Zakar Yang Sihat Keras di Waktu Pagi – Bukti Lelaki Sejati

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Zakar yang sihat keras di waktu pagi? Kemampuan seorang lelaki mengalami ereksi adalah faktor yang penting dalam kehidupan seksual lelaki. Terdapat tips mudah yang boleh digunakan untuk menentukan sama ada zakar seseorang lelaki berada dalam keadaan sihat dan mampu berfungsi dengan sepenuhnya dan mengalami ereksi maksimum.

Zakar yang sihat
Zakar keras di waktu pagi? Itu tandanya zakar anda sihat bertenaga! Click To Tweet

Zakar yang sihat

Ereksi yang normal ialah keadaan ketika penis membesar lalu mengeras. Keadaan ini terjadi pada laki-laki dari sejak lahir sampai usia lanjut. Selain kerana rangsangan dari luar, ereksi juga terjadi dengan sendirinya, yakni ereksi malam (nocturnal erection) atau ereksi pagi (morning erection).

Menurut pakar seksologi, Dr Naek L Tobing, dalam bukunya Seks Tuntunan Bagi lelaki, ereksi pagi terjadi sejak mulai bayi. Pada umumnya, keadaan ini dialami saat mau bangun pagi dan akan buang air kecil. Sampai sekarang, penyebab mekanisme ereksi pagi ini masih diteliti.

Sebahagian pakar mengatakan bahawa ereksi pagi timbul kerana tekanan air kencing ke pembuluh darah balik (vena) sehingga darah sukar kembali ke badan. Sebagian lagi mengatakan bahawa pada waktu pagi terjadi peningkatan hormon testosteron yang menyebabkan ereksi. Pada waktu yang sama terkadang timbul mimpi seks sekali gus ereksi.

Kualiti ereksi zakar

Menurut dr Naek, zakar keras pada orang muda sering terjadi. “Kualiti ereksi bervariasi, mulai dari yang hanya membesar sampai kaku,” katanya. Respons tiap individu terhadap keadaan ini berbeza-beza. Ada yang terus ke bilik mandi untuk buang air kecil kemudian ereksi menghilang.

Namun, ada juga yang memanfaatkannya untuk memperolehi kenikmatan dengan melancap atau bercumbu dengan pasangannya, khususnya untuk pasangan yang sudah berkahwin.

Pada lelaki yang kemampuan ereksinya sudah kehilangan daya, ereksi pagi normal atau sedikit jarang. Makin berat keadaan disfungsi ereksi, ereksi pagi akan makin berkurang bahkan hilang sama sekali. Sebaliknya, jika normal, maka berapa pun umur seorang lelaki masih ereksi waktu bangun tidur pada pagi hari.

share-nodes
Kongsi: