Apa itu G-Spot? – Ramai Yang Masih Tak Tahu Tentang Organ Seks Ni

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

G-Spot? Apa tu? Tak pernah dengar pun. Itu adalah jawapan yang saya terima dari kebanyakan isteri, mahupun suami apabila saya membalas email mereka dengan memberikan tips berkaitan bagaimana untuk meningkatkan kenikmatan hubungan suami isteri.

Susah juga kalau tak tahu apa itu G-Spot, kerana G-Spot memainkan peranan yang sangat penting dan boleh menentukan sama ada seseorang wanita itu puas atau tidak ketika berasmara.

G-spot

Apa itu G-Spot sebenarnya?

Walaupun sebelum ini saya telah menulis banyak artikel berkaitan topik ini, kali ini saya hendak memberikan penjelasan yang panjang lebar tentang G-Spot. Maaf sekiranya artikel kali ini agak panjang dan membosankan.

G-Spot adalah singkatan untuk istilah “Grafenberg Spot”. Grafenberg ni sebenarnya adalah nama seorang doktor merangkap saintis berbangsa Jerman. Ernst Grafenberg  menemui titik ini pada tahun 1950, dan para doktor (Alice Ladas, John Perry dan Beverly Whipple yang juga pakar seksologi) bersepakat untuk menamakan titik ini sempena nama beliau.

Pelik tak satu titik nikmat pada tubuh wanita dinamakan sempena nama seorang doktor lelaki? 🙂

G-Spot secara ringkas adalah satu titik, atau benjolan daging yang terdapat di dalam lubang faraj. Titik ini terdapat pada semua wanita. Walaupun ada wanita yang berkeras mengatakan beliau tidak mempunyai titik G-Spot sekali gus beliau sukar untuk puas dan klimaks dalam hubungan seks, kebenarannya titik ini ada pada semua wanita.

Yang membezakannya ialah lokasi, saiz, dan tahap sensitiviti titik tersebut.

Walaubagaimanapun, pakar-pakar seksologi masih berdebat tentang apa sebenarnya titik G ini. Ada pakar yang berpendapat titik ini adalah kelenjar atau semata-mata koleksi saraf dari biji kelentit (clitoris) yang terhimpun pada satu titik.

Ada pula pakar yang berpendapat bahawa titik ini adalah sama dengan kelenjar prostate yang terdapat pada lelaki. Bagi yang tak tahu, kelenjar prostate pada lelaki berfungsi untuk merembeskan cecair yang meningkatkan kesuburan sperma.

Apa yang perlu anda tahu ialah titik G wujud pada setiap wanita, dan boleh digunakan untuk memberikan kenikmatan berganda kepada wanita dalam aktiviti seksual.

Di manakah G-Spot?

Topik ini juga telah menjadi perdebatan yang agak hangat di kalangan pakar seksologi. Mereka berpendapat oleh kerana setiap wanita adalah berbeza dari aspek fizikal, tidak ada lokasi tetap yang boleh dijadikan panduan bagi menentukan lokasi titik G-Spot.

Apa yang dipersetujui ialah lokasi titik ini adalah pada bahagian atas permukaan lubang faraj, jarak antara 1 hingga 3 inci dari lubang faraj, dan berjiran dengan salur kencing.

Mencari lokasi G-Spot

Cara yang paling mudah untuk menentukan lokasi titik G-Spot pada diri anda adalah dengan mencarinya sendiri. Di sini saya berikan panduan kepada para isteri bagaimana untuk mencari lokasi titik G anda.

  1. Pertama, anda harus berbaring, berehat dan tenangkan diri anda. Tiada tekanan di sini. Pastikan anda benar-benar tenang dan dalam keadaan santai.
  2. Kangkangkan kaki anda, dan bengkokkan lutut. Pastikan faraj anda terbuka.
  3. Masukkan dua jari anda ke dalam faraj, dengan menekan hujung jari pada bahagian atas permukaan lubang faraj.
  4. Anda perlu mencari kawasan permukaan faraj yang mempunyai struktur seperti span, sedikit menonjol, atau sedikit kasar seperti lelangit pada mulut anda.
  5. Lakukan dengan perlahan-lahan, tidak perlu terburu-buru.
  6. Jika anda masih tidak menemui titik tersebut, berikan sedikit rangsangan kepada diri anda. Lakukan perkara yang boleh meningkatkan ghairah anda seperti fantasi seks bersama suami dan sebagainya. Kenapa? Kerana titik ini akan membengkak, membesar dan menonjol apabila anda ghairah.
  7. Salah satu tips untuk menentukan sama ada titik yang ada temui itu benar-benar titik G-Spot ialah anda akan berasa seperti hendak kencing ketika anda menekan titik tersebut. Ini kerana titik ini berjiran dengan salur kencing. Tetapi jangan risau, ini hanya perasaan anda, tidak perlu ke tandas.
  8. Dan sekiranya titik tersebut adalah titik G, ketika anda menggosok titik tersebut, anda akan terangsang dan mengalami sensasi yang belum pernah anda alami sebelum ini.

Tahniah, anda telah menemui titik G anda!

Membantu suami mencari titik G-Spot

Jika anda telah menemui titik G-Spot anda melalui panduan yang saya berikan di atas, anda perlu membantu suami anda pula untuk mencari titik G anda.

Anda tidak seharusnya mementingkan diri sendiri dan menyimpan maklumat berkaitan titik nikmat yang boleh memberikan kepuasan kepada diri anda seorang diri. Kongsi bersama suami untuk membuatkan hubungan seks suami isteri lebih nikmat dan sempurna.

Cara yang paling mudah untuk membantu suami mencari lokasi titik ini adalah dengan menyuruh suami memasukkan jarinya ke dalam faraj anda, dan ikuti langkah yang sama seperti yang anda lakukan ketika mencari lokasi titik G anda.

Anda juga boleh meletakkan bantal di bawah pinggul anda untuk membantu meluaskan kaki dan bukaan faraj.

Jangan lupa untuk menggalakkan suami menggoda anda untuk meningkatkan ghairah dan membantu titik G anda membesar dan menonjol. Ini akan memudahkan suami untuk mencari lokasi titik G-Spot anda.

Teknik merangsang G-Spot

Sekarang anda dan suami telah tahu lokasi titik G anda. Apa yang perlu anda berdua ketahui sekarang ialah bagaimana untuk merangsang, dan bermain-main dengan titik tersebut untuk memberi nikmat maksima.

Ramai wanita yang sukar untuk mencapai klimaks daripada rangsangan G-Spot. Pada artikel jenis-jenis klimaks wanita yang saya tulis sebelum ini, klimaks daripada rangsangan titik ini adalah berbeza dengan klimaks daripada rangsangan pada bahagian lain.

Walaubagaimanapun, klimaks yang terhasil daripada rangsangan titik ini boleh dikatakan agak hebat, dan seringkali wanita akan pancut daripada klimaks ini.

Salah satu teknik yang para suami boleh lakukan untuk merangsang titik G isteri mereka adalah dengan mengetuk titik tersebut dengan jari. Seringkali titik ini hanya dirangsang dengan menggosok, dan teknik mengetuk jarang dilakukan kerana ramai yang tak tahu akan teknik ini.

Cara Merangsang Titik-G Isteri

Caranya ialah ketuk titik G-Spot dengan hujung jari anda perlahan-lahan. Teknik ini telah dibuktikan berkesan kerana sensasi yang dirasai dengan ketukan berbanding usapan, ialah isteri akan merasakan seperti ini adalah kali pertama suami menyentuh titik tersebut. Dan setiap ketukan akan memberikan momentum kepada peningkatan ghairah isteri, seterusnya membina keinginan untuk klimaks.

Teknik lain untuk membantu isteri mencapai klimaks melalui rangsangan titik G ini ialah dengan melakukan rangsangan kepada biji kelentit isteri dalam masa yang sama. Saraf pada biji kelentit adalah berkait dengan saraf pada titik G. Oleh itu teknik ini akan mempercepatkan proses klimaks isteri.

Cara untuk melakukan teknik ini ialah si suami merangsang titik G-Spot isteri dengan jari, dan menggunakan jari pada tangan yang lain untuk bermain dengan biji kelentit isteri.

Banyak artikel yang telah saya tulis berkaitan bagaimana untuk merangsang biji kelentit isteri, antaranya menggomol biji kelentit, membelai biji kelentit, dan permainan jari.

Atau suami boleh menggunakan lidah mereka untuk merangsang biji kelentit isteri sebagai alternatif menggunakan jari.

Isteri boleh membantu dengan mengangkat pinggul dan menujah ke arah suami untuk meningkatkan rangsangan pada teknik ini.

Memudahkan klimaks G-Spot

Seperti perkara lain dalam kehidupan, setiap perkara akan menjadi lebih mudah dengan latihan. Begitu juga dengan klimaks G-Spot dan pancutan. Lebih kerap anda berlatih dan mencuba dengan suami, lebih mudah untuk anda klimaks dan pancut dengan rangsangan G-Spot.

Selain dari itu, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu anda memudahkan klimaks dari rangsangan G-Spot. Antaranya ialah melakukan senaman mengemut.

Ini juga telah saya tulis secara terperinci pada artikel yang lepas, iaitu artikel latihan kemut faraj.

Secara ringkas, latihan ini memerlukan anda melatih otot-otot faraj anda. Otot-otot faraj adalah sama seperti otot-otot lain pada tubuh, dan akan lebih kuat sekiranya dilatih.

Latihan ini tidak sukar dan boleh dilakukan oleh setiap wanita, pada bila-bila masa sahaja.

Latihan Kemutan Titik-G Untuk Wanita

Untuk melakukan latihan ini; setiap kali anda ingin kencing, cuba tahan kencing anda selama 5 saat, kemudian lepas. Ulangi beberapa kali sehingga anda kenal pasti otot-otot yang terlibat yang anda gunakan ketikan menahan kencing sebentar tadi.

Otot-otot tersebut adalah otot-otot yang perlu anda latih untuk menguatkan faraj anda, sekali gus memudahkan anda untuk mencapai klimaks G-Spot dan pancut.

Sekarang anda boleh melatih otot-otot tersebut pada bila-bila masa sahaja, tidak semestinya hanya ketika anda hendak kencing. Lakukan selama 5 minit setiap hari seberapa kali yang anda inginkan.

Ini akan membantu anda dan suami dalam hubungan suami isteri.

Posisi seks yang membantu klimaks G-Spot

Oleh kerana mencari lokasi G-Spot itu sendiri memberikan cabaran, tidak banyak posisi seks moden yang boleh merangsang G-Spot secara terus.

Ditambah lagi dengan faktor fizikal faraj, dan zakar pasangan yang menyukarkan untuk menentukan sama ada posisi seks tersebut adalah posisi seks terbaik untuk merangsang G-Spot, dan membuatkan isteri mengalami pancutan.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa posisi seks moden yang boleh membantu rangsangan G-Spot secara tidak langsung seperti posisi seks Doggy dan posisi ‘Wanita di atas’, atau ‘Woman on top’.

Kedua-dua posisi ini boleh memberikan rangsangan kepada titik G-Spot isteri jika dilakukan dengan betul.

Namun begitu terdapat posisi-posisi seks dari kitab kuno seperti:

  • Posisi seks Gajah, posisi seks Thong, dan posisi seks Indra dari kitab Kamasutra dari India
  • Posisi seks Balasan si Dara, posisi seks Setaraf, posisi seks berlawan arus dari kitab Ananga Ranga dari India
  • Posisi seks Pelangi, posisi seks Panahan Asmara, dan posisi seks Tukaran Cinta dari kitab Taman Harum(The Perfumed Garden) dari Timur Tengah.
  • Posisi seks Harimau Putih, posisi seks Langkah Harimau, dan posisi seks Monyet Menyanyi dari kitab Seks Tao dari negara Cina.

Posisi-posisi seks di atas boleh merangsang G-Spot isteri dan membantu isteri mencapai klimaks G-Spot dan pancut. Malah terdapat banyak lagi posisi-posisi seks daripada keempat-empat kitab tersebut yang boleh memberikan kepuasan sepenuhnya kepada isteri ketika berasmara.

Jika anda berminat untuk memberikan kepuasan kepada pasangan anda dalam hubungan suami isteri, anda boleh dapatkan keempat-empat kitab ini di dalam panduan E-Buku Kamasutra Bergambar.

Tingkatkan kepuasan hubungan asmara suami isteri

Dengan fakta-fakta berkaitan G-Spot, anda seharusnya telah tahu bagaimana G-Spot memainkan peranan yang amat penting dalam hubungan asmara suami isteri.

Kepada isteri, kenali lokasi titik G-Spot anda dan bantu suami anda untuk mengenal pasti lokasi tersebut. Begitu juga para suami, ambil perhatian di manakah titik G-Spot isteri anda dan gunakan pengetahuan tersebut untuk memberikan kepuasan maksima kepada isteri anda.

share-nodes
Kongsi: