jangka masa yang panjang. Berbeza dengan lelaki, kaum wanita masih merasakan penting untuk menelefon pasangan mereka untuk meluahkan masalah atau sekadar bertanyakan khabar. Terdapat beberapa faktor yang utama kenapa kaum lelaki benci untuk berbicara di telefon setelah berkahwin.

Antaranya ialah ketika berbual di dalam telefon, kaum lelaki merasakan kaum wanita lebih mendominasi perbualan dan mereka hilang rasa berkuasa di dalam telefon. Tetapi terdapat satu perbualan telefon yang disukai oleh kaum lelaki, sebelum dan selepas berkahwin, iaitu apabila berbual tentang seks atau menjurus kepada ‘phone sex’!

Berbelanja

Sebenarnya kaum lelaki juga suka berbelanja. Tetapi mereka akan berbelanja apabila dirasakan benar-benar perlu sahaja. Berbeza dengan kaum wanita yang gemar berbelanja untuk apa sahaja walaupun tidak perlu.

Pantang ada diskaun, sudah pasti akan mengeluarkan duit untuk mendapatkan barang tersebut. Istilah ‘Window Shopping’ diwujudkan dari sikap kaum wanita. Walaupun tidak membeli, cukup sekadar bersiar-siar sambil melihat-lihat barangan yang diingini akan menyebabkan wanita berasa gembira dan puas. Berbeza dengan lelaki yang merasakan perbuatan ini begitu membuang masa.

Sudah menjadi lumrah kaum lelaki dan wanita diciptakan oleh Tuhan sebagai dua spesies yang berbeza dari segi fizikal dan juga emosi. Ada perkara yang dibenci oleh lelaki tetapi disukai oleh wanita, dan sebaliknya.

Oleh itu kedua-dua pihak harus memainkan peranan untuk bertolak ansur dan membuang sikap pentingkan diri sendiri untuk menjaga keharmonian perhubungan dan rumahtangga.

share-nodes
Kongsi: