Fakta Menarik Tentang Kondom – Baca Jangan Tak Baca

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Kondom telah lama diperkenalkan untuk menggalakkan seks sihat. Walaubagaimanapun masih ramai yang memilih untuk tidak menggunakan kondom ketika berasmara atas alasan ‘kurang feel’ atau tidak selesa. Berikut disenaraikan beberapa fakta tentang kondom yang mungkin boleh membuatkan anda, kaum lelaki terutamanya lebih berminat untuk menggunakan kondom.

Tentang kondom

Fakta menarik tentang kondom

  • Kenapa perlu guna kondom? Kondom adalah satu caranya yang boleh menolong untuk mengelakkan penyebaran sexually transmitted diseases (STD) seperti HIV dan mencegah kehamilan.
  • Terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran kini dari segi warna, tekstur dan juga perisa.
  • Kondom-kondom boleh didapati di semua kedai farmasi, rangkaian 7 eleven, stesen-stesen minyak, hypermarket seperti Giant, Carrefour dan Tesco di seluruh negara.
  • Kondom tidak mempunyai saiz seperti baju S, M atau L. Kondom bersifat elastik dan boleh di”stretch” untuk meliputi sepenuh saiz ketegangan zakar seseorang. Cincin di pangkal kondom juga digunakan untuk menyesuaikan kondom dengan saiz zakar seseorang. Tapi secara lazimnya, kondom yang diperbuat untuk negara-negara Asia adalah lebih kecil sedikit daripada negara-negara barat.
  • Kondom biasanya diperbuat daripada latex atau polyurethane. Yang paling baik ialah latex kerana ia adalah getah asli jika dibandingkan dengan polyurethane yang berasaskan bahan kimia plastik yang kurang fleksibel. Tetapi bagi mereka yang bersifat alergi kepada latex boleh menggunakan polyurethane. Bagaimana kajian ilmiah menunjukkan kedua-duanya mempunyai ketahanan yang sama daripada pecah jika digunakan dengan betul.
  • Kondom latex hanya boleh digunakan dengan pelincir berasaskan air, bukan minyak seperti vaselin atau krim sejuk kerana ia akan memecahkan latex tersebut.
  • Kondom dan pelincirnya (lubricants) seperti KY Jelly selalunya mengandungi spermicide yang dipanggil Nonoxynol 9 yang dikatakan dapat mengelakkan kehamilan dan penyebaran HIV dan juga STDs yang lain.
  • Sila pastikan bahawa kondom yang anda beli membawa tanda kelulusan antarabangsa sama ada FDA, ISO, CE atau “British Standard Kite Mark)
  • Ribbed kondom biasanya mempunyai sedikit benjolan yang boleh meningkatkan geseran dan terus sensasi semasa bersama. Terpulang kepada individu jenis yang mana hendak dipilih.

Setiap perbezaan dari segi saiz dan bentuk adalah untuk memenuhi kehendak individu yang berbeza dan meningkatkan keseronokan bersama. Bincangkanlah bersama pasangan anda termasuklah yang sama ada hendak perisa strawberry, coklat atau durian!.

share-nodes
Kongsi: